Piala Belia | Perlis vs Perak | 8 Julai 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Selasa 08 Julai 2008
Stadium Utama Negeri
4:45PM

Perlis 1 – 4 Perak

Seperti yang diharapkan, skuad belia Perak yang bertandang ke Stadium Utama Negeri Kangar menepati ramalan awal kami apabila berjaya membenam cabaran Perlis dengan keputusan 4 gol berbalas 1 petang tadi.

Perak mendahului seawal minit ke 6 permainan melalui pemain berjersi nombor 10, Ahmad Hamidi Abdul Rahman sebelum pasukan Perlis berjaya membalas pada minit ke 23 untuk menjadikan kedudukan 1 – 1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Skuad belia Perak tidak menunggu lama pada separuh masa kedua apabila pada minit ke 68 permainan, Mohamad Shafiq menjaringkan gol kedua untuk pasukan Perak bagi mendahului Perlis dengan jaringan 2 gol berbalas 1.

Pada minit ke 70, Wan Hossein Abdul Ghani yang juga ketua pasukan Perak memastikan skuadnya selesa di hadapan apabila menjaringkan gol ketiga melalui satu tendangan percuma dan Ahmad Hamidi Abdul Rahman memastikan Perak pulang ceria pada minit ke 80 untuk gol keempat pasukan.

Penolong jurulatih skuad belia ketika dihubungi berkata, “Para pemain beraksi baik seawal separuh masa petama apabila mendahului pihak lawan namun kealpaan menyebabkan pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan”.

“Titik perubahan perlawanan itu bermula pada minit ke 68 apabila Mohamad Shafiq menjaringkan gol kedua pasukan dan 2 gol lagi dalam tempoh 10 minit memang membunuh semangat melawan skuad Perlis.”

“Kita akan pastikan 3 mata penuh ketika menentang Sarawak hujung minggu ini sambil mengharapkan ada pasukan yang berada di atas mengalami kekalahan ataupun seri pada perlawanan terakhir nanti.” jelas Johari Hamzah penuh keyakinan.

Keputusan perlawanan lain:

Selangor 2 – 1 Kelantan
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Negeri Sembilan 5 – 0 ATM
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

Kedudukan selepas perlawanan hari ini:

47 mata | Kelantan
46 mata | Negeri Sembilan
45 mata | Selangor
44 mata | Perak

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Piala Belia | Perlis vs Perak | 8 Julai 2008 (result)

  1. ghostwriter

    Syabas! Ternyata Perak tidak ketandusan anak-anak muda yang hebat dan berbakat besar. Kemenangan anak-anak muda Perak ini seolah-olah misi membalas dendam ke atas kekalahan abang-abang senior mereka. Tahniah! Esok, mari kita bersama-sama penuhkan stadium Perak di Ipoh. Jom semua!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Tahniah kepada pasukan belia negeri Perak. Semoga pasukan Piala Malaysia dapat menjadikannya sebagai cabaran untuk berjaya dalam perlawanan menentang Pahang malam ini. Adik-adik sudah berjaya membuktikan mereka boleh, abang-abang pulak perlu membuktikan mereka lebih boleh lagi. TAHNIAH dan semoga terus berjaya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    spt yg pernah yong katakan,skuad belia mampu 100% menyerlah & terbukti mereka dpt 3 mata penuh.sekurang-kurangnya tertebus sikit maruah abang-abang mereka.so tahniah yong ucapkan.harap terus berjaya utk game seterusnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Alhamdulillah...Memang hebat. Cukup membanggakan. Saya amat berbangga dengan berita baik ini. Teruskan kecemerlangan ini. Jangan biar kan orang lain terus memandang serong keupayaan SKUAD SELADANG, yang sedikit tercalar dengan prestasi longlai yang ditunjukkan oleh Skuad Senior. Apa-apa pun Tahniah dan Syabas. Hidup PERAK!! Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    tahniah untuk skuad belia,ternya mereka bermain dengan penuh semangat demi menjaga nama baik mereka, terima kasih kepada yang terlibat. kini tiba masanya untuk skuad belia diasuh dengan lebih baik supaya mereka akan mewarisi kecemerlangan berterusan. kini pasukan perak belum lagi ketandusan pemain muda yang setaraf dengan pemain muda dari pasukan yang lain.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Tahniah buat skuad belia Perak....dari pemerhatian teman bila tengok deme main tempohari ternyata byk bakat2 yg boleh diketengahkan dan berupaya utk menyaingi abang2 senior...elok le....musim depan harap coach pertimbangkan la mana2 yg layak utk bermain dlm team presiden atau kalau boleh ke skuad senior terus....moga kome berjaya lagi lepas ni...Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.