Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008

Piala Belia 07/2008
Ahad 13 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM

Hari ini adalah perlawanan terakhir untuk skuad belia Perak di Padang 2 Renjer Tambun menentang pasukan Sarawak dalam kempen Piala Belia kumpulan A petang ini. Kemenangan petang ini cukup penting untuk memastikan peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir masih terbuka walaupun perlu mengambil kira keputusan di tempat lain.

Di bawah kami sediakan kedudukan semasa Piala Belia kumpulan A dan beberapa perlawanan yang berlangsung hari ini sebelum tirai liga Piala Belia dilabuhkan.

Kedudukan semasa Piala Belia Kumpulan A:

47 mata | Kelantan
46 mata | Negeri Sembilan
45 mata | Selangor
44 mata | Perak

Perak dijangka tidak bermasalah untuk mencatatkan 47 mata maksimum sambil berharap Kelantan kecundang kepada PDRM dan Pulau Pinang mampu menewaskan Negeri Sembilan. Sementara pasukan Selangor pula kelihatan cukup sukar diatasi oleh pasukan Plus FC.

Perlu diingat bahawa hanya 2 pasukan sahaja dari setiap kumpulan yang layak ke peringkat separuh akhir nanti. Pasukan PDRM dan Pulau Pinang boleh dilabel sebagai pasukan yang mampu mencabar Kelantan serta Negeri Sembilan.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 13 Julai 2008

Plus FC vs Selangor
Stadium UPM, Serdang

Kelantan vs PDRM
Stadium Mini, Pasir Mas

Kedah vs Perlis
Stadium Mini, Jitra

Kuala Muda vs Melaka
Padang Awam Guar Chempedak

Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
Stadium Kompleks Sukan, Bertam

Proton FC vs PKNS
Stadium Mini, Shah Alam

Kuala Lumpur vs Sabah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Terengganu vs Felda United
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,

Shahzan Muda vs Pahang
Stadium Mini Temerloh, Pahang

Johor FC vs Johor
Stadium Jcorp Pasir Gudang, Johor

My Team vs SSBJ
Stadium Mini Bandaran Gerik, Perak

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008

  1. yong85

    ye yong akan sentiasa support deme semua...tak kira deme golongan belia,pertengahan @ senior.utk skuad berjuang sehabis mungkin ye.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.