Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Ahad 13 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM

Perak 2 – 1 Sarawak

“Tawa Dalam Tangisan” adalah skrip untuk perlawanan terakhir skuad belia Perak di Padang 2 Renjer Tambun apabila menewaskan pasukan Sarawak 2 gol berbalas 1. Kemenangan ini tidak cukup untuk melayakkan pasukan Perak kerana semua pasukan pencabarnya turut mencatatkan kemenangan.

Ketua jurulatih skuad belia ketika dihubungi berkata “Memang sesuatu yang amat menyedihkan apabila memenangi perlawanan namun tidak pula layak ke peringkat seterusnya. Tetapi pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh hingga ke penghujung permainan.”

“Walaupun begitu kita merasa bangga dengan pemilihan penyerang kita Hakim Roslee yang telah terpilih untuk menyertai skuad bawah 19 tahun kebangsaan yang dikendalikan oleh K. Rajagopal mulai musim hadapan.” ujar Abu Bakar Fadzim.

Sementara itu 2 gol pasukan Perak telah dijaringkan oleh Mohamad Khalis Ibrahim pada minit ke 52 dan Wan Hossein Abdul Ghani pada minit ke 64. Gol tunggal Sarawak telah dijaringkan pada minit ke 30 separuh masa pertama.

Keputusan perlawanan Piala Belia untuk 13 Julai 2008

Plus FC 0 – 4 Selangor
Stadium UPM, Serdang

Kelantan 3 – 1 PDRM
Stadium Mini, Pasir Mas

Pulau Pinang 1 – 2 Negeri Sembilan
Stadium Kompleks Sukan, Bertam

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008 (result)

  1. matahari_terbit

    kita harus memuji mereka,kerana mereka tidak memikirkan terhadap kelayakan seterusnya ketika menentang sarawak, ini terbukti apabila pasukan belia memenangi perlawanan ini. diharapkan dimasa hadapan pengurusan skuad belia dapat mengatur satu strategi yang lebih cemerlang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    tak kira ape pun.sekalung perhargaan & ucapan tahniah dari yong & semua teman pada skuad belia muda negeri.tak layak tak pe janji kita tersingkir dgn bermaruah sbb kita menang.setinggi pujian harus diberikan pada semua pemain,jurulatih @ sesiapa yg terlibat sbb dlm anda mengalami tekanan hidup & perasaan tapi masih mampu mencipta kemenangan.tak pe next year perbetulkan ape yg kurang pada thn ni supaya next year anda dpt kejayaan yg diidamkan.buat penyerang muda Hakim Roslee tahniah juga yong ucapkan,anda harus byk belajar disamping kekalkan disiplin agar dpt menjadi penyerang terbaik suatu hari nanti sbg mengganti penyerang negeri yg sedia ada.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matyeop

    mat yeop rasa bangga dengan pencapaian yang ditunjukan oleh skuad belia kita ini....semangat yang ditunjukan ini harus dipuji walaupun gagal ke peringkat seterusnya....mereka lah yang bakal menyinari skuad perak pada masa akan datang..oleh itu, pihak pengurusan harus berfikiran terbuka dalam menilai bakat-bakat yang ada pada belia ini untuk dibawa ke hadapan....syabas pada semua pemian serta yang terpilih mewakili skuad 19 tahun kebangsaan.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Sebagai penyokong Perak sejati, Saya amat berbangga dengan Seladang Jr ni. Tahniah buat Hakim Roslee kerana terpilih membawa cabaran Skuad Bawah 19 Tahun Kebangsaan kelak. Saya doakan beliau akan terus cemerlang di arena kebangsaan atau ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Sepatutnya, ini perlulah dijadikan dorongan kepada anak-anak tempatan lain untuk mencontohi beliau yang akan mewarisi Seladang Senior kelak. Tahniah Belia Perak. Masih banyak masa untuk berjaya nanti...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Walaupun gagal untuk ke separuh akhir, syabas juga diucapkan kepada pasukan belia kita kerana berjaya memberi saingan sehingga ke saat akhir peringkat liga. Pemain-pemain yang dilihat mempunyai potensi untuk lebih maju, diharap pihak pengurusan Perak F.A. tidak terlepas pandang kemampuan dan keupayaan pemain berkenaan. Kalau boleh lahirkan atau dengan perkataan yang lebih baik 'membentuk' lebih banyak pemain belia berkemampuan tinggi seperti Ahmad Fakri. Jurulatih pasukan belia seharusnya mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti dan membentuk pemain untuk menjadi pemain yang terbaik pada usia belasan tahun untuk diserapkan ke pasukan Liga Super. Pemain muda yang baik bukan hanya datang sendiri. Kehebatan jurulatih membentuk pemain adalah penyumbang utama kehebatan seseorang pemain selain daripada inisiatif pemain itu sendiri untuk berjaya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.