Piala Belia | Perak vs PDRM| 5 Julai 2008 (result)

Piala Belia 07/2008
Sabtu 5 Julai 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM

Perak 3 – 0 PDRM

Cemerlang!, itulah ungkapan paling sesuai untuk skuad belia Perak yang mencatatkan kemenangan 3 – 0 ketika menentang pasukan PDRM di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada petang tadi.

Ini kerana pasukan Perak hanya beraksi 10 orang pemain apabila Mohd Safwan Mahayudin dilayangkan kad merah pada minit ke 29 separuh masa pertama. Walaupun tertekan, para pemain masih mampu untuk bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.

Minit ke 49 separuh masa kedua, PDRM turut bermain dengan 10 orang pemain apabila salah seorang pemainnya menerima kad merah dari pengadil. Perak mendahului PDRM dengan 1 gol apabila Muhamad Izham Ruslan menyempurnakan tendangan penalti yang diperolehi pada minit ke 50.

Gol kedua pula disumbangkan oleh Shahrul Mohd Saad pada minit ke 70 juga melalui tendangan penalti. Pada minit ke 78, beliau sekali lagi menyumbangkan gol ketiga Perak melalui satu ”flying header” yang menewaskan penjaga gol PDRM.

Penolong jurulatih skuad belia ketika dihubungi berkata, “Para pemain beraksi cukup baik berbanding ketika perlawanan menentang pasukan Selangor tempohari. Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan mengucapkan terima kasih kepada para pemain yang cukup bersemangat untuk menang hari ini” ujar Johari Hamzah.

“Dengan berbaki 2 perlawanan iaitu menentang Perlis dan Sarawak nanti, kita perlu untuk memenangi kedua-dua perlawanan ini sambil berharap pasukan Selangor atau Negeri Sembilan tercicir beberapa mata untuk memberikan ruang kepada pasukan Perak menjadi 2 pasukan terbaik di dalam kumpulan A”.

Likes(0)Dislikes(0)