Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 | 3 Julai 2008

TM Piala Malaysia

Hanya 6 perlawanan akan dilangsungkan malam ini bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Perubahan ini berlaku kerana FAM telah menerima rungutan dari persatuan bolasepak negeri yang mengeluh pemain mereka kepenatan kerana mengharungi jadual yang padat.

Hanya 2 perlawanan dilangsungkan untuk kumpulan A dan 1 perlawanan bagi kumpulan C manakala kumpulan B pula tiada perubahan. Semua perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Sarawak iaitu 8:15 malam.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:

Selangor vs Melaka
Stadium Shah Alam

Sarawak vs Terengganu
Stadium Sarawak

Johor FC vs Kedah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

PDRM vs Sabah
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Pulau Pinang vs Kuala Lumpur
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Pahang vs ATM
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 | 3 Julai 2008

  1. yong85

    bagusla kalo mcm tu,sekurang-kurangnya fam boleh tolak ansur.pada pskn yg tak terlibat mlm ni boleh buat percaturan baru & pemain boleh tingkatkan lagi kecergasan mereka.utk pskn perak yong hrp lwn perlis sabtu ni,semua pemain dpt fit & teruskan rentak dgn baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Ini adalah masalah bolasepak Malaysia ataupun lebih tepat FAM itu sendiri. Alasan kepenatan yang diberi sesetengah pasukan hanyalah alasan. Kalau penat sekalipun ianya melibatkan jadual bagi semua pasukan...maksudnya semua pasukan dalam pertandingan Piala Malaysia ini bermain serentak pada hari perlawanan yang sama. Tiada pasukan yang dapat berehat. Tidak seperti nasib pasukan Perak, jumlah perlawanan dalam bulan Mac dan awal April sahaja adalah sebanyak 12 perlawanan. Ianya melibatkan perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala AFC yang memerlukan perjalanan yang jauh. Dalam masa yang sama ada pasukan yang sudah hampir 2 minggu tiada perlawanan. Apapun FAM melalui Jawatankuasa Pertandingannya dapat mengatur jadual pertandingan yang lebih KOMPREHENSIF. Bukan hanya jadual perlawanan Liga tapi jadual latihan dan perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya kita juga harus disusun dengan teliti. SKOR YOB SKOR....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. webmaster Post author

    Keputusan penuh perlawanan:

    Selangor 5 - 2 Melaka
    Sarawak 2 - 1 Terengganu
    Johor FC 1 - 1 Kedah
    PDRM 4 - 3 Sabah
    P. Pinang 1 - 1 K. Lumpur
    Pahang 2 - 1 ATM

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    perak tidak terlibat dalam perlawanan kali ini memberi ruang kepada pasukan merehatkan diri dan merancang sesuatu untuk menebuskan kekecewaan yang lalu

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.