Perak FA | RM 5000 – Mana Hadiah Kami?

skuad_presiden_perak_2007.jpg
Gambar petikan berita lalu.

“RM 5000 itu hadiah untuk skuad presiden 2007, bukan untuk Perak FA” itulah keluhan dari seorang pemain skuad presiden Perak ketika menghubungi pihak kami semalam berkenaan isu hadiah Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2007.

Majlis yang berlangsung pada 21 Mei 2007 itu menyaksikan skuad Presiden Perak 2007 yang memenangi Piala Presiden 2007 mendapat hadiah RM 5000 termasuk trofi dan sijil penghargaan atas anugerah Pasukan Terbaik 2007.

“Saya telah mendapat maklumat dari sumber berkaitan bahawa wang tersebut telah disalurkan oleh kerajaan negeri Perak namun Perak FA tidak pula menyampaikan kepada kami bekas pemain skuad Presiden 2007″ 

“Kita memahami jika persatuan tidak mampu membayar gaji bulanan sekarang kerana kekurangan sumber pendapatan namun kini jelas wang hadiah yang sepatutnya diagihkan kepada kami turut lesap tanpa khabar berita.” ujar beliau dengan nada kesal.

“Hadiah tersebut jika dibahagi kepada setiap pemain dan pegawai pasukan, kita akan mendapat sekitar RM 200 seorang namun nilai tersebut sudah dianggap cukup besar buat masa ini untuk menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian kami”

“Saya mewakili rakan-rakan yang lain berharap semoga Perak FA dapat melunaskan bayaran hadiah tersebut untuk meringankan sedikit beban yang kami tanggung sekarang rentetan ketiadaan gaji bulanan” jelas pemain yang tidak mahu namanya disiarkan.

Tanpa berlengah pihak kami telah menghubungi bekas jurulatih skuad Presiden Perak 2007, Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib untuk bertanyakan isu tersebut namun beliau enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Kami turut cuba mendapatkan penjelasan pengurus skuad Presiden 2007, Tuan Haji Che Harun Bin Hussin tetapi malangnya talian telefon bimbitnya gagal dihubungi. Kami difahamkan beliau tidak lagi menyandang jawatan sebagai pengurus skuad Presiden musim ini.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Perak FA | RM 5000 – Mana Hadiah Kami?

  1. satorare

    Camne plak boleh jadi. Memang sekarang perak sedang mengalami krisis kewangan. Tapi kalo betul ganjaran RM5000 itu untuk team piala presiden perak, jadi kenalah salurkan kepada mereka. Janganlah menghukum mereka begini. Diorang dah buktikan kemampuan mereka sebelum ini. Inilah bakal-bakal pelapis untuk pasukan perak. Kalo pihak pengurusan mengambil sikap acuh tak acuh, maka masalah pada masa akan datang akan menjadi bertambah teruk. Dimana halatuju pasukan muda perak ini jika tidak dijaga dengan baik. Ini cuma pandangan dari saya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sylvershop

    ayo ini macam kalu, rasa-rasanya MSL musim depan kena buat macam liga Itali..ada duit main kat serie A, kalau tak turun ke liga C sampai ada duit balik. entah la nak diluah mati bapak, nak ditelan mati emak...serba salah dan kesian saya penyokong terhadap musibah yang menimpa..harap2 mereka yang terlibat bersabar dan rasanya tiba pengorbanan dari warga perak sendiri demi menyelamatkan bolasepak negeri..kalau sorang derma rm 10, kalau dapat 10000 orang dah rm100000...tapi tu ler cakap senang nak membuatnya payah

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    ape kena la ni,dari skuad utama dah melarat ke semua skuad dlm negeri.yong tak nak bidas ape-ape,cuma andai ada yg seleweng (maaf kalo kasar) ingat satu benda je.jujur & fikirkan org lain.yong kesian dgn deme..kalo dah kata imbuhan tu utk deme,awat tak bagi.mereka bertungkus lumus tanpa hasil.lame-lame org naik muak dgr cite ni tapi percayalah pada semua yg terlibat,yong sbg manusia cuma bleh kata sabar je,pihak pengurusan perlu tahu inilah barisan yg akan memimpin sukan bola negeri perak di masa depan tapi andai ini la bentuk skripnya,sendiri mau fikir.tapi nasihat yong walau berjuta pun masalah yg player muda ni kena,mereka harus mencontohi semangat abg-abg senior mereka,motivasi & semangat harus seiring agar tak terkeluar dari landasan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    untuk pengetahuan semua, skuad utama perak juga telah diberi janji palsu ketika perak layak ke final piala malaysia tahun lepas. janji palsu itu ialah wang ganjaran seandainya skuad utama perak layak ke final piala malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi_black

    Salam Semua. Pada pandangan saya, masalah kewangan Perak F.A memang amat meruncing sehinggakan hadiah kemenangan pun boleh lesap. Kepada pihak yang bertanggungjawab sila ambil perhatian dengan perkara-perkara yng sebegini. Ini bukan perkara main-main. Dikhuatiri ia akan menjejaskan masa depan bola sepak Negeri Perak kelak. Apa tidaknya, skuad Piala Presiden pun sudah mula merungut tentang masalah yang melibatkan kewangan. Sudah pasti bakal-bakal pewaris bola sepak negeri ini akan mula curiga dan sangsi untuk menyertai Pasukan Negeri nanti. Tidak kiralah, liga atasan atau bawahan.

    Cara terbaik sekarang, atasilah masalah sebegini dengan cara yang profesional. Jangan cuba mengelak daripada masalah yang telah ditimbulkan. Adakan perjumpaan khas dengan pemain-pemain yang terlibat dan terangkan apa yang berlaku. Kami Peminat/Penyokong Perak sudah jemu dengan masalah-masalah sebegini. Tapi ingat, Kami Tetap setia dan bersabar selagi berdaya.

    Sekali lagi saya ingatkan, Pihak Perak F.A sila selesaikan masalah dengan profesional. 'Masalah' adalah untuk diselesaikan bukan untuk dielakkan atau dipertikaikan. Yang saya tahu orang yang elak masalah ni adalah golongan yang 'minta maaf cakap', 'Bacul, penakut'.

    Fikir-fikirkan lah sendiri. Kepada Kawan-kawan Seladang.net marilah kita bagi sokongan dan galakan setakat yang termampu kepada Skuad Piala Presiden 2007, bagi mengubat kedukaan mereka.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    Macam-macam dah jadi. Bila soal pasal kewangan Persatuan bolasepak kita ni, payah nak cakap le. Harap biar le ada kesudahan penyelesaiannya dalam tempoh terdekat ni. Kepada pemimpin Perak F.A. jika kerajaan negeri seperti tidak berminat untuk membantu walaupun permohonan bantuan telah dipanjangkan, lebih baik para pemimpin Perak F.A. berusaha sendiri mencari penaja yang berminat. Dengan taraf Datuk yang ada pergilah melobi mana-mana syarikat korporat yang ada berniaga di Negeri Perak ini untuk menjadi penaja kepada pasukan bolasepak Perak. Ceritakanlah kebaikan-kebaikan yang boleh sesebuah syarikat perolehi seperti pengecualian cukai dan pengiklanan di luar atau dalam stadium. YangIkhlas percaya jika para pembesar Perak F.A. dapat menjadi ahli pemasaran bolasepak yang baik, berjuta RM wang dari tajaan sektor korporat dapat diperolehi. Semua pembesar Perak F.A. seharusnya tidak hanya bergembira apabila mendapat jawatan di Perak F.A. tetapi sewajibnya lebih bertanggungjawab dalam mencari sumber kewangan selain daripada bantuan Kerajaan Negeri, FAM atau kutipan stadium. Seperti yang pernah YangIkhlas cadangkan sebelum ini setiap ahli Perak F.A. dari Presiden hingga ke Ahli Mesyuarat, setiap orang wajib membawa masuk tajaan dari sektor korporat atau sumber-sumber lain paling minima RM 200,000 setiap enam bulan. Jika rasa keberatan atau terlalu tidak mampu rasanya bolehlah mereka yang berkenaan lepaskan jawatan masing-masing. Idea ini sebenarnya saya perolehi dari cara berniaga sebuah pasaraya besar milik bangsa Cina yang dapat menjual barangnya dengan harga yang amat murah dan berpatutan. Ini kerana semua Ahli Lembaga Pengarah bukan hanya duduk goyang kaki di atas kerusi yang empuk tetapi dipertanggungjawapkan untuk mencari sumber barangan secara terus dari pengeluar tanpa melalui pemborong dan hasilnya pengguna mendapat harga yang murah. Jika mereka boleh saya yakin Ahli-ahli Perak F.A. juga boleh untuk kemajuan bolasepak Perak. Bolasepak adalah sebuah Industri bukan hanya di Malaysia tapi di seluruh dunia. Kemahiran dalam memasarkan produk bolasepak amat penting dalam memastikan kesinambungan kejayaan sesebuah pasukan atau kelab bolasepak. Walau bagaimanpun masalah kewangan bolasepak ini bukan hanya masalah Perak F.A. tetapi kegagalan FAM untuk memastikan setiap pasukan bolasepak sentiasa mempunyai laporan audit kewangan yang kukuh dan sistem pemasaran yang tersusun. Ini terdapat dalam laporan AFC tentang taraf D Liga Super Malaysia dalam laman web AFC berita bertarikh 20 Mei 2008 yang lalu.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.