Piala Presiden 07/2008
Jumaat 25 Julai 2008
Stadium Mini, Jenderata
4:45PM
My Team 1 - 2 Perak
Perlawanan timbal balik kedua peringkat separuh akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak yang bertandang ke Stadium Mini Jenderata, Teluk Intan petang tadi menewaskan pasukan tuan rumah My Team dengan jaringan 2 - 1.
Perlawanan petang itu dicepatkan pada pukul 4 petang atas permintaan pasukan tuan rumah. My Team bermula garang apabila menjaringkan gol pertama mereka seawal minit ke 5 permainan separuh masa pertama untuk mendahului Perak dengan 1 gol.
My Team yang tewas dengan jumlah jaringan 4 gol tempohari bermain dengan agak keras untuk mengekang jentera serangan Perak. Namun 10 minit sebelum rehat, Wan Abu Yazid merembat kencang dari dalam kotak penalti lawan untuk mengikat kedudukan 1 - 1.
20 minit sebelum tamat permainan, Isma Alif Mohd Salim menolak masuk satu… Continue reading
Piala Presiden 07/2008
Jumaat 25 Julai 2008
Stadium Mini, Jenderata
4:45PM
Perlawanan timbal balik kedua peringkat separuh akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak bertandang ke Stadium Mini Jenderata, Teluk Intan petang esok untuk menentang pasukan tuan rumah My Team.
Perak dijangka akan menurunkan barisan yang sama ketika menewaskan My Team di Ipoh tempohari dengan Ahmad Fakri Saarani serta Noor Hazrul membantu skuad Presiden kerana pasukan senior hanya akan bermain pada 2 Ogos 2008 nanti.
Kemenangan yang dicapai sewaktu membenam My Team 4 gol tanpa balas menjadi bekalan selesa ketika berkunjung ke tempat lawan Jumaat ini. Perak hanya memerlukan keputusan seri atau tewas tipis untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Presiden 07/2008.
Sementara itu pada petang ini, satu lagi perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Terengganu menentang Selangor akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal… Continue reading
Posted in Umum on July 23rd, 2008 9 Comments »
Pada sesi ‘percambahan fikiran’ yang diadakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan disertai oleh ramai jurulatih-jurulatih tempatan baru-baru ini banyak mengetengahkan idea-idea baru untuk memajukan mutu bolasepak Malaysia secara amnya.
Namun “membekukan” khidmat pemain import adalah antara topik yang hangat dibincangkan oleh peserta yang hadir dan jika ini berlaku maka ia mengulangi tindakan yang sama oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada musim 1998 sehingga 2001.
Dengan pelaksanaan peraturan baru ini ia dijangka akan membuka kembali peluang buat pemain tempatan menonjolkan diri selain dapat mengurangkan beban kewangan sesetengah pasukan negeri yang berdepan masalah melunaskan gaji pemain.
Penulis berpendapat kehadiran pemain import di dalam Liga Malaysia mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung kepada persepsi peminat itu sendiri. Jesteru itu kami wujudkan satu ruang buat pengguna semua meluahkan pendapat mereka disini.
Satu kebaikan yang paling jelas pada pengamatan penulis… Continue reading
Posted in Bolasepak Malaysia on July 22nd, 2008 7 Comments »
Selasa 22 Julai 2008
Stadium Lal Bahadur Shashtri, Hyderabad
6.00 pm (waktu tempatan)
8.30 pm (waktu Malaysia)
India 1 - 1 Malaysia
Skuad bolasepak Malaysia berjaya mencatatkan keputusan seri 1 -1 ketika menentang India untuk satu perlawanan persahabatan di Stadium Lal Bahadur Shashtri. Baichung Bhutia menyumbangkan gol pertama untuk pasukan India pada minit ke 57 separuh masa kedua.
Indra Putra Mahayuddin menjadi penyelamat pasukan Malaysia apabila menjaringkan penalti pada minit ke 80 untuk membantu pasukan negara mengikat pasukan tuan rumah sehingga wisel penamat dibunyikan. Dengan keputusan ini diharap dapat meningkatkan sedikit sebanyak ranking FIFA buat pasukan Malaysia selepas ini… Continue reading