
Malaysia Vs Chelsea
Selasa 29 Julai 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Satu perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang kelab Chelsea akan diadakan di Stadium Shah Alam pada pukul 8:45 malam nanti. Kedatangan Chelsea ke Malaysia adalah bersempena dengan Lawatan Ke Asia 2008 yang ditaja oleh Samsung.
Barisan kemungkinan Malaysia XI
Helmi Eliza
Fauzie Nan - Aidil Zafuan - Zamani Misbah - Shafizan Hashim
Shukor Adan
Amirul Hadi - Hairuddin Omar - Indra Putra - Khyril Muhymeen
Safee Sali
Pada kesempatan ini juga pihak pengurusan seladang.net ingin memberikan satu hadiah tiket percuma Grandstand bernilai RM 103 kepada pengunjung setia di halaman ini berdasarkan 3 syarat mudah yang telah ditetapkan dibawah.
- Terbuka kepada semua pengguna yang telah berdaftar sebelum artikel ini disiarkan.
- Pernah membuat komentar, artikel
Posted in Umum on July 28th, 2008 23 Comments »
Sukacita dimaklumkan kepada semua pengguna berdaftar, pihak kami telah membuat pembaharuan pada bahagian komen dengan meletakkan Avatar (default) setiap komen yang anda lakukan. Kepada mereka yang berminat memiliki Avatar yang tersendiri di seladang.net boleh berkunjung ke halaman gravatar.com untuk mendaftarkan diri.
What is a gravatar?
A gravatar, or globally recognized avatar, is quite simply an avatar image that follows you from weblog to weblog appearing beside your name when you comment on gravatar enabled sites. Avatars help identify your posts on web forums, so why not on weblogs?
3 perkara utama untuk dipatuhi sebelum mendaftarkan diri di gravatar.com ialah:
- Menggunakan alamat email yang serupa sewaktu mendaftar di seladang.net untuk mendaftar gravatar.com. Jika anda menggunakan email yang salah maka tiada sebarang avatar akan muncul di seladang.net walaupun sudah berdaftar di gravatar.com.
- Selepas proses “upload” avatar pilihan, anda diminta untuk memberikan

Hanya 2 perlawanan telah dilangsungkan semalam bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Dalam kumpulan B, Johor FC mendahului kumpulan tersebut dengan 20 mata setelah meraih kemenangan 3 - 2 ke atas PDRM di Stadium Jcor, Pasir Gudang.
Sementara itu dalam kumpulan C pula, My Team yang bertandang ke Stadium Darul Makmur mencatatkan kemenangan 3 - 2 menewaskan pasukan Pahang. Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke 20 melalui K. Rajan sebelum pantas dibalas oleh pasukan My Team pada minit ke 23 oleh Haris Safwan.
Kaironnisam Sahabuddin menyumbatkan gol kedua My Team dua minit sebelum tamat separuh masa pertama. Bunyamin Umar turut menyumbangkan gol ketiga pasukan pada minit ke 57 dan pada minit ke 89, Redouane Barkaoui sempat menjaringkan gol kedua Pahang sebelum pengadil… Continue reading
Skuad Presiden Perak musim ini berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir untuk bertemu Selangor dan mungkin mengulangi pencapaian musim 2006/2007 di mana Perak muncul sebagai juara apabila menewaskan Kelantan di perlawanan akhir.
Persoalannya mampukah skuad yang dipimpin oleh ketua jurulatih Chong Yee Fat bersama pembantunya Abu Bakar Fadzim mengulangi kejuaraan sulung musim 2006/2007 sewaktu skuad Presiden Perak dibawah kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib?.
Pihak kami berkeyakinan tinggi Perak mampu mempertahankan kejuaraannya musim lalu kerana kebanyakan pemain yang menyarung jersi skuad Presiden Perak kini adalah pemain yang sama sewaktu Raja Azlan Shah Raja So’ib menjadi ketua jurulatih.
Berikut kami senaraikan sorotan keputusan perlawanan sewaktu di peringkat suku akhir berkumpulan dan separuh akhir peringkat timbal balik kalah mati yang dihadapi oleh pasukan Perak termasuk senarai nama penjaringnya.
Suku Akhir Kumpulan A
Perak
Terengganu
Kedah
PDRM
Kedah 1 - 3 Perak
Khamis 12 Jun 2008
Stadium… Continue reading