Malaysia vs Chelsea FC | Chelsea Asia Tour 2008
July 29th, 2008 by webmaster

Malaysia Vs Chelsea
Selasa 29 Julai 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Satu perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang kelab Chelsea akan diadakan di Stadium Shah Alam pada pukul 8:45 malam nanti. Kedatangan Chelsea ke Malaysia adalah bersempena dengan Lawatan Ke Asia 2008 yang ditaja oleh Samsung.
Barisan kemungkinan Malaysia XI
Helmi Eliza
Fauzie Nan - Aidil Zafuan - Zamani Misbah - Shafizan Hashim
Shukor Adan
Amirul Hadi - Hairuddin Omar - Indra Putra - Khyril Muhymeen
Safee Sali
Pada kesempatan ini juga pihak pengurusan seladang.net ingin memberikan satu hadiah tiket percuma Grandstand bernilai RM 103 kepada pengunjung setia di halaman ini berdasarkan 3 syarat mudah yang telah ditetapkan dibawah.
- Terbuka kepada semua pengguna yang telah berdaftar sebelum artikel ini disiarkan.
- Pernah membuat komentar, artikel yang bernas dan berkualiti di halaman ini.
- Jumlah komen akan turut menjadi faktor penentu kemenangan.
Kepada mereka yang berkelayakan bolehlah meletakkan nama serta nombor telefon untuk dihubungi oleh pihak kami berdasarkan format dibawah.
- Nama:
- Telefon:
Nama dan nombor telefon anda tidak akan disiarkan kepada umum dan keputusan pihak kami adalah muktamad. Tarikh tutup pemberian hadiah ini adalah pada pukul 5 petang dan pemenang akan dipilih berdasarkan kreteria yang telah ditetapkan diatas.
Pemenang akan dimaklumkan sebelum pukul 5:30 petang melalui panggilan telefon serta mestilah bersedia untuk datang sendiri ke Stadium Shah Alam pada petang ini sekitar pukul 6:45 petang - 7:15 petang untuk menerima hadiah tiket tersebut dari pihak kami.

Tahniah kepada syidi_black yang telah dipilih sebagai pemenang.
Terima Kasih
admin
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Malaysia vs Chelsea FC | Chelsea Asia Tour 2008 (result)
- Malaysia Vs Chelsea - Champions Youth Cup 2007 (review)
- Malaysia Vs Chelsea - Champions Youth Cup 2007 (result)
- Malaysia Vs Korea Selatan Olimpik 2012 | Friendly Match
- Malaysia Vs Yemen | Friendly Match
13 Responses to “Malaysia vs Chelsea FC | Chelsea Asia Tour 2008”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

teman nak pegi tiket dah beli, apakan daya majikan tak lepaskan..
harap rakan-rakan lain seladang.net bersemangat utk menyokong pasukan negara!!
waaahh
best hadiah tuu…
wah ada rezeki syok ni…
nama: (hidden)
telefon: (hidden)
InsyaAllah.. Mana tau kot2 dpt….Dekat dah dgn umah ni..
Nama: (hidden)
Telefon: (hidden)
Terima kasih atas tawaran hadiah yang dikemukakan oleh pihak pengurusan seladang.net. Boleh le kite cube nasib kot boleh dapat.
Nama : (hidden)
Telefon : (hidden)
Tahniah kepada sesiapa yang berjaya nanti. Jangan lupe pakai baju warna kuning.
MALAYSIA BOLEH.
Dalam akhbar hari ini, saya difahamkan Malaysia akan menggunakan formasi 4-1-4-1, yang mana shukur adan akan bersendirian sebagai Kapten ditengah dan mungkin akan membantu pertahanan, dan safee sali akan bertindak sebagai top striker dibantu oleh indraputra/hairuddin manakala flanker kiri kanan adalah khyril dan amirulhadi.
Pada ramalan saya, formasi sebegini tidak terlalu Ofensif. Ini berpandukan susunan barisan tengah yang meletakkan shukur adan sendirian . Beliau akan dibantu oleh khyril dan amirul yang mana ini akan menenangkan keadaan ketika diserang. Memetik kenyataan akhbar, formasi ini membantu kita untuk mengelak kekalahan besar.
Tetapi, percayalah, sekiranya pemain bijak menggunakan formasi ini dan melaksanakan tugas masing-masing, saya yakin permainan pasukan kita akan mendapat pujian.
Jika pada separuh masa, pasukan kita menunjukkan prestasi yang memberansangkan, mungkin safee sali akan mendapat teman untuk menggempur diseparuh masa kedua.
Apa-apa pun, saya yakin, saingan hebat akan tercetus malam ini. Dengan nama-nama kesebelasan utama yang berkeyakinan dan berada pada tahap kemuncak pencapaian mereka seperti khyril, shafizan, hafiz, indraputra saya yakin kita akan tentang Chelsea habis-habisan malam ni, walau pun rata-rata berpendapat kita akan kalah. Lawan dulu. Pantang maut sebelum ajal.
spt saudara syidi_black juga yong harap formasi yg digunakan oleh b.sathia dpt memberi impak pada perlawanan.formasi ni pun kita jarang guna tapi andai setiap pemain bijak akan tugas mereka yong pasti bukan setakat utk elak bolos tapi mungkin kita boleh lakukan sesuatu yg lebih.mlm ni juga safee akan bertindak sbg penyerang tunggal so tumpuan akan lebih padanya.kombinasi ni yg bagi yong agak menarik.yong tak harap lebih dari yg ada cuma yg pasti yong mahukan pskn malaysia memberi tentangan dari beraksi longlai.go malaysia kamu adalah waris harimau malaya.
Salam…aisey…tawaran yg menarik tapi teman dah ada tiketnya….kalau tidak nak juga cuba nasib…tak pelah pakat bagi kat geng2 lain pulak…mana le tau kut2 boleh berjumpa kat sana nanti….pesanan teman kepada sahabat2 Seladang.net yg akan ke sana petang atau malam ni eloklah keluar awal bg mengelakkan kesesakan lalulintas di sekitar stadium…patuhilah peraturan….parking nanti ikut tempat yang disediakan…teman dengor kat radio tadi polis buat “Ops The Blues” dan akan menyaman sesiapa yang meletakkan kereta di tempat larangan…denda atau saman sebyk RM 300 akan dikenakan….
Kepada semua yg nak join teman cari le sesiapa yg pakai jersi atas nama nick teman kat Seladang.net ni…insyaALLAH berjumpa le kita…
Seladang makin canggih…Malaysia Boleh!!
Penyertaan telah ditutup dan pemenang akan diumumkan tidak lama lagi pada ruangan artikel diatas.
Terima Kasih
admin
Harap-harap ada le fan yg bawak bendera Perak dlm stadium nanti..
hehehe
Keputusan penuh:
Malaysia 0 - 2 Chelsea
Nicolas Anelka
Ashley Cole
geram betul…kenapa takde siaran langsung kat tv?
agaknya takut takde orang pergi stadium ke?adehh…leceh
pesanan admin: Sila baca artikel ini sebelum anda membuat komentar Info | 9 Rules at seladang.net
teman tak dapat nak tengok pasal teman kena kerja luar. tapi teman kan dapat tengok ulangan malam ni pukul 9 malam di channel astro supersports