Malaysia vs Chelsea FC | Chelsea Asia Tour 2008 (result)

 Chelsea Asia Tour 2008
Selasa 29 Julai 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Malaysia 0 – 2 Chelsea FC

Perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Chelsea telah dilangsungkan di Stadium Shah Alam malam tadi dengan Chelsea menang tipis 2 gol tanpa balas. Gol-gol dijaringkan oleh Nicolas Anelka pada minit ke 25 dan Ashley Cole pada minit ke 52.

Barisan Malaysia XI

 Helmi Eliza

Irwan Fadzli – Aidil Zafuan – Zamani Misbah – Fauzie Nan

Shukor Adan

Amirul Hadi – Hairuddin Omar – Hardi Jaafar – Indra Putra

Safee Sali

Formasi 4-1-4-1

Helmi Eliza Elias
Irwan Fadzli Idrus (Asraruddin Putra Omar 35)
Aidil Zafuan Radzak (S. Subramaniam 82)
Norhafiz Zamani Misbah
Fauzie Nan (Shafizan Hashim 65)
Shukor Adan (Azi Shahril Azmi 86)
Indra Putra Mahayuddin (Ashari Samsuddin 86)
Hardi Jaafar (Zairo Anuar Zalani 73)
Amirulhadi Zainal
Hairuddin Omar (Nizaruddin Yusof 64)
Safee Sali (Zaquan Adha Radzak 52)

Kemenangan pasukan Chelsea memang sudah dijangka namun kelibat dan komitmen para pemain Malaysia yang bermain bersungguh-sungguh sewajarnya mendapat pujian besar dari peminat bolasepak secara umumnya.

Seawal minit pertama lagi Malaysia sudah mula mengasak dan nyaris berjaya mendapatkan gol pendahuluan. Hampir keseluruhan pemain dilihat bermain dengan penuh semangat dan bukan sekadar perlawanan suka-suka sahaja.

Beberapa kali pemain Chelsea tersembam “disapu” apabila cuba membawa bola hampir ke kawasan penalti Malaysia oleh pemain pertahanan negara. Chelsea yang pada mulanya bermain seperti latihan ringan mula menukar strategi apabila tidak berjaya menembusi gawang yang dikawal cemerlang oleh Helmi Eliza.

Untuk mengelakkan prejudice, pihak kami hanya akan menilai dua orang pemain Perak yang bermain untuk pasukan kebangsaan iaitu Hardi Jaafar serta S. Subramaniam. Hardi Jaafar yang diturunkan pada kesebelasan utama bermain dengan cukup cemerlang pada malam itu.

Beliau bertindak sebagai “toyol” yang akan mencuri bola dari kaki pemain Chelsea yang ternyata berbadan lebih tegap. Beliau juga turut “mengayam-ayamkan” beberapa pemain ternama Chelsea dengan bola yang dilorongkan melepasi celah kangkang mereka.

Permainannya boleh dikategorikan sebagai terbaik dan menghiburkan pada pandangan kami walaupun telah dimaklumkan beliau mengalami masalah kecederaan peha. Beliau keluar pada minit ke 80 untuk digantikan oleh pemain lain.

S. Subramaniam pula bermain pada 10 minit terakhir permainan untuk membantu benteng pertahanan. Ketangkasan beliau “menyapu” Andriy Shevchenko pada suatu ketika telah menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi.

Secara keseluruhannya kedua-dua pemain Perak telah menunjukkan prestasi yang cukup memberangsangkan serta wajar diberikan pujian. Sila tonton perlawanan tertunda ini di Astro Super Sport (811) pada pukul 9 malam ini.

Tahniah skuad kebangsaan dan penyokong semua, anda tidak perlu malu lagi menjadi penyokong Malaysia!

 

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “Malaysia vs Chelsea FC | Chelsea Asia Tour 2008 (result)

  1. ghostwriter

    Saya ingin ucapkan SYABAS kepada semua pemain kebangsaan kita. Hanya ucapan 'SYABAS' yang dapat saya beri komentar di sini, kerana saya langsung tidak berpeluang menontonnya (baik perlawanan secara langsung mahupun tertunda). Syabas!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Transaevo...

    Pertama sekali tahniah buat pasukan Malaysia sebab berjaya menafikan tanggapan banyak pihak mengatakan malaysia akan dimamah lumat & teruk dibuli Chelsea...Trans bangga dengan persembahan pasukan Malaysia semalam (walaupun dtg sebagai penyokong Chelsea hehe...tapi dalam hati memang nak team Malaysia menang)...camane pun personally Trans agak kecewa sebab Trans mengharapkan kemenangan...Lastly, player Perak yg main utk game tu memang bagi sumbangan besar buat pasukan Malaysia...u all yg tengok game semalam gerenti bangga.

    p/s - saper yg dpt tiket free tu tak nak kongsi pengalaman ker...???saper yer.??tahniah jugak sbb bertuah...

    pesanan admin: Sila baca artikel ini sebelum anda membuat komentar Info | 9 Rules at seladang.net

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan00

    perumpamaan penulis menyebut "toyol" tidak begitu sesuai la bagi saya. pemain adalah manusia yang darjatnya amat tinggi disisi Allah. Dan toyol sememang agak kurang sedap didengar. andai kata penulis boleh tukarkan kepada "pemain cilik" (pemain kecil bukan sahaja untuk kanak-kanak) atau "pemain lincah" (dewan bahasa dan pustaka :1. tidak boleh diam (perangai dll), bergerak selalu).

    apa pun, tahniah saya ucapkan kepada pemain malaysia kerana telah berusaha keras untuk menjaga maruah negara.

    p/s: DBP: toyol,= hantu ~ hantu yg kononnya suka mencuri wang.

    komen admin: toyol dan "toyol" mempunyai dua perbezaan yang ketara dari segi maksudnya. Halaman seladang.net bukan tempat untuk bercerita tentang perkara mistik oleh itu sila fahamkan maksud sebenar yang cuba hendak disampaikan oleh penulis itu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    ini menampakkan bahawa skuad negara masih buntu untuk mencari pemain dibahagian penyerang. cuma harapan teman pemain pemain yang ada hari ini harus disatukan lagi untuk mereka dapat mengenalpasti corak permainan oleh rakan sepasukan. disamping itu pemain pemain yang ada haruslah di beri latihan secara agresif. pasukan kali ini berpotensi besar, cuma masalah sekarang kemungkinan besar ada diantara pemain hanya inginkan nama bukan kerana semangat juang yang tinggi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yong85

    pertama sekali yong nak ucapkan tahniah buat semua player & jurulatih malaysia sbb kita dpt menidakkan peluang chelsea utk kenduri gol yg besar.sekurang-kurangya coach kita study & formasi beliau buat tu menjadi.yong pun bangga & rasa berbaloi sbb yong la antara puluhan ribu yg datang & akhirnya yong dpt lihat kesungguhan player utk bermain buat negara.peluang malaysia pun ada cuma finishing je hancus...yong pun kecewa sgt masa zaquan ada peluang keemasan sewaktu satu lwn satu je tapi sbb dia tersangat le gopoh jwpnnya satu,hilang peluang & dia terpaksa le putih mata.tahniah juga buat 2 pemain seladang kita & keeper.satu ilmu & pendedahan buat helmi eliza & yg lain.syabas malaysia...walau tewas anda sebenarnya pemenang di hati yong.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Salam tahniah dari teman kpd semua player Malaysia kerana berjaya mengekang kemaraan Chelsea dlm mencari banyak gol seperti yang berlaku pada team2 lain yg telah deme "pukul" tempohari dlm siri jelajah deme....Player2 Malaysia semlm bermain dgn baik sekali...teman selaku penyokong Malaysia yang hadir memberikan sokongan di stadium semlm ternyata rasa berbaloi dgn kehadiran teman.....biarpun suasana di stadium meriah dgn penyokong2 Chelsea tapi pasukan negara betul2 memberikan tentangan hebat...formasi 4-1-4-1 yg digunakan semlm ternyata menjadi...dan hasilnya kita hanya dibolosi 2 kali sahaja....kepada Hardi dan Subra teman salute habis!Kome memang best la....harap deme dua ni dpt le stay lagi dgn team Perak musim depan....Zaquan Adha & Safee Sali juga beraksi baik sebagai penyerang cuma nasib tak menyebelahi mereka utk menjaringkan gol...tapi yang pasti beberapa kali jugaklah Petr Cech tu tergamam..hehehe...kelakor le jugak...Kesimpulannya permainan semalam khasnya dari pasukan Malaysia ternyata menghiburkan...dan semalam Malaysia dah buktikan yg deme ni bukan lagi bahan utk dibuli..Harimau Malaya beberapa kali menunjukkan taring dan mengaum semalam...cuma terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki lagi...contohnya terdapat beberapa pemain yg agak berusia dan kurang pantas bergerak serta membuat keputusan.....tak pelah...yg penting Malaysia dah buktikan sinonim dgn slogan kita "Malaysia Boleh"!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi_black

    Pertama sekali, Terima Kasih Kepada Admin Seladang.net sebab beri saya peluang berupa hadiah tiket menyaksikan Perlawanan ini. Terima Kasih Banyak-Banyak.

    Saya amat bersetuju dengan pendapat penulis tentang perlawanan semalam. Saya terkejut 'beruk' melihat cara permainan Hardi Jaafar. Memang membanggakan. Untuk pengetahuan, Hardi menjadi pencetus idea untuk menggerakkan bola ke pertahanan Chelsea. Cuma tiada penyudah yang sempurna oleh Amirul hadi.

    Begitu juga 'Black Pearl' Perak, S.Subramaniam. Pemain Pertahanan yang patut diberi peluang untuk kesebelasan utama Perak. Beliau menunjukkan permainan yang cantik dengan beberapa kali berjaya 'menyapu bersih' bola dari kaki bintang-bintang dunia. Tahniah buat beliau dan Hardi.

    Kepada Rakyat Malaysia, sedarlah, Kita bukanlah 'teruk sangat' jika hendak dibandingkan dengan pasukan ternama lain. Walaupun kalah, tetapi tetap bermaruah. Sokongan kita amat perlu untuk melihat Pasukan kita pergi lebih jauh.

    Untuk melihat bagaimana Hardi ,mengayam-ayamkan' pasukan ternama dunia ni, jangan lupa tonton astro malam ni. Terima kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yatty_sg

    tahniah Malaysia kerana bermain dengan baik. saya bangga sangat melihat aksi di stadium semalam. berbaloi rasanya kunjungan saya ke Malaysia untuk perlawanan ni. dan tak dapat nak nafikan lagi, Hardi memang bermain dengan baik! pemain yg paling lively malam semalam. walaupun tewas, Malaysia mempamerkan persembahan yang baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi_black

    Saya baru saja melayari laman web akhbar tempatan yang memaparkan keluhan jurulatih Chelsea yang menyalahkan keadaan padang dan sikap berjaga-jaga pemainnya untuk mengelakkan kecederaan.

    Pada kita, ini adalah padang yang dikategorikan terbaik di Malaysia. Ini perkara biasa. Bagi menjaga maruah selaku Kelab ternama, mereka akan sentiasa mencari alasan untuk menutup kelemahan mereka. Jadi, masalah padang dipilih untuk dijadikan alasan.

    Hakikatnya, Peter Cech sebagai berkata, "Secara keseluruhan, saya rasakan pasukan anda bermain sebaik yang mereka mampu, dan bagi saya mereka berjaya memperoleh permainan yang lebih baik berbanding kami," dan beliau berkata lagi, "Untuk berjaya di peringkat antarabangsa, penyerang harus bijak menyempurnakan peluang kerana ia mampu mengubah keputusan perlawanan di saat genting. Kegagalan menyempurnakan peluang gol akan memberi peluang kepada lawan untuk bangkit.

    Pandangan Penjaga Gol yang dikategorikan sebagai Penjaga Gol terbaik dunia ini adalah hakikat yang sebenarnya yang berlaku semalam di Stadium Shah Alam. Ini kerana, penjaga gol lebih luas pandangannya apabila berada di padang. Maka, tidak keterlaluanlah jika saya katakan MALAYSIA juga hebat! Yang mana kita harapkan perkembangan ini akan berterusan dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

    Oleh itu, tugas kita sebagai Penyokong dan Peminat Bola Sepak Perak dan Malaysia ketika ini adalah membuktikan kesetiaan kita dengan sokongan dan pandangan yang waras untuk pasukan kita. Biarlah kita 'Bersusah-Susah Dahulu dan Akan Bersenang-Senang Kemudian' dan 'Bukan Senang nak Jadi Senang Yob', kena susah dahulu baru boleh jadi senang kelak. PERAK NO.1 & MALAYSIA MEMANG BOLEH!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. medan_gopeng

    tahniah kepada pasukan Malaysia dan pemain - pemain Perak yang bermain dengan cemerlang. Semoga ia akan menambahkan prestasi para pemain. Walaupun saya tak hadir, tetapi mendengar cerita serta membaca artikel didalam seladang.net , telah membuktikan kesungguhan para pemain.
    TAHNIAH..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. keanu147

    apa-apa pun tahniah kepada pasukan malaysia kerana berjaya mengekang permainan chelsea pada malam tadi.cuma saya harap, pasukan malaysia jangan terlalu berbangga dengan permainan malam tadi kerana kita masih jauh,kita perlu perbanyakan perlawanan yang berkualiti,bermain dengan pasukan yang lebih tinggi tahapnya dan sebagainya.

    saya harapkan pada perlawanan yang akan datang,mutu permainan pasukan malaysia rakan semakin meningkat dan semakin meningkat sehingga setaraf pasukan 'world class'.

    Insyaallah..Wassalam.

    (siaran tertunda pun jadilah dari tak dapat tengok langsung)

    komen admin: Sememangnya kita patut berbangga dengan persembahan mereka malam tadi. Ada pada suatu ketika, gerakan menyerang Malaysia jauh lebih "EPL" dari pasukan Chelsea yang sememangnya bersaing dalam EPL. Cuma penyudahnya sahaja yang tumpul dan perlu dipertajamkan. Perhatikan juga pada siaran tertunda itu nanti bagaimana Hardi Jaafar dan beberapa pemain Malaysia yang lain "mengayam-ayamkan" pemain ternama dunia ini.

    Selamat menonton!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. Transaevo...

    Tahniah Syidi sebab dapat hadiah tiket tu..Bertambah kesetiaan kpd seladang.net..yang lain mesti cemburu..tapi Trans pasti peluang macam ni akan dtg lagi...

    Trans tertarik nak tambah ulasan Syidi..memang persembahan pasukan Malaysia semalam membanggakan walaupun dari segi keputusan jaringan Malaysia tewas..tewas semalam setelah memberi saingan hebat..Malaysia mendapat banyak peluang malah ada satu babak dimana Zaquan hanya berdepan dengan penjaga gol cuma ia tak disudahi dgn jaringan gol...

    kalau kita perasan semalam,rentak permainan Chelsea seakan berubah sewaktu perlawanan dan saya sifatkan mereka tercabar dengan tentangan yg diberikan oleh pasukan Malaysia sedangkan mereka tidak menduga Malaysia mampu memberikan tentangan sedemikian rupa...

    What makes me so proud is that, despite what people keep saying about our national squad,they still able to maintain focus and its proven now that they should be valued even higher...Chelsea is a super rich club...Yang paling kaya...sebab tu mereka mampu dapatkan ramai pemain terbaik dunia bermain utk kelab mereka tapi kemenangan tipis dengan Malaysia membuktikan kebolehan pasukan kita sendiri menentang antara pemain terbaik dunia...

    Akhir kata dari Trans, SELAMAT MAJU JAYA BOLASEPAK MALAYSIA...!!

    komen admin: Penelitian anda memang tepat!, memang pada mulanya pasukan Chelsea seakan-akan bermain ala kadar dan cuba "memperbudak-budakan" skuad kebangsaan. Namun setelah lebih 20 minit tanpa gol dan ramai bintang-bintang ternama dunia itu "diayam-ayamkan" oleh pemain Malaysia, mereka mula bermain agak serius dari biasa. Ada pada suatu ketika mereka "menyapu" pemain Malaysia dengan rakus kerana takut dibolosi.

    Pemain Chelsea juga paling ramai yang "tersembam" atau "baring-baring" di atas padang dan "merengek" kesakitan mengalahkan pemain Liga Amatur. Jelasnya kepada mereka yang hadir untuk menyokong pasukan kebangsaan pasti "puas" dengan persembahan Malaysia namun kepada peminat Chelsea tentu merasakan aksi yang dipaparkan tidak "berbaloi" dengan harga tiket yang perlu dibayar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. miez3

    Teman setuju dengan kata-kata Admin..Syidi & saudara Trans....memang jelas persembahan Chelsea tidaklah boleh dibanggakan sangat...ternyata mereka ni hanya hebat pada nama sahaja kerana mempunyai "brand" dari EPL....kalau mike2 semua perasan sewaktu Malaysia menyerang balas dgn situasi wajib gol berapa ramai orang Malaysia yg pakai jersi Chelsea berdiri dan "mengaum" tambah pulak time 2nd half...hmmm..ramai pulak yg dah berpaling tadah!Well done to the players....worth it to the loyal supporters....wish Chelsea won't be deterred to come again for another match....last time we defeated 1-4....last night 0-2....but please remember and be cautious...may next time the goal deficit would be more lower or none at all!
    Kepada rakyat Malaysia nasihat teman...kome dah lihat semlm kan?Lepas ni sokong Malaysia je la......

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. yatty_sg

    setuju dengan apa yg dibentangkan. pemain-pemain chelsea seolah-olah terkulai walau menang. pada pandangan saya, Malaysia memang boleh berbangga walau tewas. saya bukan peminat chelsea tapi turun ke Malaysia semata-mata nak menyaksikan HARIMAU MALAYA beraksi. worth my trip!
    keep up the good performance .. Malaysia Boleh!

    Likes(0)Dislikes(0)
  15. keanu147

    alhamdulillah dapat juga menonton siaran tertunda perlawanan semalam. saya agak berpuas hati dengan game itu.agak geram juga kerana beberapa peluang terhidang, masih gagal disudahkan dengan jaringan.dengan formasi 4-1-4-1,ia nampak sukar untuk malaysia menyerang chelsea dari segenap arah.tapi sekali sekala menyerang dengan "counter attack", ia dapat mengucar kacirkan pertahanan chelsea. apa yang saya lihat disini ialah,malaysia mampu untuk menjaringkan gol dalam situasi counter attack ini sekiranya banyak latihan diterapkan.

    keadaan padang pula,sebenarnya ok je.tidaklah teruk sebagaimana yang di katakan scolari dalam akhbar.

    lagi satu,bahagian tengah pasukan malaysia pincang sedikit,bola tidak banyak dikawal pemain malaysia.

    helmi eliza dan hardi,antara pemain yang dapat menunjukkan permainan yang baik dalam perlawanan ini.puas hati juga dengan persembahan malaysia,dan kalau boleh lepas ini,janganlah kalah je,menanglah pula.
    ok!! Assalamualaikum.

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. razlan

    tahniah malaysia kerana permainan yg cukup matang dan bertaraf dunia ditunjukkan terutamanya oleh helmi eliza dan hardi jaafar.

    namun saya agak kecewa dgn persembahan pemain2 senior seperti hairuddin omar dan nizaruddin yusof. mereka ini telah melepasi tempoh umur 'bersara dari skuad kebangsaan'. sungguh tak paham kenapa sathia masih memilih mereka.

    Likes(0)Dislikes(0)
  17. YangIkhlas

    Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana hanya kalah 0-2 kepada Chelsea FC. Walaubagaimanapun YangIkhlas berpendapat belum masanya pujian yang melambung tinggi boleh diberikan kepada Sathianathan dan anak buahnya. Perlawanan persahabatan seperti ini kita harus melihat kemampuan pasukan Kebangsaan menjaringkan gol bukannya bangga dengan kemampuan mengurangkan jumlah jaringan gol pasukan lawan. Biar kita kalah 1-2, 1-3 atau 1-4, tetapi satu gol yang dapat dijaring itu lebih bermakna dan boleh dibanggakan dari hanya berjaya membuat pasukan lawan menang 2-0. Komen berkenaan padang oleh Felipe Scolari, bukan hendak meletak alasan, tetapi hakikatnya pemain Chelsea FC dengan kemudahan padang latihan mereka yang terlalu jauh lebih baik dari permukaan padang Std.Shah Alam, seharusnya menjadi renungan dan iktibar kita bersama bahawa sistem pengurusan rumput di stadium dan padang latihan di negara ini amat mengecewakan. Seperti kata Scolari dalam laman web CFC, saya masih mencuba gandingan baru, keputusan tidak penting untuk masa ini. Bagi Sathia, perlawanan bagi pemain menimba pengalaman dan ianya hanya perlawanan persahabatan, keputusan juga tak penting.......agaknya le. Semoga bolasepak Malaysia akan terus maju dan berjaya. MALAYSIA BOLEH.......

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.