Malaysia | Ranking Terkini FIFA

Saya ingin memberi komen tentang kedudukan terkini pasukan Malaysia dalam ranking FIFA pada 01 Julai 2008. Malaysia kini berada di tangga ke 166 dunia di belakang Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Kedudukan ini boleh berubah kerana berdasarkan jadual dalam Fifa.com negara kita akan menentang India dalam perlawanan persahabatan pada 22 Julai 2008.

Secara keseluruhannya, untuk rekod negara kita pernah menduduki tangga ke 79 pada tahun 1993 dan mengalami turun naik sehinggalah pada April 2008 yang mana negara kita menduduki tangga ke 170 dunia, iaitu kedudukan terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Di Asia pula, negara kita menduduki tangga ke 31 yang mana tangga teratas dimonopoli oleh Jepun. Pandangan saya, pihak FAM perlu merencanakan lebih banyak lagi perlawanan persahabatan antarabangsa untuk menaikkan kembali kedudukan dalam FIFA.

Tidak perlu mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan gergasi dunia atau asia, sebaliknya adakan perlawanan dengan pasukan kerdil terlebih dahulu bagi membentuk keyakinan para pemain kebangsaan kita.

Sebagai anak watan Malaysia yang dilahirkan di Negeri Perak, saya menyeru seluruh warga negara ini terutamanya ahli Seladang.net agar kita lebih prihatin terhadap pasukan negeri dan negara kita.

Pasukan negeri adalah penting untuk memastikan kita dapat mengenal pasti wira-wira baru untuk diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan kita. Saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan melalui seladang.net yang sedikit sebanyak melambangkan kesetiaan rakyat negeri/negara ini dalam menyokong Bola Sepak tempatan yang dikatakan kian mundur.

Ini adalah hakikat yang perlu kita tempuhi, pepatah ada mengatakan, Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, tepuk dada tanya selera. Walau macam mana teruk pun prestasi pasukan kita ia tetap pasukan kita.

Marilah kita bersama-sama merintis laluan baru untuk memartabatkan arena bola sepak tempatan dengan memulakannya dari peringkat akar umbi. Ini kerana, kita sekarang sedang berada di tahap ‘akar’. Berjasalah pada ‘akar’ ini setakat yang termampu sebelum kita dapat menuai hasilnya kelak.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak pengurusan seladang.net, ahli-ahli forum, dan pihak pengurusan Bola Sepak Perak kerana masih bersemangat dan tidak jemu mencurahkan kesetiaan terhadap Bola Sepak tempatan.

Sekian,

Reference:
1. FIFA website: Ranking

Artikel ini telah dihantar oleh pengguna yang bernama syidi_black, dengan beberapa perubahan telah dilakukan pada struktur ayat dan ejaan tanpa menjejaskan tujuan asal artikel ini dihantar.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Malaysia | Ranking Terkini FIFA

  1. YangIkhlas

    Pasukan kebangsaan perlu mengadakan perlawanan persahabatan bertaraf 'A' yang lebih kerap. Tak payah le lawan pasukan yang terkenal sangat, cuba aturkan perlawanan dengan pasukan yang berada dalam lingkungan ranking kita sekarang. Melalui perlawanan persahabatan ini kita bukan hanya menilai prestasi pasukan dan pemain tetapi prestasi jurulatih juga. Walaupun perlawanan persahabatan jurulatih perlu bertanggungjawab atas apa keputusan perlawanan. Jangan jadi seperti sebelum ini jurulatih hanya memberi alasan seperti ianya hanya perlawanan percubaaan, pemain belum dapat menyesuaikan diri, tidak mahu pemain memuncak terlalu awal, kecederaan pemain utama dan seribu satu alasan lagi untuk menutup kelemahan diri sendiri. Contoh terbaik alasan yang diberi adalah pada skuad Sukan SEA yang lalu. Perlawanan kelayakan Sukan Olimpik dianggap sebagai medan persediaan untuk mencapai kejayaan di Sukan SEA. Oleh itu semua kekalahan pada kelayakan Sukan Olimpik itu dianggap sebagai "tak mengape kita kalah sebab pasukan ini sasarannya adalah Sukan SEa Korat. Malang sekali di Sukan SEA kita gagal sama sekali untuk melepasi peringkat kumpulan. Tapi jurulatih masih beranggapan kegagalan itu perkara biasa aje atau takdir tuhan dan yang peliknya jurulatih berkenaan masih dapat mengekalkan kedudukan beliau. Lebih baik kita mengambil kata-kata pasukan Brazil, Nombor 2 atau naib juara itu adalah kegagalan. Sesiapa yang gagal pula jangan tunggu sampai dipecat. Fikir-fikirkanlah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    diharapkan pasukan kebangsaan meneruskan perjuangan yang lebih menarik dan mengubah kedudukan pasukan negara ditahap yang boleh dibanggakan. dapatkan semula ranking malaysia yang terbaik sebelum ini iaitu diranking ke 70. oleh itu diharapkan pihak fam dapat mencetuskan idea yang bertaraf dunia. dapat mentadbir sesebuah organisasi yang lebih maju. jangan asyik berada ditahap yang lama. jangan hendak mementingkan wang poket sendiri sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    first sekali kita sbg penyokong bola sepak negara jgn tersalah anggap akan kedudukan malaysia dlm ranking fifa.ye...memang betul kita agak kurang menonjol dlm setiap perlawanan antarabangsa dek penyebab prestasi player & kekalahan demi kekalahan.tapi sbb musabab yg utama ialah kita sebenarnya kurang penglibatan dlm kejohanan luar so ranking kita down la.jd andai kita selalu perform luar punya game.mgkn kita punya ranking tak le ghope ni.jd kalo nak berubah bak kata penulis ni(syidi_black) perlu bermula dari akar so pandang-pandang la tenaga muda yg bukan dari skuad utama negeri saje tapi dlm malaysia sblm jd pro dlm skuad negeri,setiap player harus bermula dr skuad belia & presiden.betul tak?jd kenape le coach negara kita ni asyik dok bangga akan semua player terutama striker deme yg "terpantas & laju" tu.cdgn yong le,tu pun kalo le ade wakil terdekat coach yg membaca.muhibbahkan le sikit skuad negara,jgn la hampir kesemua player diambil dlm satu skuad negeri.jgn kerana dek populariti sorang player tu dipandang sampai bdk muda yg lebih berpotensi tak di pandang.percaya lah sebenarnya ada lagi tenaga yg lebih muda dr pandangan & anggapan coach negara yg mampu menggegar jaring antarabangsa.sekaligus perancangan & percaturan yg bagus akan dpt mengubah ranking kita & yg penting bola sepak malaysia tak lagi di pandang sebelah kelopak mata je lagi.go malaysia...perjuangkan terus semangat harimau malaya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.