Keputusan TM Piala Malaysia 07/2008 | 26 Julai 2008

TM Piala Malaysia

Hanya 2 perlawanan telah dilangsungkan semalam bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Dalam kumpulan B, Johor FC mendahului kumpulan tersebut dengan 20 mata setelah meraih kemenangan 3 – 2 ke atas PDRM di Stadium Jcor, Pasir Gudang.

Sementara itu dalam kumpulan C pula, My Team yang bertandang ke Stadium Darul Makmur mencatatkan kemenangan 3 – 2 menewaskan pasukan Pahang. Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke 20 melalui K. Rajan sebelum pantas dibalas oleh pasukan My Team pada minit ke 23 oleh Haris Safwan.

Kaironnisam Sahabuddin menyumbatkan gol kedua My Team dua minit sebelum tamat separuh masa pertama. Bunyamin Umar turut menyumbangkan gol ketiga pasukan pada minit ke 57 dan pada minit ke 89, Redouane Barkaoui sempat menjaringkan gol kedua Pahang sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.

Dengan kemenangan ini pasukan My Team mendahului kumpulan C dengan 21 mata diikuti oleh pasukan Perlis di tangga kedua dengan 19 mata dan bakal berhadapan pasukan Perak pada perlawanan terakhir mereka di Stadium MBPJ Kelana Jaya pada 2 Ogos 2008.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “Keputusan TM Piala Malaysia 07/2008 | 26 Julai 2008

  1. YangIkhlas

    Tahniah kepada pasukan yang berjaya layak ke suku akhir untuk menjadi 8 pasukan terbaik Piala Malaysia tahun ini. Perlawanan terakhir 2 Ogos nanti akan menentukan siapa lawan siapa. Biarlah yang terbaik akan menjadi juara 2008.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi_black

    Berdasarkan perkiraan saya, Perak memang layak ke Suku Akhir. Satu pasukan lagi yang mengiringi perak layak secara kiraan mata mungkin PDRM. Memang benar bagai dikata oleh penulis dalam artikel terdahulu.

    Saya berharap, Seladang menang dalam perlawanan terakhir nanti. Selamat Maju Jaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    utk game yg terakhir dlm kumpulan akan membabitkan team perak melawan myteam bermakna kedua-dua pasukan akan all out utk mengukuhkan kedudukan dlm kumpulan walaupun kedua-duanya dah pun layak ke suku akhir.utk game ni yong pasti akan luangkan masa utk tgk team kita.so selamat berjuang dan berjaya.kekalkan rekod kemenangan pasukan kita ke atas pasukan my team.lagipun masa malam myteam lwn pahang tu sedikit terganggu kerana hujan yg lebat jadi pergerakan pasukan agak terjejas,apepun pahang tetap beri tentangan walaupun mereka dah tak layak ke pusingan suku akhir.syabas buat pahang.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.