India Vs Malaysia | Friendly Match

Selasa 22 Julai 2008
Stadium Lal Bahadur Shashtri, Hyderabad
6.00 pm (waktu tempatan)
8.30 pm (waktu Malaysia)

Petang nanti skuad Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan India di Stadium Lal Bahadur Shashtri pada pukul 6 petang. Perlawanan persahabatan sebelum ini ialah bertemu Indonesia di Surubaya pada 6 Jun 2008 yang berkesudahan Malaysia berjaya mengikat tuan rumah dengan keputusan 1 -1.

Malaysia kini menduduki tangga ke 166 dunia, naik 3 anak tangga dari 169 selepas perlawanan dengan Indonesia tempohari manakala pasukan India pula menduduki tangga ke 153. Seramai 22 orang pemain menjadi pilihan jurulatih B. Sathianathan dengan penyerang Pahang, Hairuddin Omar turut di panggil semula menyarung jersi kebangsaan.

Rekod perlawanan terakhir antara pasukan Malaysia menentang pasukan India adalah pada 3 Jun 1996 sewaktu kempen kelayakan Piala Asia di Kuala Lumpur yang berakhir dengan skuad Harimau Malaya membaham India 5 – 2.

Skuad kebangsaan ketika itu dibarisi antaranya penjaga gol Khairul Azman Mohamed, Zainal Abidin Hassan, K. Sanbagamaran, Dollah Salleh, Idris Karim dan Azman Adnan serta berada di kedudukan ranking FIFA ke 91 dunia.

Skuad Kebangsaan Malaysia

Penjaga Gol:

Helmi Eliza Elias (Kedah)
Badrulzaman Abdul Halim (PKNS)

Pertahanan:

Norhafiz Zamani Misbah (Pahang)
S. Subramaniam (Perak)
Aidil Zafuan Abdul Radzak (Negeri Sembilan)
Daudsu Jamaluddin (Johor FC)
Irwan Fadzli Idrus (MyTeam)
Asraruddin Putra Omar (Selangor)
Mohd Fauzie Nan (Perlis)
Shafizan Hashim (Kedah)

Tengah:

Shukor Adan (Selangor)
Amirulhadi Zainal (Selangor)
Indra Putra Mahayuddin (Selangor)
Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Azi Shahril Azmi (Perlis)
Hardi Jaafar (Perak)
Zairo Anuar Zalani (Terengganu)

Serangan:

Safee Sali (Selangor)
Nizaruddin Yusof (PDRM)
Zaquan Adha Abdul Radzak (Negeri Sembilan)
Mohd Ashari Samsuddin (Terengganu)
Hairuddin Omar (Pahang)

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “India Vs Malaysia | Friendly Match

  1. matahari_terbit

    kira skuad harimau malaya masih boleh menjadi lebih bagus seandainya mereka bermain dengan lebih cemerlang, mungkin ini satu permulaan untuk skuad negara kita memulakan satu langkah untuk terus berjaya

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi_black

    Walaupun kita bertemu dengan pasukan yang berada di tangga atas sedikit daripada kita, namun saya menganggap ianya penting dalam membentuk keyakinan diri dan membina persefahaman dikalangan pemain.

    Langkah sebegini penting kerana ianya perlu dimulakan dari bawah, sebab taraf kita sesuai dengan keadaan ini. Percayalah, pasukan-pasukan yang handal ketika ini juga melalui perkara yang sama untuk menuju ke puncak kejayaan. Tiada kejayaan menjelma tanpa kesusahan dan keperitan. Tiada laluan pintas untuk mencapai kejayaan.

    Sebagai anak watan, marilah kita sama-sama memberi sokongan dan galakan. Jangan hanya menghina dan mengherdik pasukan sendiri. Kebanyakan orang malaysia inginkan kejayaan segera. Segalanya segera. Tidak salah menyukai atau meminati kelab bolasepak luar yang jauh lebih baik daripada negara kita, tapi jangan lah kita tidak ambil berat langsung perkembangan bolasepak tempatan. Saya pernah jumpa manusia (rakyat Malaysia) yang tidak kenal langsung pemain bola sepak kebangsaan kita. Sedih rasanya. Kerana terlalu mengutamakan pasukan luar yang lebih maju. Fikir lah baik-baik wahai sahabat, demi kemajuan bola sepak tempatan.

    MALAYSIA BOLEH!!!
    SAYANGI MALAYSIA..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YangIkhlas

    Semoga dapat mencatat satu keputusan yang amat baik untuk meningkatkan semangat dan dapat memperbaiki kedudukan pasukan kebangsaan dalam ranking FIFA. MALAYSIA BOLEH.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    jika dilihat dgn kecekapan penjaga gawang helmi eliza sewaktu beraksi dgn psknnya insyaallah gawang malaysia tak bergegar kot.tu pun perlu dgn bantuan semua posisi terutamanya bhgn pertahanan,perlu bersiap sedia.dgn gabungan baru & lama pasti mampu menjana sesuatu nanti sbg persediaan utk berhadapan chelsea.yong harap mereka yg berada di bahagian serangan dpt melaksanakan tugas mereka(nama bukan sikit punya kecil katanya la),jgn harap laju je yeee.....sbb ini dah boleh dikatakan skuad terbaik milik B. Sathianathan yong doakan berjaya ye...jgn kasi malu harimau.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    kira bagus jugalah pasukan malaysia kali ini, tapi kita tidak tahu lagi apa yang akan terjadi dimasa hadapan. walaupun ranking dunia kita naik 3 ke empat anak tangga, ianya belum memadai dengan pendapatan yang mereka perolehi, dan juga kemudahan yang mereka miliki

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.