India Vs Malaysia | Friendly Match (result)

Selasa 22 Julai 2008
Stadium Lal Bahadur Shashtri, Hyderabad
6.00 pm (waktu tempatan)
8.30 pm (waktu Malaysia)

India 1 – 1 Malaysia

Skuad bolasepak Malaysia berjaya mencatatkan keputusan seri 1 -1 ketika menentang India untuk satu perlawanan persahabatan di Stadium Lal Bahadur Shashtri. Baichung Bhutia menyumbangkan gol pertama untuk pasukan India pada minit ke 57 separuh masa kedua.

Indra Putra Mahayuddin menjadi penyelamat pasukan Malaysia apabila menjaringkan penalti pada minit ke 80 untuk membantu pasukan negara mengikat pasukan tuan rumah sehingga wisel penamat dibunyikan. Dengan keputusan ini diharap dapat meningkatkan sedikit sebanyak ranking FIFA buat pasukan Malaysia selepas ini.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “India Vs Malaysia | Friendly Match (result)

  1. matahari_terbit

    tentu semua ingat Baichung Bhutia bekas pemain import perak. kini beliau masih lagi menjadi pemain yang bagus dalam skuad negara beliau. walaupun malaysia seri 1-1 tapi ianya masih membuktikan bawasanya pasukan kita masih dibelengu masalah dibahagian serangan. diharapkan ketika perlawanan menentang skuad blue(chelsea) malaysia akan menukar beberapa pemain yang tidak sepatutnya tersenarai dalam skuad kebangsaan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seansan00

    alhamdulilah.. seri pun ok dari kalah, tapi penulis tak bagi tahu apa sebab malaysia dapat penalti..

    dua-dua bekas pemain perak juga jaringkan gol.. go PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    mcm selalu yong ckp baik seri dari kalah.tapi ini permulaan yg baik utk team negara.tak silap yong penjaring utk india semalam tu ialah bekas penyerang pskn perak....buat semua pemain tahniah le,yong hrp lwn chelsea ni bikin gempak jgn bikin tergempar.yg pasti kelibat majulah sukan utk dunia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Tahniah buat Pasukan Kesayangan kita. Walaupun seri, sekurang-kurangnya kita melawan juga. India pun tidak kurang hebatnya. Harapan saya sama dengan penulis. Moga-moga ranking FIFA ada perubahan sikit.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Pemain pasukan kita agak keletihan dan tempo perlawanan yang agak tinggi. Itu adalah antara alasan awal untuk menyelamatkan diri bagi jurulatih B.Sathianathan. Dalam bahasa yang lebih mudah ianya bermaksud KECERGASAN pemain PRO kita amat rendah atau lebih tepat lagi terlalu rendah sesangat. Kecergasan yang maksimum atau lebih adalah penting. Ianya bukan hanya mencorakkan prestasi pemain tetapi kecergasan yang maksima boleh membantu seseorang pemain itu mengelak dari ditimpa kecderaan yang teruk. Selagi tahap kecergasan yang maksima tidak dapat diperolehi oleh pemain, selagi itulah prestasi pemain tidak akan meningkat dan akhirnya hanya berada ditepi padang kerana kecederaan. Pemain bolasepak di Malaysia masa kini boleh dikatakan amat kurang mengambil berat tentang kecergasan. Apapun satu keputusan yang baik diperolehi jika kita membandingkan ranking FIFA pasukan India yang sedikit lebih baik dari pasukan negara. Kita tengok prestasi Malaysia menentang Kelab Bolasepak Chelsea pulak nanti. MALAYSIA BOLEH.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. radzmie Post author

    Nakkan malaysia naik ke tangga 80 ?
    formulanya seperti berikut:=

    persahabatan setiap bulan selama 6 bulan dan main dengan team yang menduduki tangga 70 keatas. menang kalah lain cerita …. tapi formula FIFA kalah pun ader mata ….
    tempat 80 - Qatar 428 mata..
    malaysia tempat 166 -96 mata

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.