Gravatar | Untuk Semua Pengguna Berdaftar

Sukacita dimaklumkan kepada semua pengguna berdaftar, pihak kami telah membuat pembaharuan pada bahagian komen dengan meletakkan Avatar (default) setiap komen yang anda lakukan. Kepada mereka yang berminat memiliki Avatar yang tersendiri di seladang.net boleh berkunjung ke halaman gravatar.com untuk mendaftarkan diri.

What is a gravatar?

A gravatar, or globally recognized avatar, is quite simply an avatar image that follows you from weblog to weblog appearing beside your name when you comment on gravatar enabled sites. Avatars help identify your posts on web forums, so why not on weblogs?

3 perkara utama untuk dipatuhi sebelum mendaftarkan diri di gravatar.com ialah:

  1. Menggunakan alamat email yang serupa sewaktu mendaftar di seladang.net untuk mendaftar gravatar.com. Jika anda menggunakan email yang salah maka tiada sebarang avatar akan muncul di seladang.net walaupun sudah berdaftar di gravatar.com.
  2. Selepas proses “upload” avatar pilihan, anda diminta untuk memberikan rating kepada avatar tersebut. Pastikan anda memilih Rating G (rated G).
  3. Sila gunakan avatar yang bersesuaian dan tidak mengandungi unsur-unsur lucah atau perkara-perkara yang dilarang di dalam FAQ.

Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan pada ruangan komen dibawah.

Likes(0)Dislikes(0)

27 thoughts on “Gravatar | Untuk Semua Pengguna Berdaftar

  1. webmaster Post author

    Ini adalah contoh komen yang mengandungi avatar pilihan. Kepada yang tidak mendaftarkan diri di gravatar.com maka blank avatar (default) akan tersedia secara automatik.

    Avatar yang anda lihat sekarang berukuran 50x50 pixel. Dan gambar asal di server gravatar.com adalah berukuran 135x135 pixel.

    Kelebihan perkhidmatan gravatar.com adalah ianya mampu untuk mengecilkan "resize" avatar mengikut selera anda serta mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh pihak kami.

    Sistem avatar ini telah dicuba sesuai untuk pengguna Internet Explorer 7 dan Mozilla Firefox 3 pada paparan Resolusi 1024x768.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    teman harap lepas ini banyaklah komen komen dari peminat setia yang bernas dan bijaksana. terima kasih admin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    ye,yong dah pun gunakannya.ternyata sgt mudah & ringkas.ini satu lagi pembaharuan dlm seladang.net.tahniah.buat teman-teman seladang yg belum mencuba,sekarang la masanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    buat syidi_black,pastikan email anda sama dgn email sewaktu awk daftar di seladang.net.lepas ni mungkin boleh.cubalah lagi pasti boleh.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YB Post author

    Tahniah kepada semua pengguna yang berjaya mendapatkan avatar masing-masing. Semoga seladang.net akan lebih meriah dengan pengenalan "trend" terbaru ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    Tahniah kepada webmaster...teruskan dengan usaha yang positif untuk membawa kemajuan yang berterusan untuk website seladang.net dan bolasepak negeri Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. penjejak awan

    tahniah kepada pihak pengurusan kerana mewujudkan ruangan portal ini.
    satu cadangan pada admin..
    paparkan carta liga terkini liga super 2009 pada paparan home seladang.net
    hidup perak.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.