Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2008

Halaman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menganjurkan satu undian untuk memilih pemain atau individu terbaik bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2008 di halaman sesawang mereka. Anugerah yang dianjurkan bersama penaja 100 Plus itu adalah yang pertama diadakan di halaman itu berbanding sistem SMS sebelum ini.

Sebanyak 7 soalan dikemukakan pada halaman tersebut dengan hanya seorang wakil dari Perak dinamakan iaitu Nasril Nourdin untuk kategori Penjaga Gol Terbaik. Majoriti mereka yang dicalonkan ialah dari pasukan Kedah dan Negeri Sembilan.

Pilihan Penulis:

Penjaga Gol Terbaik:

Helmi Eliza Elias (Kedah)
Sharbinee Allawee (Terengganu)
Nasril Nourdin (Perak)

  • Pemilihan penulis berdasarkan kepada tahap bolos yang diharungi oleh pasukan Kedah dan prestasi Helmi Eliza yang memang cukup baik di peringkat Liga Super.

Pertahanan Terbaik:

Victor Andrag (Kedah)
Norhafiz Zamani (Pahang)
Aidil Zafuan (Negeri Sembilan)

  • Penjaga gol yang baik tentu dibantu pertahanan yang cemerlang, oleh itu pemilihan ketua pasukan Kedah, Victor Andrag adalah pilihan yang tepat buat penulis.

Pemain Tengah Terbaik:

Khyril Muhymeen (Kedah)
Fauzi Shaari (Kedah)
Amirulhadi Zainal (Selangor)

  • Khyril Muhymeen adalah pemain tengah yang boleh bertindak sebagai penyerang dan mempunyai larian pantas. Turut mempunyai keupayaan menyepak bola dalam situasi “bola mati” dengan baik.

Penyerang Terbaik:

Safee Sali (Selangor)
Zaquan Adha (Negeri Sembilan)
Liew Kit Kong (Kuala Muda)

  • Sepatutnya Khalid Jamlus adalah penyerang terbaik berdasarkan bilangan gol yang diperolehi dalam persaingan Liga Super namun namanya tidak dicalonkan. Penulis memilih Liew Kit Kong berdasarkan jaringan yang dihasilkan pada Liga Premier.

Pemain Import Terbaik:

Marlon Alex James (Kedah)
Mamadou Moustapha (Kelantan)
Bernard Huggins (Kedah)

  • Penjaring terbanyak Liga Super dengan 23 gol.

Jurulatih Terbaik:

Azraai Khor (Kedah)
K. Devan (Kuala Muda)
Mat Zan Mat Aris (Plus FC)

  • Adakah sesiapa yang lebih baik dari pilihan penulis?

Pemain Harapan Terbaik:

Ashaari Shamsudin (Terengganu)
S. Kunalan (Negeri Sembilan)
Fadly Baharom (Kedah)

  • Pemain muda yang telah menjaringkan 9 gol untuk pasukannya pada Liga Super. Turut membantu pasukan SUKMA Terengganu 2008 memenangi pingat emas tempohari. Cukup pantas dan mempunyai tandukan yang cukup baik di hadapan pintu gol lawan.

Pilihan anda bagaimana?

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2008

  1. matahari_terbit

    bagi teman ini tidak adil, lagipun untuk penjaga gol pasukan perak lebih banyak dikawal oleh hamsani. kenapa hanya pemain dari negeri kedah dan negeri sembilan saja yang dicalonkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    YangIkhlas bersetuju dengan semua pilihan penulis kecuali bagi kategori penyerang terbaik. YangIkhlas lebih cenderung untuk memilih Mohd Safee Sali sebagai penyerang terbaik. Walaupun hanya menjaring 11 gol dalam Liga Super dan baru 4 gol dalam Piala Malaysia yang sedang berlangsung, prestasi beliau pada perlawanan antarabangsa juga agak lebih baik dari Kit Kong. Pada usia yang masih muda, Safee Sali seharusnya boleh berjaya sebagai penyerang yang digeruni seperti Mokhtar Dahari di peringkat antarabangsa ditambah dengan bentuk fizikal mantap yang ada. Sayang sekali untuk tahun ini, Perak hanya menerima 1 pencalonan. Semoga yang terbaik akan terpilih. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    sememangnya ada logik & tak logik antara pencalonan yg ada tapi pihak juri yg akan mengadili & memilih calon,keputusan mereka lebih muktamad.....utk pilihan yong spt berikut:-

    1.penjaga gol terbaik:sememangnya helmi eliza keeper Kedah tu lebih layak & yong setuju dgn penulis.cekap betul...

    2.pertahanan terbaik:yong juga setuju jika victor andrag dipilih (sebenarnya ramai lagi pertahanan terbaik selain dia,tp dah kalo 3 je pencalonannya,yong terpaksa memilih yg ada dari yg terbaik).dia pun ok dgn prestasinya.

    3.pemain tengah terbaik:khyril muhymeen wajib & perlu menang sbb dia memang terbaik dlm setiap perlawanan sbb walau duduk di posisi tengah masih mampu menjaringkan gol & mampu menjana lorongan bola yg baik.muda lagi tu elok sebenarnya...yg lagi 2 pun bagus juga tp bdk kedah tu lebih baik dari deme.

    4.penyerang terbaik:(kategori ni le mendatangkan marah & kemusykilan yong) mcm mane le 2 nama tu leh ada.tak le nak nafikan kebagusan mereka 2 org tp just laju je.finishing pun kekadang haram!!!!sepatutnya khalid boleh tercalon & menang mcm last year sbb rekod dia thn ni dia yg paling byk gol utk player local tapi kenapa thn ni tidak tercalon?(itu yg pelik) tapi apepun antara 2 tu yong dgn ikhlas pilih liew kit kong sbb dia layak dgn rekod dia sbg local player paling byk gol dlm liga premier.(yg 2 tu dipilih mgkn sbb selalu wakil kebangsaan emmm...entahla)

    5.pemain import terbaik:bab ni yong mang pilih marlon ish mang dia ni pembunuh yg dahaga gol..bagus & layak menang.

    6.jurulatih terbaik:mcm thn lepas en.azraai khor yg akan menang.rekod dia memang cemerlang sbg jurulatih tempatan.

    7.pemain harapan terbaik:yong juga setuju dgn penulis tp prestasi fadly baharom juga bagus.

    apepun terserah pada rezeki masing-masing cuma yong harap thn depan pemilihan lebih tulus & jujur.jgn nafikan yg layak.pd pengamatan yong johor fc juga punya pemain yg baik selain terengganu & perlis cuma belum rezeki deme lagi.
    yong juga tunggu fans mane yg akan menang sbg fans terbaik selepas fans perak menang.rekod kedah mang baik jd yong tak nafikan mereka layak.apepun tggu je bila tiba hari anugerah tu.thn ni cuma nasril je wakil skuad seladang.sedih betul....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Salam Semua. Saya cuma ada cadangan untuk penilaian memilih yang terbaik. Apa yang saya lihat, calon-calon dipilih berdasarkan prestasi semasa mereka semasa Liga Super/Perdana sahaja. Adakah prestasi mereka semasa Kempen Piala Malaysia 2008 ini diambil kira? Jika perkiraan ini diambilkira, sekurang-kurangnya seorang pemain UPBmyteam akan terpilih. Bukan hendak menyebelahi mereka, tapi mereka telah menunjukkan prestasi yang 'luar biasa' walaupun berstatus pasukan kelab sahaja. Kebangkitan mereka adalah terlalu awal, dan mungkin ada sesuatu yang istimewa terkandung dalam pasukan ini. Ini perlu dikaji untuk mengenalpasti tunjang utama penggerak kemajuan mereka. Jika ada anugerah khas untuk pasukan harapan 2008, saya setuju UPB dicalonkan.

    Untuk pasukan perak, kita memang memiliki pemain yang berkaliber. Akan tetapi, prestasi mereka sebelum ini secara purata adalah kurang konsisten, dengan maksud mengalami turun naik yang agak membimbangkan. Sekiranya, prestasi pasukan kita konsisten dari awal musim sehingga akhir musim dan tidak mengalami turun naik yang ketara, InsyaAllah ramai lagi pemain perak yang akan terpilih.

    Kita teruskan memberi sokongan dan semangat kepada pasukan Perak agar musim depan kita akan rangkul lebih banyak piala sekali gus pemain kita akan mendapat anugerah-anugerah yang sebegini. Maknanya, kita laksanakan tugas hakiki kita sebagai penyokong dahulu sebelum kita mengharapkan sesuatu yang indah kelak.
    Sekian ........SKOR YOB SKOR!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. blackbendi

    salam semua...

    anugerah ni rasanye tak berapa adil untuk segelintir pemain.
    setuju dengan pendapat penulis dan rakan2 yang lain , sepatutnye Khalid Jamlus di senaraikan dalam calon penyerang tempatan terbaik dah terbukti beliau adalah satu2 nye penjaring tempatan yang paling banyak dalam liga super.
    untuk undian yang lain rasa nye ada melibatkan pemain luar yang berasal dari Perak. jangan lupe safee sali dgn liew kit kong dua2 nye berasal dari mana?
    tapi mcm mana pulak dengan undian untuk kelab penyokong terbaik? ingat lagi ke sapa pemenang nye musim lepas?

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Salam semua...pada teman la semua yg terpilih dan dicalonkan mempunyai kriteria2 yg sepatutnya bagi setiap posisi mereka..bagi kita penyokong2 Yob tak perlulah rasa terkilan kerana Yob2 kita tak terpilih kali ini walaupun ternyata ada antara mereka adalah antara penjaring terbanyak dlm Liga Super musim ini...teman sokong kata2 saudara Syidi_black...prestasi Perak musim ni tak konsisten...harap tahun depan dpt la kiranya pemain2 ambil iktibar dan jadikan anugerah2 seperti ini sebagai satu motivasi utk memajukan diri...ikhlas teman cakap teman lebih memuji persembahan dari anak2 remaja Perak dlm skuad Piala Belia & Piala Presiden...tahun ni mereka lebih cemerlang....apapun tahniah kpd Nasril kerana tercalon...at least ada le jugak wakil Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    pihak fam sepatutnya membenarkan satu undi untuk satu i.p sahaja. tetapi sistem sekarang membenarkan anda untuk mengundi lebih dari sekali. pasti ramai yg boleh menipu

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.