feed rss2

Archive for July 24th, 2008

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 25 Julai 2008
Stadium Mini, Jenderata
4:45PM

Perlawanan timbal balik kedua peringkat separuh akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak bertandang ke Stadium Mini Jenderata, Teluk Intan petang esok untuk menentang pasukan tuan rumah My Team.

Perak dijangka akan menurunkan barisan yang sama ketika menewaskan My Team di Ipoh tempohari dengan Ahmad Fakri Saarani serta Noor Hazrul membantu skuad Presiden kerana pasukan senior hanya akan bermain pada 2 Ogos 2008 nanti.

Kemenangan yang dicapai sewaktu membenam My Team 4 gol tanpa balas menjadi bekalan selesa ketika berkunjung ke tempat lawan Jumaat ini. Perak hanya memerlukan keputusan seri atau tewas tipis untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Presiden 07/2008.

Sementara itu pada petang ini, satu lagi perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Terengganu menentang Selangor akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal…

[Valid CCL]