Piala Presiden | Perak Vs My Team - Separuh Akhir (result)
July 21st, 2008 by webmaster
Piala Presiden 07/2008
Isnin 21 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM
Perak 4 - 0 My Team
Petang tadi telah berlangsung perlawanan pertama peringkat separuh akhir kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang My Team di Padang 2 Renjer, Tambun yang berkesudahan Perak menang bergaya 4 gol tanpa balas.
Gol pembukaan pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Noor Hazrul melalui satu tendangan percuma dari luar kotak penalti untuk meletakkan pasukan Perak mendahului pasukan lawan dengan 1 - 0 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, Perak menambah gol kedua melalui Mohd Termizi Abdul Rahman juga dengan sepakan percuma dari luar kotak penalti. Gol ketiga dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani yang mendapat sepakan penalti setelah Wan Hossen Wan Abdul Ghani dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh penjaga gol My Team.
15 minit sebelum tamat, penjaga gol My Team dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Perak dan 5 minit kemudian penjaga gol Perak pula, Kamarul Effandy dilayangkan kad merah hasil kad kuning kedua kerana membantah keputusan pengadil.
Perak terpaksa membuat pertukaran dengan memasukkan penjaga gol kedua iaitu Khairul Amri Salehuddin untuk menggantikan Kamarul Effandy. Di penghujung permainan, Isma Alif Mohd Salim menambah gol keempat pasukan Perak hasil dari hantaran lintang yang disudahkan dengan satu tandukan cantik ke arah gawang lawan.
Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain-pemainnya sepanjang perlawanan itu. “Pasukan Perak sudah meletakkan sebelah kaki di perlawanan akhir dengan bekalan selesa seperti ini”
“Kita tidak akan mensia-siakan peluang beraksi di perlawanan akhir dan saya berharap pemain-pemain dapat bermain sebaiknya ketika berkunjung ke tempat lawan Jumaat ini walaupun kehilangan khidmat penjaga gol utama Kamarul Effandy” ujar beliau.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Presiden | My Team Vs Perak - Separuh Akhir (result)
- Piala Presiden | My Team Vs Perak - Separuh Akhir
- Piala Presiden 2008 | Info Terkini Perlawanan Akhir
- Piala Presiden | Perak Vs My Team - Separuh Akhir
- Piala Presiden | Kedah Vs Perak - Suku Akhir (result)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Presiden | Perak Vs My Team - Separuh Akhir (result)





salam, syukur alhamdulilah… go go go perak!!
allhamdullillah, kerana skuad presiden menunjukkan bahawa mereka tetap akan menjadi pasukan yang digeruni oleh semua pihak lawan
Memang sudah pasti kita ke Final.Teruskan Usaha wahai anak-anak muda Perak!!
tahniah buat skuad piala presiden,for the next game do the best ok….skor yob skor tapi jgn bolos ye.
Syabas kepada skuad Piala Presiden kita. Kekalkan prestasi di perlawanan kedua separuh akhir nanti untuk memastikan tempat di perlawanan akhir buat tahun kedua berturut-turut. SKOR YOB SKOR lagi.