feed rss2

Archive for July 20th, 2008

Pihak pengurusan seladang.net ingin memaklumkan kepada semua pengguna bahawa pihak kami tidak bercadang atau berminat untuk mengadakan sebarang kutipan derma untuk disalurkan kepada Perak FA rentetan masalah kewangan yang berlaku kepada persatuan itu.

Kami turut ingin menegaskan kepada pengguna dan peminat bolasepak Perak supaya melaporkan sebarang aktiviti mengutip derma yang menggunakan nama halaman ini sebagai platform dengan kadar segera kepada kami ataupun pihak berkuasa yang berkaitan.

Penafian kutipan derma ini merangkumi semua individu dan pengguna seladang.net termasuk pertubuhan atau persatuan samada dari negeri Perak mahupun luar. Tindakan juga akan di ambil kepada pengguna seladang.net yang masih lagi tegar mencadangkan isu kutipan derma ini di halaman seladang.net tanpa kompromi.

Pihak seladang.net juga berpendapat bahawa masalah kewangan yang melanda Perak FA perlu diselesaikan oleh badan tersebut secara bersendiri dan sesama ahli majlis yang telah dilantik…

[Valid CCL]