TM Piala Malaysia - Perak Layak Ke Suku Akhir
July 19th, 2008 by YB
Semalam pasukan Perak telah berjaya menewaskan pasukan My Team dengan keputusan 3 gol berbalas 1 untuk meletakkan kedudukan Perak berada di tangga kedua kumpulan C dengan 18 mata dan masih berbaki 1 perlawanan lagi.
Perlawanan terakhir itu berlangsung sekitar awal bulan Ogos nanti menentang My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Sebenarnya jika mengikut kiraan matematik skuad seladang sudah pun layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia setelah memungut 18 mata ketika ini.
Format pemilihan 8 pasukan untuk ke peringkat suku akhir adalah berdasarkan kepada 2 pasukan terbaik setiap kumpulan (johan dan naib johan) serta 2 pasukan yang memungut mata terbanyak dari 3 pasukan yang menduduki tangga ketiga setiap kumpulan.
Carta terkini kedudukan Piala Malaysia sehingga 18 Julai 2008.

Secara dasarnya kedudukan 3 pasukan dalam kumpulan C iaitu, Perlis, Perak dan My Team sudah tidak mampu digugat oleh pasukan Johor mahupun pasukan Pahang. 3 pasukan ini menjadi pilihan untuk layak ke peringkat suku akhir.
Di dalam kumpulan A kedudukan Selangor sudah selamat manakala tempat kedua menjadi rebutan Terengganu dan Kelantan. Peluang Negeri Sembilan sudah semakin kabur namun tidak mustahil. Dua pasukan pilihan penulis ialah Selangor dan Terengganu.
Untuk kumpulan B pula 3 pasukan menjadi pilihan ke peringkat suku akhir iaitu PDRM, Kedah dan Johor FC. Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai jumlah mata yang hampir serupa serta berbaki 2 atau 3 perlawanan lagi.
8 pasukan dijangka layak ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia.
- Selangor
- Terengganu
- PDRM
- Kedah
- Johor FC
- Perlis
- Perak
- My Team
Tahniah kepada para pemain skuad Perak atas usaha gigih mereka untuk layak ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia musim 2007/2008 walaupun masih berbaki 1 perlawanan lagi.
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala Malaysia 07/2008 (review)
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Undian Rasmi
- TM Piala Malaysia | Suku Akhir - Kedah Vs Perak (review)
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Keputusan Undian Rasmi
- TM Piala Malaysia | Suku Akhir - Perak Vs Kedah (review)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Piala Malaysia - Perak Layak Ke Suku Akhir





tahniah mat yeop ucapkan pd pskn kita yang telah layak ke suku akhir….segala penat lelah serta keringat yang dicurahkan oleh pskn kita amat met yeop bangga dan hargai….mat yeop amat syukur dgn apa yang ditunjukan selama ini….kerajaan negeri perak harus sama-sama memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada pskn negeri kita walaupun perubahan tampuk pemerintahan negeri kita….mat yeop yakin kerajaan negeri kita akan membantu dalam menaikan nama Perak dan akan tersohor dalam kancah bola sepak ini….ayuh sama-sama menaikan bola sepak negeri kita yang mana selama ini pskn kita sentiasa konsisten dalam setiap kancah perlawanan……hidup yeop…tetap dihati…hidup mati tetap bersama pskn yeop…..
Tahniah teman ucapkan pada pasukan Perak…biarpun dirundung masalah2 dalaman Perak tetap dpt memenuhkan hajat penyokong utk turut serta memeriahkan suasana di stadium2 bila sepak mula aksi suku akhir nanti bermula….mungkin ini semua juga hadiah kepada peminat & penyokong yg tak putus2 hadir memberi sokongan moral kepada para pemain tatkala sedikit masa terasa pincang dgn masalah kewangan yg meruncing….diharap juga ini akan dapat membuka mata pengurusan utk kembali menghargai pemain dengan segera menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka…kesian teman tgk deme tu….bermati-matian mainnya…demi maruah negeri deme usaha juga utk gapai kemenangan…Teman juga rasa selesailah sudah ujikaji Steve Darby ke atas kemampuan pemain2 pilihan beliau dlm saingan kumpulan…tentu dia dah tau sape yg layak utk di letakkan dlm first eleven bila time saingan suku akhir nanti…harap2 pilihan beliau bior le tepat….teman harap sebelum beliau berundur dari team Perak ni (sekiranya jadi ler) dpt le kiranya Piala M’sia dibawa balik ke pangkuan negeri Perak utk tatapan kita semua….
Apapun tahniah sekali lagi & well done!Skor Yob Skor!
salam,
teman berada di std perak semalam, walaupun menang teman tak puas hati betul dgn mutu pengadilan. Steve Darby terpaksa minta maaf kepada Bojan Hodak kerana menang disebabkan mutu pengadilan yg teruk.
teman juga baru baca berita bahawa Steve Darby mungkin akan tarik diri dari AFC Cup kerana perbelanjaan ke lebonan berjumlah 20ribu us dollar (rm66ribu).
oleh kerana itu, teman cadang kepada pihak pengurusan seladang.net utk menubuhkan 2 tabung bantuan pasukan Perak - satu untuk bantuan Piala Malaysia dan satu untuk AFC Cup. teman sendiri akan mulakan dgn derma RM10 untuk tabung PM dan RM10 tabung AFC Cup. Jika dan bila pihak seladang.net jadi tubuhkan dua2 tabung ini, teman akan berikan derma teman. mungkin derma2 yg dikutip tidak akan mencukupi tapi sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemain dan pengurusan Perak.
kalau benar ape yg dikatakan oleh penulis, saya amat berbangga kerana pasukan yang masih bermasalah (gaji) dapat meneruskan ke suku akhir… Skor yob skor!!
tahniah Perak! walau dilanda masaalah, Perak tetap mampu mara ke suku akhir. teruskan perjuangan, moga piala Malaysia milik Perak.
dah harapnya apa yg saudara Razlan sebut diatas tu taklah terjadi ye. macam sedih pulak kalau Perak terpaksa tarik diri dari AFC CUP. kesian kan, dah berjuang mati-matian tapi jika masaalah kewangan masih membelenggu, terpaksa korbankan.
apepon, saya harap agar semua masaalah yang melanda ni akan segera tamat.
all the best …
jika kedudukan kumpulan sekarang ini kekal sehingga perlawanan terakhir 2 ogos, pasukan yg akan bertemu pada suku akhir nanti ialah:
Selangor vs Kedah
Johor FC vs MyTeam
Perlis vs PDRM
Terengganu vs Perak
pertama skali..tahniah dan syabas utk pasukan perak di atas segala keringat dan penat lelah yg berbaloi utk memasuki peringkat suku akhir p.malaysia.tapi didalam kemenangan yang dpt dicapai,saya rasa agak sedih sebab perak mungkin tidak dpt meneruskan perjuangan dlm piala afc
emm..mungkin tiada rezeki utk perak. tapi saya amat berharap pada musim akan dtg,segala perbelanjaan pasukan dpt diuruskan dgn lebih teratur utk menjamin kejayaan pasukan utk masa depan..
aku peminat setia pasukan PERAK
Teman difahamkan bahwa perbelanjaan pasukan Perak pada season ini sudah diuruskan dgn teratur oleh seorang yang amat strict tentang budget tapi malang nya dana yang diterima dan disalurkan ke Pafa ‘tidak penuh’ maka secara langsung ianya tidak mencukupi utk menampung hingga ke akhir musim.
Walau bagaimana pun kita ada juga mendengar statement2 yang mengatakan bahawa pemain dan kakitangan ‘tidak mendapat gaji penuh’ sejak April. Dengan ini bermakna ‘tidak benarlah’ mereka2 ini tidak mendapat gaji langsung. Ada gaji tapi tidak penuh. Kalau apa yang diperkatakan ini betul… maka Alhamdulillah berarti ada juga habuan untuk survive bagi player2.
Berbalik kepada perlawanan pertama Perak menentang UPB My Team.. pada pendapat teman ini lah diantara permainan Perak yang terbaik yang pernah teman tonton. Mereka (player2 Perak) bermain aktif sejak wisel ditiup hingga wisel penamat. Mereka bermain seperti tidak ada tekanan. Tampak bertenaga sepanjang 90 minit. Ini diakui sendiri oleh Pegawai Physio pasukan Perak iaitu Abg Din yang teman temui selepas habis perlawanan. Walau pun hanya mendapat 3 gol tapi rata2 mereka2 yang menonton perlawanan ini memberi komen ‘puas’.
Diharap kecemerlangan ini dapat diteruskan oleh pemain2 Perak pada perlawanan kedua - 2hb Ogos nanti.
Kualiti permainan Perak semakin meningkat. Tetapi kualiti pengadil perlawanan seolah-olah semakin merosot. Mungkin selepas ini, pihak seladang.net boleh membentangkan isu pengadilan.
Ada pihak yang mengkritik bahawa kemenangan pasukan Perak ke atas Myteam adalah atas faktor pengadilan yg berat sebelah. Bagi saya, kemenangan Perak ke atas Myteam adalah atas faktor komitmen, kesungguhan dan kecemerlangan pemain Perak.
Kritikan terhadap pengadilan yg berat sebelah, sering didengar juga dalam perlawanan yang lain-lain. Terutamanya bagi pasukan yang TEWAS. Adakah faktor pengadilan hanya sekadar dijadikan ‘alasan kenapa kalah’ atau ‘alasan kenapa menang’?
Menang tetap Menang. Syabas, Perak! Skor Yeop Skor! Pastikan Piala Malaysia milik Perak!
tapi teman difahamkan pula mereka semua tidak menerima gaji langsung sampaikan ada diantara mereka telah menerima surat amaran untuk membayar duit kenderaan yang tertunggak,walaubagaimanapun allhamdulillah mereka mengharunginya dengan penuh ketabahan
Syidi_black hendak mengucapkan tahniah kepada Seladang. Kejayaan ke suku akhir ini adalah sesuatu yang bermakna kepada Perak F.A dan semua penyokong. Inilah hasilnya jika kita KUAT dari segi mental, fizikal dan spiritual, terutamanya para pemain.
Usaha Skuad Seladang berbaloi. Bukan senang untuk mencapai tahap sebegini. Pelbagai rintangan dilalui. Teruskan Usaha untuk layak ke separuh akhir pulak walau pun ada lagi satu perlawanan peringkat kumpulan.
kalau ikut perkiraan perak memang dah layak ke pusingan seterusnya.seandainya piala malaysia dlm dakapan pasukan nanti,mereka di atas khususnya pihak berwajib ke atas pskn harus rasa malu & tabik hormat pada pemain.sungguhpun layanan kelas….. diterima tapi mereka berjuang atas nama negeri & diri sendiri tanpa memikirkan masalah sehingga boleh menjejeaskan game.bangkit selepas jatuh….tahniah buat pskn.
kalau benar bagai dikata teman seladang mengenai penarikan pskn dlm saingan afc cup ini sesuatu yg merugikan.sepatutnya pihak berwajib perlu segera menyelesaikan masalah kerana pskn perak membawa nama negara.tapi mungkin tiada rezeki kami sangat memahami.
Piala Malaysia…suku akhir sudah ada tempat buat Perak. Perkiraan sekarang adalah siapa akan jadi lawan pasukan Perak di suku akhir nanti. Berkenaan Piala AFC, YangIkhlas merasakan adalah amat malang jika benar pasukan Perak akan menarik diri untuk perlawanan suku akhir di Lebanon pada bulan September nanti. FAM sepatutnya boleh membantu pasukan Perak membiayai kos yang berjumlah lebih kurang USD20ribu tu. Piala AFC adalan satu pertandingan antarabangsa. FAM seharusnya melihat dari sudut kebaikan yang bakal diperolehi oleh para pemain. Pengalaman dan kebiasaan para pemain bermain menentang kelab dari serata Asia amat berguna apabila mereka mewakili pasukan kebangsaan nanti. Jika berjuta boleh dilaburkan untuk membawa masuk pasukan dan kelab ternama hanya untuk perlawanan persahabatan, alangkah baiknya FAM boleh menanggung kos pasukan seperti Perak untuk pertandingan ‘RASMI’ peringkat Asia yang boleh juga meningkatkan nama dan maruah bolasepak Malaysia. Setelah bersusah-payah berkorban tenaga untuk layak ke suku akhir Piala AFC, Perak kemungkinan besar akan menarik diri. FAM sebagai badan induk bolasepak negara tak rasa malukah apabila mendapati ada ahli gabungan terpaksa menarik diri dari sesuatu pertandingan antarabangsa yang telah pun memasuki peringkat suku akhir??? Biarlah kita kalah selepas 90 minit permainan daripada kita kalah dengan menarik diri. Fikir-fikirkanlah. MALAYSIA BOLEH.
Forecast
Sukuakhir :-
game menari jika
Perak Vs Selangor
Perak Vs Terengganu
Alakadar … jika
lawan team lain
p/s
Perak dijangka tidak akan bertemu KEDAH di suku akhir .