TM Piala Malaysia - Perak Layak Ke Suku Akhir
Posted in TM Piala Malaysia 07/2008 on July 19th, 2008 16 Comments »
Semalam pasukan Perak telah berjaya menewaskan pasukan My Team dengan keputusan 3 gol berbalas 1 untuk meletakkan kedudukan Perak berada di tangga kedua kumpulan C dengan 18 mata dan masih berbaki 1 perlawanan lagi.
Perlawanan terakhir itu berlangsung sekitar awal bulan Ogos nanti menentang My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Sebenarnya jika mengikut kiraan matematik skuad seladang sudah pun layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia setelah memungut 18 mata ketika ini.
Format pemilihan 8 pasukan untuk ke peringkat suku akhir adalah berdasarkan kepada 2 pasukan terbaik setiap kumpulan (johan dan naib johan) serta 2 pasukan yang memungut mata terbanyak dari 3 pasukan yang menduduki tangga ketiga setiap kumpulan.
Carta terkini kedudukan Piala Malaysia sehingga 18 Julai 2008.

Secara…




