TM Piala Malaysia - Perak Vs My Team (review)
Posted in TM Piala Malaysia 07/2008 on July 17th, 2008 8 Comments »

Jumaat 18 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Perlawanan kesembilan bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia ialah bertemu pasukan My Team di Stadium Perak. Skuad seladang sebelum ini telah mencatatkan kemenangan tipis 1 - 0 ketika bertemu pasukan Johor tempohari.
Perak yang telah mengumpul 15 mata setakat ini wajar meneruskan rentak kemenangan untuk memastikan peluang ke separuh akhir tidak terlepas. Setakat ini My Team masih mendahului kumpulan C dengan 18 mata diikuti oleh pasukan Perlis dengan 16 mata.
Untuk rekod tatapan bersama, pasukan Perak telah bertemu dengan My Team sebanyak 2 kali pada persaingan TM Liga Super yang lalu. Perlawanan pertama pada 21 November 2007 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pasukan Perak telah menang 1 gol tanpa balas.
Manakala pada perlawanan pusingan kedua Liga Super yang dilangsungkan pada 26 April…




