TM Piala Malaysia - Perak Vs Johor (review)
Posted in TM Piala Malaysia 07/2008 on July 14th, 2008 10 Comments »

Selasa 15 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Perlawanan kelapan bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia ialah bertemu pasukan Johor di Stadium Perak, Ipoh. Perak sebelum ini telah mencatatkan keputusan seri 1 - 1 ketika bertemu pasukan Johor di Larkin tempohari.
Perak yang masih segar dengan kejayaan besar menewaskan ATM 5 - 1 di gelanggang lawan harus meneruskan rentak kemenangan demi memastikan langkah ke peringkat separuh akhir tidak terhenti di pertengahan jalan.
Khidmat kapten pasukan, Ahmad Shahrul Azhar sudah boleh digunakan ketika ini selepas menjalani 2 penggantungan perlawanan namun penulis sebenarnya lebih yakin jika beliau tidak diturunkan pada baki perlawanan yang ada ini untuk tidak menggangu tempo dua kemenangan yang diraih tanpa kehadiran beliau sebelum ini.
Pada penelitian penulis, pemain Perak yang lain sudah mampu untuk membawa cabaran dan bermain…




