Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008
July 13th, 2008 by webmaster
Piala Belia 07/2008
Ahad 13 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM
Hari ini adalah perlawanan terakhir untuk skuad belia Perak di Padang 2 Renjer Tambun menentang pasukan Sarawak dalam kempen Piala Belia kumpulan A petang ini. Kemenangan petang ini cukup penting untuk memastikan peluang untuk melangkah ke peringkat separuh akhir masih terbuka walaupun perlu mengambil kira keputusan di tempat lain.
Di bawah kami sediakan kedudukan semasa Piala Belia kumpulan A dan beberapa perlawanan yang berlangsung hari ini sebelum tirai liga Piala Belia dilabuhkan.
Kedudukan semasa Piala Belia Kumpulan A:
47 mata | Kelantan
46 mata | Negeri Sembilan
45 mata | Selangor
44 mata | Perak
Perak dijangka tidak bermasalah untuk mencatatkan 47 mata maksimum sambil berharap Kelantan kecundang kepada PDRM dan Pulau Pinang mampu menewaskan Negeri Sembilan. Sementara pasukan Selangor pula kelihatan cukup sukar diatasi oleh pasukan Plus FC.
Perlu diingat bahawa hanya 2 pasukan sahaja dari setiap kumpulan yang layak ke peringkat separuh akhir nanti. Pasukan PDRM dan Pulau Pinang boleh dilabel sebagai pasukan yang mampu mencabar Kelantan serta Negeri Sembilan.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 13 Julai 2008
Plus FC vs Selangor
Stadium UPM, Serdang
Kelantan vs PDRM
Stadium Mini, Pasir Mas
Kedah vs Perlis
Stadium Mini, Jitra
Kuala Muda vs Melaka
Padang Awam Guar Chempedak
Pulau Pinang vs Negeri Sembilan
Stadium Kompleks Sukan, Bertam
Proton FC vs PKNS
Stadium Mini, Shah Alam
Kuala Lumpur vs Sabah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Terengganu vs Felda United
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Shahzan Muda vs Pahang
Stadium Mini Temerloh, Pahang
Johor FC vs Johor
Stadium Jcorp Pasir Gudang, Johor
My Team vs SSBJ
Stadium Mini Bandaran Gerik, Perak
Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Belia | Perak vs PDRM| 5 Julai 2008
- Piala Belia | Kelantan Vs Perak | 17 Jun 2008
- Piala Belia | Perlis vs Perak | 8 Julai 2008
- Piala Belia | Perak vs Pulau Pinang | 25 Mei 2008
- Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008 (result)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008





teman harap kepada penyokong setia skuad perak,marilah kita bagi sokongan kepada skuad belia
ye yong akan sentiasa support deme semua…tak kira deme golongan belia,pertengahan @ senior.utk skuad berjuang sehabis mungkin ye.