Piala Belia | Perak vs Sarawak | 13 Julai 2008 (result)
Posted in Piala Belia 07/2008 on July 13th, 2008 5 Comments »
Piala Belia 07/2008
Ahad 13 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM
Perak 2 - 1 Sarawak
“Tawa Dalam Tangisan” adalah skrip untuk perlawanan terakhir skuad belia Perak di Padang 2 Renjer Tambun apabila menewaskan pasukan Sarawak 2 gol berbalas 1. Kemenangan ini tidak cukup untuk melayakkan pasukan Perak kerana semua pasukan pencabarnya turut mencatatkan kemenangan.
Ketua jurulatih skuad belia ketika dihubungi berkata “Memang sesuatu yang amat menyedihkan apabila memenangi perlawanan namun tidak pula layak ke peringkat seterusnya. Tetapi pujian harus diberikan kepada semua pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh hingga ke penghujung permainan.”
“Walaupun begitu kita merasa bangga dengan pemilihan penyerang kita Hakim Roslee yang telah terpilih untuk menyertai skuad bawah 19 tahun kebangsaan yang dikendalikan oleh K. Rajagopal mulai musim hadapan.” ujar Abu Bakar Fadzim.
Sementara itu 2 gol pasukan Perak telah dijaringkan oleh Mohamad Khalis Ibrahim…




