TM Piala Malaysia - ATM Vs Perak (result)
Posted in TM Piala Malaysia 07/2008 on July 12th, 2008 10 Comments »

Sabtu 12 Julai 2008
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
8:45mlm
ATM 1 - 5 Perak
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios -Chan Wing Hoong
Shahrulnizam - Jorge Munoz - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Carlos Caceres - Fakri Saarani
Permainan telah masuk minit ke 8, dengan permainan kedua-dua pasukan masih lagi tercari-cari rentak. Jumlah penonton yang hadir sekitar 2000 orang sahaja dengan ATM ada membuat satu percubaan yang melepasi palang gol Perak pada minit ke 5 tadi.
Peluang terbaik pasukan Perak hadir pada minit ke 15 apabila satu hantaran cantik dari Carlos Caceres kepada Ahmad Fakri di dalam kotak penalti lawan namun penjaga gol ATM lebih pantas menangkap bola tersebut.
Minit ke 17 pasukan ATM mendapat satu sepakan percuma dari luar kotak penalti Perak namun berjaya…




