feed rss2

Archive for July 10th, 2008

Piala Presiden 07/2008
Khamis 10 Julai 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45PM

Terengganu 0 - 1 Perak

Petang tadi telah berlangsung perlawanan terakhir peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berkesudahan Perak menang 1 gol tanpa balas.

Gol tunggal pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Nazri Mohd Kamal untuk meletakkan pasukan Perak sebagai juara kumpulan A dengan 16 mata. Pada peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada hari Khamis 17 Julai 2008 nanti, pasukan Perak akan bertemu pasukan MY Team FC di Stadium Perak pada pukul 4.45 petang…

skuad_presiden_perak_2007.jpg
Gambar petikan berita lalu.

“RM 5000 itu hadiah untuk skuad presiden 2007, bukan untuk Perak FA” itulah keluhan dari seorang pemain skuad presiden Perak ketika menghubungi pihak kami semalam berkenaan isu hadiah Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak 2007.

Majlis yang berlangsung pada 21 Mei 2007 itu menyaksikan skuad Presiden Perak 2007 yang memenangi Piala Presiden 2007 mendapat hadiah RM 5000 termasuk trofi dan sijil penghargaan atas anugerah Pasukan Terbaik 2007.

“Saya telah mendapat maklumat dari sumber berkaitan bahawa wang tersebut telah disalurkan oleh kerajaan negeri Perak namun Perak FA tidak pula menyampaikan kepada kami bekas pemain skuad Presiden 2007″ 

“Kita memahami jika persatuan tidak mampu membayar gaji bulanan sekarang kerana kekurangan sumber pendapatan namun kini jelas wang hadiah yang sepatutnya diagihkan kepada kami turut lesap tanpa khabar…

[Valid CCL]