TM Piala Malaysia - Perak Vs Pahang (result)
July 9th, 2008 by webmaster

Rabu 9 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm
Perak 2 - 0 Pahang
Separuh Masa Pertama
Minit 1:
Barisan Perak:
Hamsani Ahmad
Khairi Zainuddin - Mario Berrios -Chan Wing Hong
Shahrulnizam - Jorge Munoz - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly
Carlos Caceres - Fakri Saarani
Minit 5: Permainan seimbang pada awal permainan dengan satu rembatan dari Jorge Munoz tersasar keluar.
Minit 10: Hantaran terus Mario Berrios kepada Carlos Caceres namun telah pun offside. Hantaran kedua dari Hardi Jaafar juga offside kepada Carlos Caceres.
Minit 15: Permainan ketika ini lebih banyak dikuasai oleh pasukan Pahang dan Perak sedikit bertahan.
Minit 20: Peluang terbaik dari Ahmad Fakri namun percubaan beliau liar di depan pintu gol Pahang. Serangan balas pantas dari Redouane Barkaoui turut tidak berjaya.
Minit 22: Gol pertama dijaringkan oleh Mario Berrios melalui satu rembatan melepasi penjaga gol Pahang.
Minit 25: Rembatan Carlos Caceres kencang namun berjaya ditampan keluar oleh Mohd Syamsuri Mustafa.
Minit 30: Hantaran Chan Wing Hoong gagal disambut kemas oleh Carlos Ceceres dan berjaya dipintas oleh pertahanan Pahang.
Minit 35 Sekali lagi Carlos Caceres gagal meyudahkan peluang yang terhidang apabila larian beliau di dalam kotak penalti Pahang berjaya dipintas lawan. Jorge Munoz dilayangkan kad kuning kerana kekasaran.
Minit 40: Permainan terhenti kerana Chan Wing Hoong dikasari oleh Keita Boubacar untuk mendapatkan rawatan.
Minit 45: Gerakan terbaik dari Hardi Jaafar namun hantarannya tersasar kepada Carlos Caceres mahupun Ahmad Fakri.
Tambahan masa: 2 Minit
Tamat
Separuh Masa Kedua
Minit 50: Bermula separuh masa kedua, Pahang lebih banyak mengasak ke kubu Perak ketika ini.
Minit 55: Carlos Caceres offside sebaik sahaja menerima hantaran dari Hardi Jaafar.
Minit 60: Pertukaran pertama Pahang mengeluarkan Zainuddin Ariffin dan digantikan oleh Rashid Mahmud. Rembatan Rosdi Talib melambung tinggi di depan pintu gol Perak.
Minit 65: Pertukaran pertama Perak dengan memasukkan Razali Umar dan mengeluarkan Danial Fadzly.
Minit 70: Razali Umar mensia-siakan hantaran Carlos Caceres walaupun hanya berhadapan dengan Mohd Syamsuri Mustafa.
Minit 75: Perak lebih banyak mengasak ketika ini namun tidak berjaya menembusi benteng pertahanan Pahang.
Minit 80: Mohd Kamal Rodiarjat dimasukkan oleh pasukan Pahang untuk pertukaran kedua menggantikan R. Surendran.
Minit 85: Mohd Nor Ismail masuk menggantikan Jorge Munoz untuk pertukaran kedua Perak. Ahmad Fakri dikeluarkan untuk Nor Hazrul bagi pertukaran terakhir.
Minit 90: Bola lebih banyak berlegar-legar di tengah padang dan percubaan Carlos Caceres tinggi melepasi palang gol Pahang.
Minit 90+3: Razali Umar menjaringkan gol kedua untuk pasukan Perak.
Tambahan masa: 4 Minit
Tamat
Keputusan perlawanan lain:
Terengganu 2 - 0 Negeri Sembilan
Sarawak 2 - 3 Selangor
Melaka 1 - 1 Kelantan
Sabah 1 - 2 Kuala Lumpur
My Team 1 - 0 Perlis
Johor 6 - 1 ATM
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala Malaysia - Perak Vs Perlis (result)
- TM Piala Malaysia | Suku Akhir - Perak Vs Kedah (result)
- TM Piala Malaysia - ATM Vs Perak (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs ATM (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Vs Johor (result)
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Piala Malaysia - Perak Vs Pahang (result)





kalu kena lagi kali nie,pakat target AFC jela….dah takde harapan dah…apepun teman tetap yeop tapah…….kejor yeop kejor……………
Mario Berrios ni memang pakar rembatan jauh la….harap2 tahun depan boleh simpan lagi dia ni….silap2 boleh jadi back up striker gak dia ni….harap keputusan yg bagus mlm ni…
Saya agree Mario Berros memang pakar ketika mengambil sepakan percuma diluar kotak penalti dan telah dibuktikan dalam dua perlawanan terakhir skuad seladang..
tahniah kerana dapat 3 mata lagi… sekarang saingan untuk iringi myteam ke separuh akhir menjadi pertarungan empat penjuru antara perlis, pahang, perak dan johor…
ALHAMDULILLAH…Ternyata Skuad Seladang bukan calang-calang pasukan. Bukan setakat dari segi taktikal dan fizikal, malah mental juga kuat. Saya berkata begitu kerana, mereka boleh bangkit dicelah-celah kemelut dalaman yang melanda. Jika difikirkan secara lojiknya, dari mana mereka beroleh kekuatan untuk mengekang semua ini? Jawapannya, segalanya datang dari hati dan fikiran yang waras seterusnya menguatkan mental secara tidak langsung dan diaplikasikan melalui fizikal. Ini adalah pandangan saya tentang skuad seladang kesayangan kita ketika ini. Tahniah…Dan diharap dapat teruskan prestasi ini untuk perlawanan seterusnya, TERUTAMAnya Untuk AFC CUP 2008 yang bakal menjelang kalu tak silap saya Ogos nanti. Saya yakin mr Steve sedang menyiapkan ramuan untuk hadapi perlawanan berkenaan. Tahniah sekali lagi…Skor Yob Skor!!!!
Syabas dan tahniah atas kemenangan. Berusahalah untuk mendapatkan tempat pada peringkat suku akhir nanti. Teruskan perjuangan. SKOR YOB SKOR………
Oh. Finally perak got 3 points at home. Moving towards this saturday game. Entah entah live again perak match.
terima kasih kepada pemain yang masih sudi untuk memenangi perlawanan kali ini. semoga allah swt dapat memberi rahmat yang setimpat kepada anda semua. allah allah allah
bagi teman, kemenangan ini adalah atas usaha PEMAIN sendiri, bukan COACH dan bukan pihak pengurusan PAFA. Kepada pemain2, bermain lah untuk maruah sendiri, keluarga, agama dan negeri… kejor yob scor!
alhamdulillah…diharap dengan kejayaan ini,dapat menaikkan semula semangat pemain2 kesayangan kita ini..satu lagi saya minta harap dapat diceritakan juga didalam seladang.net tentang konflik2 dalaman,gossip2 pemain serta luahan hati pemain2 perak..
OK saya ada lagi benda yang hendak di laungkan. Masa yang saya tunggu sudah tiba. 12 Jul 2008 ni Mari kita beramai ke Stadium Selayang kita saksikan Seladang Ratah ATM, Confirm. Ayuh kita sokong Seladang yob!! Saya tahu ramai mat-mat Perak area KL ni…SKOR YOB SKOR!!
Tahniah perak. Ini yang teman mahu. Kekalkan rentak kemenangan. kejor yop kejor
tahniah perak..walau apa pun rintangan yang ada, kami kan mara bersama!! berjuanglah hingga ke keringat yang terakhir..
ish dasyat tak???dah yong katakan andai semangat & motivasi mengiring setiap dari mereka,ini lah hasilnya.kejayaan….pasti ada.tahniah yong ucapkan kpd semua pemain walaupun yg tak perform game ni,yg pasti anda lah golongan manusia yg hebat,walau bergunung rintangan masih mampu utk meneruskan rentak.tahniah ye.tak balas tu pahang….sekurang-kurangnya team masih memberi saingan pada pskn yg lain.biar apepun org nak ckp,dah malap ke,tipis ke janji kita menang.utk game ngan atm,kalo tak ade aral yong pasti turun.lgpun setakat shah alam bg yong semangat ipoh mali pasti bwk yong pi sana,all the best.pastikan juga 3 mata penuh & ada rezeki kita kenduri gol lagi ye.
pesanan admin: Sila baca artikel Info | 9 Rules at seladang.net