Piala Belia | Perlis vs Perak | 8 Julai 2008 (result)
Posted in Piala Belia 07/2008 on July 8th, 2008 7 Comments »
Piala Belia 07/2008
Selasa 08 Julai 2008
Stadium Utama Negeri
4:45PM
Perlis 1 - 4 Perak
Seperti yang diharapkan, skuad belia Perak yang bertandang ke Stadium Utama Negeri Kangar menepati ramalan awal kami apabila berjaya membenam cabaran Perlis dengan keputusan 4 gol berbalas 1 petang tadi.
Perak mendahului seawal minit ke 6 permainan melalui pemain berjersi nombor 10, Ahmad Hamidi Abdul Rahman sebelum pasukan Perlis berjaya membalas pada minit ke 23 untuk menjadikan kedudukan 1 - 1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Skuad belia Perak tidak menunggu lama pada separuh masa kedua apabila pada minit ke 68 permainan, Mohamad Shafiq menjaringkan gol kedua untuk pasukan Perak bagi mendahului Perlis dengan jaringan 2 gol berbalas 1.
Pada minit ke 70, Wan Hossein Abdul Ghani yang juga ketua pasukan Perak memastikan skuadnya selesa di hadapan apabila menjaringkan gol ketiga melalui…




