TM Piala Malaysia - Perak Vs Pahang (review)
Posted in TM Piala Malaysia 07/2008 on July 7th, 2008 11 Comments »

Rabu 09 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.
Perlawanan keenam dar1 10 perlawanan bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysiaialah bertemu pasukan Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Perak sebelum ini telah mencatatkan keputusan seri 2 - 2 ketika bertemu pasukan Pahang di Darul Makmur.
Skuad Perak yang baru-baru ini mengalami kekalahan 3 - 1 ketika menentang Perlis di tempat lawan, harus menggunakan peluang bermain di tempat sendiri untuk memungut mata penuh dan memperbaiki kedudukan dalam kumpulan C.
Khidmat kapten pasukan pasti tidak dapat diturunkan pada 2 perlawanan mendatang akibat penerimaan kad merah namun penulis yakin pemain Perak yang lain mampu untuk menggalas cabaran demi memastikan kemenangan nanti.
Secara matematik, pasukan Perak masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya jika mampu mencapai kemenangan pada baki perlawanan yang ada. Itupun jika corak permainan…




