Posted in Piala Belia 07/2008 on July 5th, 2008 Comments Off
Piala Belia 07/2008
Sabtu 5 Julai 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Perak 3 - 0 PDRM
Cemerlang!, itulah ungkapan paling sesuai untuk skuad belia Perak yang mencatatkan kemenangan 3 - 0 ketika menentang pasukan PDRM di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada petang tadi.
Ini kerana pasukan Perak hanya beraksi 10 orang pemain apabila Mohd Safwan Mahayudin dilayangkan kad merah pada minit ke 29 separuh masa pertama. Walaupun tertekan, para pemain masih mampu untuk bertahan sehingga tamat separuh masa pertama.
Minit ke 49 separuh masa kedua, PDRM turut bermain dengan 10 orang pemain apabila salah seorang pemainnya menerima kad merah dari pengadil. Perak mendahului PDRM dengan 1 gol apabila Muhamad Izham Ruslan menyempurnakan tendangan penalti yang diperolehi pada minit ke 50.
Gol kedua pula disumbangkan oleh Shahrul Mohd Saad pada minit ke 70 juga melalui tendangan penalti. Pada minit ke 78…
Posted in Piala Belia 07/2008 on July 5th, 2008 Comments Off
Piala Belia 07/2008
Sabtu 5 Julai 2008
Padang 2 Renjer Tambun
4:45PM
Skuad belia Perak yang mencatatkan keputusan seri ketika menentang pasukan Selangor tempohari akan beraksi petang ini untuk perlawanan Piala Belia menentang pasukan PDRM di Padang 2 Renjer Tambun, Ipoh pada pukul 4:45 petang nanti.
Perlawanan ini amatlah penting untuk pasukan Perak mencatatkan kemenangan kerana berbaki 3 perlawanan sahaja lagi. Kemenangan pasti akan mencerahkan peluang Perak untuk menjadi 2 pasukan terbaik kumpulan A dan melangkah ke peringkat separuh akhir.
Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 5 Julai 2008
Kedah vs Selangor
Stadium Mini, Jitra
Kelantan vs Plus FC
Stadium Mini, Pasir Mas
Kuala Muda vs Perlis
Padang Awam Guar Chempedak
Pulau Pinang vs Sarawak
Stadium Kompleks Sukan, Bertam
ATM vs Melaka
Padang Kilat Port Dickson
PKNS vs Kuala Lumpur
Padang Kompleks Sukan PKNS
SSBJ vs Proton FC
Padang D MSN, Bukit Jalil
Sabah vs Felda United FC
Stadium Likas, Sabah
Terengganu vs Shahzan Muda
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pahang…
Saya ingin memberi komen tentang kedudukan terkini pasukan Malaysia dalam ranking FIFA pada 01 Jul 2008. Malaysia kini berada di tangga ke 166 dunia di belakang Thailand, Vietnam, Singapura dan Indonesia. Kedudukan ini boleh berubah kerana berdasarkan jadual dalam Fifa.com negara kita akan menentang India dalam perlawanan persahabatan pada 22 Jul 2008.
Secara keseluruhannya, untuk rekod negara kita pernah menduduki tangga ke 79 pada tahun 1993 dan mengalami turun naik sehinggalah pada April 2008 yang mana negara kita menduduki tangga ke 170 dunia, iaitu kedudukan terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia.
Di Asia pula, negara kita menduduki tangga ke 31 yang mana tangga teratas dimonopoli oleh Jepun. Pandangan saya, pihak FAM perlu merencanakan lebih banyak lagi perlawanan persahabatan antarabangsa untuk menaikkan kembali kedudukan dalam FIFA.
Tidak perlu mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan gergasi dunia atau…