TM Piala Malaysia - Perlis Vs Perak (review)
Posted in TM Piala Malaysia 07/2008 on July 4th, 2008 8 Comments »

Sabtu 5 Julai 2008
Stadium Utama Negeri, Kangar
8.45mlm.
Perlawanan kelima kumpulan C, TM Piala Malaysia untuk pasukan Perak ialah bertemu Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar. Pada tarikh ini juga hanya terdapat satu sahaja perlawanan yang dijalankan berikutan pertukaran jadual oleh FAM.
Pada perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Perak pada 11 Jun 2008, Perak telah mencatatkan keputusan seri 1 - 1 walaupun pada satu ketika mendahului lawan seawal minit ke-4 melalui Carlos Caceres.
Perak kini menduduki tangga ke-4 kumpulan C dengan 1 kemenangan dan 3 kali seri setelah mengharungi 4 perlawanan sebelum ini. Sememangnya kemenangan adalah sesuatu yang diharapkan untuk terus bersaing dalam kumpulan C yang diterajui My Team dengan 12 mata.
Perlawanan yang dijangka akan diadili oleh pengadil berstatus FIFA, Subkhiddin Haji Mohd Salleh ini diharap mampu menarik…




