feed rss2

Archive for July 3rd, 2008

Piala Presiden 07/2008
Khamis 03 Julai 2008
Padang Utama, Pulapol
4:45PM

PDRM 0 - 4 Perak

Petang tadi telah berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang PDRM di Padang Utama Pulapol yang berkesudahan Perak menang 4 gol tanpa balas.

3 gol telah dijaringkan oleh pasukan Perak pada separuh masa pertama oleh Ahmad Fakri Saarani, Mohd Nazri Mohd Kamal dan Shahrizal Mohd Saad. Gol keempat pasukan telah dijaringkan oleh Muhamad Ariffin Norzaidi pada separuh masa kedua permainan.

Dengan kemenangan ini pasukan Perak mendahului kumpulan A dengan mengumpul 13 mata dan layak ke peringkat separuh akhir walaupun berbaki 1 perlawanan lagi iaitu menentang Terengganu di tempat lawan.

Penolong jurulatih skuad presiden Perak, Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata “Pemain telah menunjukkan mutu permainan yang boleh dibanggakan apabila lebih…

TM Piala Malaysia

Hanya 6 perlawanan akan dilangsungkan malam ini bagi kempen TM Piala Malaysia 07/2008. Perubahan ini berlaku kerana FAM telah menerima rungutan dari persatuan bolasepak negeri yang mengeluh pemain mereka kepenatan kerana mengharungi jadual yang padat.

Hanya 2 perlawanan dilangsungkan untuk kumpulan A dan 1 perlawanan bagi kumpulan C manakala kumpulan B pula tiada perubahan. Semua perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Sarawak iaitu 8:15 malam.

Berikut adalah perlawanan yang akan berlangsung malam nanti:

Selangor vs Melaka
Stadium Shah Alam

Sarawak vs Terengganu
Stadium Sarawak

Johor FC vs Kedah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

PDRM vs Sabah
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Pulau Pinang vs Kuala Lumpur
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Pahang vs ATM
Stadium Darul Makmur, Kuantan…

Piala Presiden 07/2008
Khamis 03 Julai 2008
Padang Utama, Pulapol
4:45PM

Hari ini akan berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang PDRM di Padang Utama Pulapol, Kuala Lumpur.

Perak yang telah mengumpul 10 mata setakat ini hasil dari tiga kemenangan dan seri sekali hanya memerlukan satu mata sahaja bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Jadual perlawanan kempen Piala Presiden suku akhir 07/2008

Kumpulan A

Kedah vs Terengganu
Stadium Mini, Jitra

PDRM vs Perak
Padang Utama, Pulapol

Kumpulan B

Kuala Muda vs Selangor
Kompleks Sukan Naza Gurun

Kelantan vs My Team
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 4:45 petang…

[Valid CCL]