feed rss2

Archive for July 1st, 2008

Piala Presiden 07/2008
Isnin 30 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Perak 3 - 0 Kedah

Petang semalam telah berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Kedah di Stadium Perak yang berkesudahan Perak menang 3 gol tanpa balas.

Gol-gol pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin, Mohd Termizi Bin Abdul Rahman dan Mohd Nazri Bin Mohd Kamal.

Perak mendahului kumpulan A dengan mengumpul 10 mata diikuti oleh pasukan Terengganu dengan 8 mata dan Kedah di tangga ketiga dengan 4 mata. Sementara itu peluang pasukan PDRM untuk mara ke pusingan separuh akhir telah tertutup apabila tewas kesemua 4 perlawanan sebelum ini walaupun masih berbaki 2 perlawanan.

Kumpulan A

Team
P
W
D
L
Pt

Perak
4
3
1
0
10

Terengganu
4
2
2
0
8

Kedah
4
1
1
2
4

PDRM
4
0
0
4
0…

[Valid CCL]