Posted in Info SDN on July 31st, 2008 11 Comments »
Sukacita dimaklumkan kepada semua bahawa pihak seladang.net sedang merancang untuk membuat satu kain rentang/banner berukuran 4 kaki x 12 kaki (berwarna) yang akan digunakan/digantung pada setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Bolasepak Perak khususnya dan Malaysia amnya.
Projek ini akan dikendali dan dilaksanakan secepat mungkin oleh salah seorang moderator halaman ini iaitu saudara miez3 untuk digunakan semasa perlawanan akhir Piala Presiden 2008 yang menemukan pasukan Perak menentang Selangor di Stadium Shah Alam esok.
Bertepatan dengan itu, pihak kami bercadang untuk mengutip sumbangan atau derma ikhlas dalam bentuk kewangan dari ahli-ahli seladang.net bagi menjayakan projek ini yang dijangka menelan belanja sekitar RM 300 termasuk membeli beg bagi menyimpan banner itu.
Jika kutipan yang diterima melebihi jumlah yang diperlukan untuk membuat banner tersebut maka pihak kami akan menyimpan baki wang tersebut untuk menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti yang… Continue reading
Posted in Umum on July 31st, 2008 6 Comments »
Sudah lama saya memendam rasa untuk memberikan respon tentang anak-anak muda dari skuad bolasepak Perak ini. Sememangnya ramai yang tidak mengendahkan kelompok ini yang sememangnya “kilang utama” dalam menghasilkan pelapis-pelapis skuad utama Perak.
Tanggal 1 Ogos 2008 sekali lagi menyaksikan mereka ini beraksi di Final Piala Presiden buat kali kedua berturut-turut bertemu Selangor di Stadium Shah Alam. Seperti diketahui umum, Perak adalah juara bertahan Piala Presiden 2007 dibawah bimbingan jurulatih Raja Azlan Raja So’ib. Buat Uncle Harun (Tuan Haji Che Harun Hussein) selaku pengurus ketika itu saya bangga kerana Uncle telah lakukan usaha yang terbaik untuk skuad muda ini.
Selain itu tidak lupa juga ucapan tahniah kepada skuad Piala Belia 2008 yang tidak kurang hebatnya tahun ini apabila berjaya menduduki tangga ke 4 kumpulan A walaupun kehilangan banyak mata pada pusingan pertama… Continue reading

Selasa 29 Julai 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Malaysia 0 - 2 Chelsea FC
Perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Chelsea telah dilangsungkan di Stadium Shah Alam malam tadi dengan Chelsea menang tipis 2 gol tanpa balas. Gol-gol dijaringkan oleh Nicolas Anelka pada minit ke 25 dan Ashley Cole pada minit ke 52.
Barisan Malaysia XI
Helmi Eliza
Irwan Fadzli - Aidil Zafuan - Zamani Misbah - Fauzie Nan
Shukor Adan
Amirul Hadi - Hairuddin Omar - Hardi Jaafar - Indra Putra
Safee Sali
Formasi 4-1-4-1
Helmi Eliza Elias
Irwan Fadzli Idrus (Asraruddin Putra Omar 35)
Aidil Zafuan Radzak (S. Subramaniam 82)
Norhafiz Zamani Misbah
Fauzie Nan (Shafizan Hashim 65)
Shukor Adan (Azi Shahril Azmi 86)
Indra Putra Mahayuddin (Ashari Samsuddin 86)
Hardi Jaafar (Zairo Anuar Zalani 73)
Amirulhadi Zainal
Hairuddin Omar (Nizaruddin Yusof 64)
Safee Sali (Zaquan Adha Radzak 52)
Kemenangan… Continue reading
Selangor vs Perak
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Untuk makluman semua, perlawanan akhir Piala Presiden antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak yang dijadualkan pada hari Khamis 31 Julai 2008 telah ditunda pada hari Jumaat 1 Ogos 2008 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan melalui faksimili kepada Perak FA tengahari tadi.
Dengan itu juga harapan peminat Ahmad Fakri Saarani untuk melihat beliau turut serta pada perlawanan akhir itu lebur kerana difahamkan beliau akan bermain pada 2 Ogos 2008 untuk pasukan senior Perak ketika menentang pasukan My Team di Kelana Jaya.
Walaupun begitu kelibat seorang lagi pemain muda Perak yang mewakili pasukan senior iaitu Noor Hazrul dijangka akan diturunkan pada perlawanan itu bersama-sama penjaga gol utama Kamarul Effandy yang selesai menjalani penggantungan 2 kad kuning tempohari.
Penolong jurulatih Piala Presiden Perak Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata… Continue reading