TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (review)

TM Piala Malaysia

Rabu 11 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perlawanan pertama kumpulan C, TM Piala Malaysia kali ini akan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh di mana skuad seladang akan menentang pasukan singa utara Perlis. Berdasarkan rekod perlawanan di dalam persaingan Liga Super yang lalu, kedua-dua pasukan di lihat agak seimbang dari segi kekuatan.

Perlis pada 15 Januari lalu telah menewaskan Perak di Stadium Utama, Kangar dengan keputusan 2 gol tanpa balas manakala pasukan Perak pula membalas dengan keputusan yang sama di Stadium Perak, Ipoh pada 1 Mac 1008.

Perlis yang dilanda kontroversi apabila beberapa pemainnya disabitkan dalam kes pengambilan rasuah mengatur perlawanan baru-baru ini mungkin akan menjejaskan sedikit percaturan Irfan Bakti untuk meletakkan barisan terbaik ketika bertemu Perak.

Perak perlu untuk memenangi perlawanan pertama ini bagi menyuntik semangat para pemain sebelum bertandang ke Stadium Darul Makmur menentang pasukan Pahang pada 24 Jun 2008.

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008

Terengganu vs Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Melaka vs Negeri Sembilan
Stadium Hang Tuah, Melaka

Sarawak vs Kelantan
Stadium Sarawak, Kuching

Kedah vs Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Sabah vs Pulau Pinang
Stadium Likas, Kota Kinabalu

PDRM vs Kuala Lumpur
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

Johor vs Pahang
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

My Team vs ATM
Stadium MBPJ, Petaling Jaya

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Likas dan Stadium Sarawak iaitu 8:15 malam.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (review)

  1. razlan

    salam,

    teman harap beno dan berdoa agar perak dapat mulakan dengan langkah kanan... Perak menang 2-0, amin.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. kenari_245

    A'kum semua...

    lama kita tidak bersua..mana perginya fan2 perak..ayuh mari kita semarakkan piala malaysia kali ini..jangan biarkan pasukan kesayangan anda bermain tanpa sokongan padu daripada fan2 anda..:)

    Walaupun saingan piala Malaysia kali ini dihimpit dengan pertandingan antarabangsa iaitu EURO 2008, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memberi perhatian lebih terhadap Piala Malaysia berbanding Euro 2008..Jangan terlalu mengagung-agungkan EURO 2008 sehingga terlupa team kita akan mula bertanding pada keesokan hari bagi merebut piala berprestij di Malaysia..

    Semoga berjaya team kalian semua..

    Pulun Kedah Pulun

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. meor19

    Sememangnya kemenangan yang diharap untuk setiap perlawanan... tiada sesiapa pun yang pernah mengharapkan kekalahan... tetapi semangat dan permainan yang menarik yang dipertontonkan kepada peminat pada setiap perlawanan adalah bonus kepada kemenangan...

    Admin... boleh senarai pemain-pemain terkini??

    jawapan admin: Senarai pemain kesebelasan utama hanya akan dikeluarkan pada hari perlawanan sahaja namun 3 pemain tonggak tidak dapat bermain pada perlawanan itu nanti iaitu Khalid Jamlus, K. Nanthakumar dan Chan Wing Hoong. Namun kelibat penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani hampir pasti akan digandingkan bersama Carlos Caceres atau Mohd Razali pada perlawanan itu.

    Pihak seladang.net mengucapkan selamat kembali menyarung jersi Perak kepada Ahmad Fakri Saarani untuk kempen Piala Malaysia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ghostwriter

    Mari semua...ayuh ! Kita ramai-ramai penuhkan stadium Perak malam ini. Maju semua penyokong Kejor Yeop Kejor ! Pasukan kita perlukan kita semua. Jom!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Syukur alhamdulillah Fakri dpt balik ke team asal bagi menyemarakkan lagi saingan kali ini....bagus la tu dpt lagi timba ilmu dgn abg2 senior...bagi abg2 senior pulak jgn le pulak ambil sambil lewa je game hari ni...harap2 dpt tunjukkan contoh dan teladan yg baik pada adik2...Harap2 juga moga Carlos Caceres dah fit balik...buat Razali Umar Kandasamy buktikan anda memang patut dpt anugerah penjaring terbanyak tempohari dgn menunjukkan taring anda pada kempen Piala M'sia ni...Skor Yob Skor...all the best to all!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Pakcu

    " .. 3 pemain tonggak tidak dapat bermain pada perlawanan itu nanti iaitu Khalid Jamlus, K. Nanthakumar dan Chan Wing Hoong..".

    Info terbaru:

    Senarai yg tercedera ditambah seorang lagi iaitu Hardi Jaafar (dengar khabarnya bengkak ankle)

    Walaupun tanpa 4 pemain tonggak ini diharap tim Perak dapat mencipta kemenangan demi menyuntik semangat utk terus menang hingga ke final TM-PM-2008

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yong85

    kejap je masa berlalu,mlm ni sepak mula tm piala malaysia akan berlangsung.nengok pd senarai yg admin ckp & info yg teman seladang.net ckp,yong agak takut gak cuma yong yakin team perak akan dpt 3 mata andai beri persembahan baik & dapat sempurnakan peluang yg ada.gunakan sedikit kelemahan pd pasukan lawan utk kita raih sesuatu.yg pasti skor yob skor.cuma ada sedikit pertanyaan yong,tak kira la pada admin @ teman seladang.net,(antara dua la yg boleh jwb):agak-agak smpi bila 4 tonggak tu tak dpt bermain.terutama nanthakumar & khalid jamlus?

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Dr Kampung aka Bomoh

    Glory, glory, glory Perak Darul Ridzuan...
    Teman harap bebenor kalo malam ni Perak main bermati-matian untuk menang... Bukan aper, ini je harapan teman sandorkan nak nengok piala M'sia kembali ke tangan Perak (lepas kecewa balik dr stadium musim lepas) & ni la peluang terakhir utk musim ni dapat nak dapat piala.

    Go, go, go... Negeri tanah tumpah darah ku...

    Mekasey...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. meor19

    Ketiadaan tonggak-tonggak utama ini bakal mencetuskan kombinasi pemain yang agak rapuh... Inilah masanya untuk melihat kebijaksanaan jurulatih memanfaatkan para pemain yang ada... Dan inilah masanya para pemain muda menunjukkan prestasi mereka untuk turut mendominasi kesebelasan utama... harus juga diingat bahawa kadangkala para pemain utama menghadapi tekanan yang lebih kuat berbanding para pemain muda. Walau sesiapa pun yang akan diturunkan saya berkeyakinan bahawa hari ini adalah langkah kanan bagi skuad Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Maaf admin...tanya skit...mlm ni ada lintas langsung ke?Sejak ada Euro ni bola M'sia ni dipandang sepi je....

    jawapan admin: Jika tiada aral melintang lintas langsung akan diadakan malam ini dengan 'lineup' seawal pukul 8:30 malam nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.