TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (result)

TM Piala Malaysia

Rabu 11 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
8:45mlm

Perak 1 – 1 Perlis

Separuh Masa Pertama -

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin – Mario Berrios – S. Subramaniam

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – Jorge Munoz – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Fakri Saarani

 

Minit 4: Carlos Caceres menjaringkan gol pertama Perak melalui satu tolakan di dalam kotak penalti Perlis.

Minit 10: Perak lebih banyak mengasak ketika ini dengan Perlis sekali sekala membuat serangan balas ke kubu Perak.

Kita mengalami gangguan teknikal ketika ini dan akan bersambung sebentar lagi.

Minit 25: Hantaran cantik dari Ahmad Shahrul kepada Ahmad Fakri namun sedikit terlambat dan berjaya ditangkap oleh penjaga gol Perlis. Larian pantas beliau sering mengucar-kacir pertahanan Perlis ketika ini.

Minit 30: Jentera tengah Perak ketika ini lebih banyak memberi hantaran kepada Ahmad Fakri berbanding Carlos Caceres. Kad kuning pertama kepada Jorge Munoz kerana mengasari pihak lawan.

Minit 35: Shahrulnizam mengalami kecederaan setelah bertembung dengan Phillimon Chepita di tengah padang. Perlis menyerang melalui pemain sayap, K. Soley namun S. Subramaniam cukup kental bertahan untuk menafikan serangan Perlis.

Minit 40: Perlis membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Mohd Redzuan Othman dan digantikan oleh Amar Rohidan.

Minit 45: Hantaran Hardi Jaafar tidak berjaya dikejar oleh Ahmad Fakri. Sepakan sudut Danial Fadzly melepasi pintu gol tanpa dapat di tanduk oleh pemain Perak.

Tambahan masa: 1 minit

Tamat

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Permainan bermula agak rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun masih belum ada gol yang berjaya dihasilkan.

Minit 55: Hantaran lintang Hardi Jaafar berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol Perlis, Zainal Rabin. Sepakan sudut di tanduk keluar oleh Carlos Caceres.

Minit 57: Tandukan Phillimon Chepita berjaya menewaskan Hamsani Ahmad untuk gol penyamaan Perlis.

Minit 65: Perak membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Danial Fadzly dan memasukkan Razali Umar. Kemasukan Razali Umar merancakkan jentera serangan Perak ketika ini.

Minit 70: Yusri Che Lah dilayangkan kad kuning kerana mengasari Hardi Jaafar.

Minit 75: Perlis lebih banyak mengasak ketika ini apabila rembatan Phillimon Chepita berjaya ditampan oleh Hamsani Ahmad yang lebih pantas keluar menghalang.

Minit 80: Sepakan percuma dari luar kotak penalti Perlis diambil oleh Hardi Jaafar melepasi benteng Perlis namun berjaya ditampan keluar oleh Zainal Rabin. Peluang terbaik mendapatkan gol melalui Ahmad Shahrul tetapi sepakan beliau perlahan. Perak membuat pertukaran selanjutnya dengan memasukan Khalid Jamlus untuk menggantikan Jorge Munoz.

Minit 85: Sepakan sudut dari Hardi Jaafar ditanduk liar oleh Carlos Caceres melepasi palang gol Perlis.

Minit 90: Razali Umar berpeluang menjaringkan gol kedua Perak namun tendangan beliau berjaya ditampan kemas oleh Zainal Rabin. Percubaan Carlos Caceres juga berjaya dinafikan oleh Zainal Rabin yang cukup cemerlang malam ini menafikan banyak percubaan dari pemain Perak.

Minit 90 + 2: Khairi Zainuddin dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain Perlis.

Tambahan masa: 2 minit

Tamat

Keputusan semasa perlawanan lain:

Terengganu 1 – 1 Selangor
Melaka 0 – 1 Negeri Sembilan
Sarawak 3 – 1 Kelantan
Kedah 1 – 1 PDRM
Sabah 1 – 3 Pulau Pinang
Johor FC 3 – 1 Kuala Lumpur
Johor 0 – 2 Pahang
My Team 2 – 0 ATM

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Perlis (result)

  1. miez3

    Bior betui Si Steve ni...boleh pulak dia masukkan KJ dlm game ni...dah fit ke dia ni...rasanya tak lagi sebab baru je dengor dia kena operate...aii ape ke heinya yob?

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Dr Kampung aka Bomoh

    Pada teman permulaan seri ditambah lagi bermain di tempat sendiri... Mendukacitakan. Itu sahaja boleh diungkapkan. Sedikit demi sedikit semangat untuk menyokong pasukan kesayangan bagaikan direntap. Sudahlah EURO menguasai saluran tv tempatan. Huhuhu.. Sedey ooo...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. ghostwriter

    Perak membuka tirai TM Piala Malaysia dengan langkah kiri. Bagi pendapat peribadi saya, perlawanan ini Perak tewas walaupun hakikatnya seri berkongsi mata. Pasukan Perak belum menampilkan kualiti bolasepak mereka yang sebenar. Seolah-olah pasukan Perak malu-malu hendak menunjukkan kekuatan mereka pada perlawanan pertama ini. Sayang seribu kali sayang...jaringan awal Perak tidak memberi tiga mata penuh. Selepas perlawanan itu tempoh hari, saya bertanya pada diri saya sendiri, " Adakah Perak mampu menjulang Piala Malaysia jika kualiti permainan mereka begini?" Steve Darby, anda perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat. Keputusan seri pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri bukan petanda yang baik.

    Untuk penyokong Perak, mari kita bersama-sama menyemarakkan Piala Malaysia pada setiap perlawanan Perak. Penuhkanlah stadium.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. meor19

    Mutlak kata-kata saudara ghostwriter adalah benar sama sekali... tiada sangsi bahwa pasukan Perak hakikatnya telah tewas dalam perlawanan sulung TM Piala Malaysia...

    Ternyata Steve Darby tidak punya sebarang senjata misteri yang bakal dikeluarkan dalam perlawanan yang sememangnya penting bagi menyemarakkan semangat pemain dan para peminat khususnya... Apa yang menyedihkan Steve memasukkan Khalid Jamlus yang khabarnya masih dibelenggu kecederaan dan tidak 100% cergas... keadaan seperti ini bakal menyebabkan karier pemain akan terhenti lebih awal...

    Perlawanan menentang Pahang selepas ini pastinya lebih sukar apatah lagi mereka berjaya mencatatkan kemenangan di tempat lawan... Pastinya semangat kemenangan mahu dirasakan di gelanggang sendiri...

    Amat mendukacitakan langkah kanan hanya dapat dirasakan di separuh masa pertama sahaja...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yong85

    semalam pun yong ada pi,sedih tengok stadium kosong...mlm plak ada siaran tertunda perlawanan tumpuan kat tv1...nengok lagi..bagi yong walau kita tak dapat 3 mata utk first game,lebih-lebih lagi main tmpt sendiri tak mengapa.seri lebih baik dari kalah.cuma terserlah ketidaksefahaman antara fakri & carlos mgkn sebab pertama kali bersama.tak apa saingan baru start.yong tgk mula main kita mcm ok tp bila start msk sebiji nmpk mcm perak main ada slow.cuma yong terkejut bila steve mskkan Khalid,ish buat pasal je steve,risau gak takut jatuh yelah baru nak baik.tapi ada satu tendangan dr khalid peh..tu kalo masuk....ketiadaan nantha memang dirasai.peluang byk tapi kurang penyudah.carlos pattern dia sama tendangan aje lembut tapi tak pe steve selaku jurulatih pasti tau akan ape yg perlu ditambah & dan digubah supaya rasa nya jadi baik.teruskan ok...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. botoiayo

    Nampak ada sedikit peningkatan permainan pemain2 semalam...walaupon dibebani oleh pelbagai masalah terutama masalah tunggakan gaji...Tahniah Pemain2 perak walaupon seri...Player ajer tau...ahak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    teman bangga dengan fakri dan razali umar, walaupun tidak menjaringkan gol tapi mampu ,mengucar kacirkan pertahanan lawan. harap harap saingan selepas ini perak mampu mengecapi kejayaan yang lebih baik dari tahun tahun sebelum ini. diharapkan juga pihak pesatuan dapat membayar tunggakan gaji pemain dengan secepat mungkin barulah pemain akan bermain dengan cemerlang gemilang dan terbilang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Buat Meor19..Bukannya Steve Darby tidak punyai sebarang senjata misteri semata2 tetapi ternyata beliau terlalu kedekut dan angkuh untuk mengenengahkan pemain2 muda yg mana bukannya pilihan beliau..tu Fakri tu...bila dah sesak je dia pakai...itu belum masuk Razali Umar lagi...lihat sajalah berapa kali sgt le mamat tu main...sekali dia lepas geram time lwn S'ngor dulu bleh plak score hatrik dlm tempoh beberapa minit...hebat tu buat player yg baru dan berhingus tapi apsal le Steve ni masih gelap mata...tak mcm coach Azrai Khor habis semua player dieksperimenkan..tengok sajalah hasilnya...meletup2...hangat...rasanya sekarang ni dia sendiri pun pening kepala mana satu player yg nak dimasukkan ke first 11...mantap2..muda2..cakep2 kata org Indon...

    Khalid Jamlus tidak sepatutnya dimasukkan semlm...hancur nanti karier dia...awal2 lagi dah gantung but..tak nak la mcm tu...apa salahnya simpan dulu...saingan masih di peringkat awal...seelokknya dia berguna utk bantu Perak sekiranya kita melepasi peringkat seterusnya contohnya Suku Akhir nanti...

    Cuba renungkan petikan kata2 Steve Darby dari website FAM...

    On the team’s prospects in the Malaysia Cup following their fifth placing in the Super League, Darby said foremost on his mind was to keep his players fit and injury-free.(apsal dia masukkan Khalid?)-pembohong betui Steve ni...)

    “National team commitments and Sukma have meant that we have only had about 10 players to train and we have also used the time for players to get treatment that they had to put off in the season.(-ate pakai le player2 muda ni...)

    “What it has done is give us the time to work with players as individuals and do some intense coaching as opposed to team preparation. I ‘m lucky I've got players who want to learn and improve.”(-player yg sama je ke Steve oiii....)

    “We haven’t been able to play friendlies due to our lack of players but I’m not a fan of friendlies as too much emphasis is placed on the results. All coaches will tell you that it’s individual performances that you are looking for in these games.(-lack of players???oh come on Steve!!)

    We also sent our President Cup coach Chong Yee Fat who is an excellent coach, taking the team (Sukma) to the last eight. How else do Malaysian coaches get tournament experience?”(-Aii...Azrai Khor,Wan Jamak,K.Devan tu sape??Ah...satu lagi Abg Raja Azlan tu dia tak nampak ke..kekekeke...)Belajor le Steve Oii...jgn eksyen je lebih...

    Apa lagi nak dikata kawan2 semua....teman dah letih dgn dakwa dakwi Steve ni...habih kontrak die ni tukor je la yg tempatan...cuba tengok statement kat ateh...dia sendiri ngaku!

    Lu pikir la sendiri!Kata Nabil....bukan teman kata...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. penangMai

    Camner yob vs perlis ni....boleh menang ker......
    gaji camne dah dapat ke...
    apapun SKUAD SELADANG TAK TERLIBAT NGAN RASUAH
    BOLA SEPAK......... tabik....YOB

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.