TM Piala Malaysia – Perak Vs ATM (review)

TM Piala Malaysia

Jumaat 27 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perlawanan ketiga bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia kali ini adalah menentang pasukan ATM di Stadium Perak, Ipoh. Skuad Perak sebelum ini telah mencatatkan dua keputusan seri ketika bertemu pasukan Perlis dan Pahang baru-baru ini.

Berdasarkan rekod yang ada pada kami semenjak penubuhan Liga Super pada tahun 2004, pasukan Perak tidak pernah bertemu dengan pasukan ATM untuk mana-mana perlawanan rasmi seperti Piala FA ataupun Piala Malaysia.

Pencapaian ATM atau nama lainnya Tentera ialah menghuni tangga terakhir Liga Premier musim ini. Mereka juga telah tewas pada 2 perlawanan awal Piala Malaysia sewaktu menentang pasukan My Team dan Johor di tempat sendiri.

Sewajarnya pasukan Perak tidak mempunyai banyak halangan untuk memenangi perlawanan ini di tempat sendiri berdasarkan reputasi sebagai pasukan Liga Super. Persoalannya berapakah jumlah gol yang akan diperolehi nanti?

Kita tunggu dan lihat.

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008

Terengganu vs Kelantan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Selangor vs Negeri Sembilan
Stadium Shah Alam, Selangor

Melaka vs Sarawak
Stadium Hang Jebat, Melaka

Kedah vs Kuala Lumpur
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM vs Pulau Pinang
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Sabah vs Johor FC
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Perlis vs Pahang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Johor vs My Team
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos

Perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Likas iaitu 8:15 malam.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs ATM (review)

  1. matahari_terbit

    diharapkan perak tidak akan dimalukan oleh pasukan dari liga perdana ini. diharapkan pihak kerajaan negeri dapat memberi bantuan sewajarnya terhadap pasukan perak demi meneruskan perjuangan yang harus ditempuhi. kepada penyokon penyokong perak diharapkan mari kita ramai ramai memenuhi stadium. dalam masa yang sama kita dapat membantu skuad skor yob skor memperolehi wang untuk membayar gaji dan memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang tolong jangan hampakan kami yang sentiasa berkunjung ke stadium walaupun pasukan dalam keadaan yang nazak. contohilah seperti penyokong penyokong dari negara jiran kita di indonesia

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    bukan soal byk mana gol yg dapt dihasilkan sbb bg yong kita kena menang dgn ATM.memang kalo nengok rekod ATM mang agak nangis la tp bola bulat memcm leh jadi.pesan yong buat yg terbaik..utk mencerahkan kedudukan kena menang.pepun mat salleh tu mesti tau nak buat ape.for next game jumaat ni buat le elok-elok.yong doakan berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. playmaker89

    komen admin: Komen ini telah dipadamkan kerana terlalu banyak mengandungi singkatan ala SMS dan tidak mematuhi peraturan membuat komen. Jika anda malas untuk menaip perkataan secara penuh kami nasihatkan tidak perlu anda menyusahkan diri menghantar komen yang bakal menyusahkan orang lain memahaminya. Bukan semua orang mampu memahami singkatan ala SMS dengan baik terutamanya golongan yang berumur 40an keatas.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Semoga pasukan bolasepak negeri Perak akan memenangi perlawanan menentang ATM ini. Walaupun masih dibelenggu dengan kemelut bayaran gaji yang tertunggak, diharapkan agar setiap pemain dapat memberi fokus dalam menghadapi perlawanan ini nanti. Kepada kerajaan negeri pimpinan Dato Seri Menteri Besar kita, dapat menghulurkan bantuan ataupun sekurang-kurangnya mengambil maklum tentang permasalahan yang sedang menyelubungi pasukan Negeri Perak ketika ini. Mungkin Dato Seri MB boleh mulakan dengan menonton perlawanan menentang ATM pada hari Jumaat nanti. SEMOGA BERJAYA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. harryhot

    Standings Kump C akan dipaparkan selepas perlawanan dengan ATM tetapi secara ringkasnya My team dengan 6mata, diikuti Pahang 4 mata, Johor 3mata, Perak 2 dan Perlis 1 mata. Mungkin masih ada harapan buat Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Thanks harryhot...btul jugak ckp mike...masih ada harapan lagi ni...so apa tunggu lagi...besok harap dpt benam cabaran ATM ni...dptkan tiga mata penuh!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.