TM Piala Malaysia – Pahang Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Selasa 24 Jun 2008
Stadium Darul Makmur
8.45mlm.

Perlawanan kedua kumpulan C, TM Piala Malaysia untuk pasukan Perak ialah bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Berdasarkan rekod perlawanan di dalam persaingan Liga Super yang lalu, Perak dilihat mempunyai kelebihan berbanding Pahang.

Sebagai rekod, Perak telah menewaskan Pahang pada perlawanan pertama di Ipoh pada 19 Januari 2008 dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Manakala pada 26 Februari pula jaringan tunggal Hardi Jaafar sudah cukup buat Perak membawa pulang 3 mata penuh ketika bertandang di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Perak pada perlawanan pertama Piala Malaysia telah mencatatkan keputusan seri 1 – 1 bertemu Perlis di tempat sendiri pada 11 Jun yang lalu. Pahang pula beraksi cemerlang untuk menundukkan pasukan Johor di tempat lawan dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

Mungkin satu kebetulan apabila lawan yang bakal dihadapi nanti, Pahang turut menghadapi kemelut kewangan yang lebih meruncing apabila khabarnya pemain mereka sudah tidak menerima gaji sekitar 4 bulan yang lalu.

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008

Negeri Sembilan vs Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Selangor vs Sarawak
Stadium Shah Alam

Kelantan vs Melaka
Stadium Sultan Mohd Ke-IV

Pulau Pinang vs Kedah
Stadium Negeri, Batu Kawan

PDRM vs Johor FC
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur vs Sabah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Perlis vs My Team
Stadium Utama Negeri, Kangar

ATM vs Johor
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Piala Malaysia – Pahang Vs Perak (review)

  1. matahari_terbit

    teman rasa lah. dengan keadaan sekarang perak mungkin kurang bersemangat untuk bermain....... semua sudah ketahui masalah pasukan sekarang. tapi seandainya pemain pemain masih bersemangat untuk merangkul gelaran juara piala malaysia maka perlawanan ketika menentang pahang pasti perak akan menang. tapi seandainya ianya berlaku disebaliknya maka sendiri mau ingatla

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    memang kalo nengok pd rekod lepas kita agak baik bila jmpa pahang yelah tapi bola tetap bulat & mcm benda boleh jadi utk nafikan rekod yg lepas.yg penting sbg pemain pro seharusnya setisp pemain perlu fokus utk tempoh 90 minit & ketepikan dulu masalah yg melanda mereka.kalo fikir smpi bila pun tak habis.seharusnya team perak dpt kutip mata agar dapt perbaiki kedudukan utk peringkat seterusnya.kpd semua player yong doakn the best,lupakan
    sebentar apa yg berlaku sbb nasib anda pasti akan dibela.yong percaya keajaiban pasti berlaku kalau anda ikhlas dlm perjuangan & tak mustahil kita boleh tempa kejayaan spt pskn yg lain.good luck ok.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Salamzzz...Untuk perlawanan esok, teman rasa kita sukar meramal apa yg akan berlaku. Semua tu bergantung kepada Pemain Seladang. Mengikut Rekod, kita ada peluang menang. Akan Tetapi, segalanya mungkin tinggal REKOD je,jika pemain kurang fokus. Namun begitu, para pemain harus cut-off segala masalah yang melanda sejak dua menjak ni dari pemikiran. Percayalah, penyokong Perak sentiasa dsisi. Kami dahagakan kemenangan. Setiap masalah pasti akan diselesaikan. Masalah adalah untuk diselesaikan bukan untuk dipertikaikan. Pihak yang berwajib akan selesaikan, pemain jangan risau. Tumpukan perhatian kepada game esok. Teman kepingin nak celebrate kemenangan. Insya Allah game area KL teman sampai, sebab kerja kat sini...Untuk Sahabat teman area Kuantan moh le turun support our team...GOOD LUCK!!! SKOR YOB SKOR!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.