TM Piala Malaysia – Johor Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Isnin 30 Jun 2008
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin
8.45mlm.

Perlawanan keempat kumpulan C, TM Piala Malaysia untuk pasukan Perak ialah bertemu Johor di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin. Tiada rekod pertemuan untuk kedua-dua pasukan dicatatkan semenjak Liga Super ditubuhkan pada tahun 2004 termasuk Piala Malaysia ataupun Piala FA.

Pasukan Johor yang menduduki tangga kedua terbawah kumpulan C hanya mampu menang sekali dari 3 perlawanan ketika bertemu pasukan ATM dan tewas kepada pasukan Pahang serta My Team.

Perak yang telah mengumpul 5 mata dari satu kemenangan dan dua kali seri menduduki tangga ke 2 kumpulan di bawah pasukan My Team yang mengumpul 9 mata penuh dari 3 perlawanan yang mereka harungi.

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008

Melaka vs Terengganu
Stadium Hang Jebat, Melaka

Kelantan vs Selangor
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

Sarawak vs Negeri Sembilan
Stadium Sarawak, Kuching

Sabah vs Kedah
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Kuala Lumpur vs PDRM
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Johor FC vs Pulau Pinang
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

ATM vs Perlis
Stadium Majlis Perbandaran, Selayang

My Team vs Pahang
Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Likas dan Stadium Sarawak pada 8:15 malam.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “TM Piala Malaysia – Johor Vs Perak (review)

  1. YangIkhlas

    Kemenangan amat penting bagi pasukan Perak malam ini. Diharap pasukan Perak akan dapat meneruskan rentak kemenangan untuk mencerahkan laluan layak ke suku akhir Piala Malaysia tahun ini. Semoga berjaya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    kepada yang berpeluang untuk bersama skuad skor yob skor di stadium larkin marilah kita sama sama memberi sokongan yang padu untuk memberi semangat kepada pemain pemain yang masih belum menerima gaji. mari kita membuatkan mereka terlupa buat seketika tentang gaji...... harap harap pihak admin dapat turut serta........

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    dgn kemenangan sewaktu menentang ATM kelmarin,yong rasa moral pemain sekarang masih dlm tahap tinggi & yakin.jadi yong harap game ni jugak kita boleh bawak balik 3 mata penuh.so kita boleh perkukuh kedudukan.siapepun yg akan diturunkan mlm ni,yong doakan kejayaan akan bersama anda.good luck utk semua...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya mendoakan kejayaan Seladang malam ni. Saya berpendapat, kita akan menang malam ni, Insya Allah. Marilah kita mendoakan agar para Pemain sihat fizikal dan mental serta memberi semangat luar biasa kepada mereka bagi meneruskan momentum kemenangan yang lepas. Kepada kawan-kawan yang berada nun di selatan tanah air, turun la beramai-ramai bagi sokongan kepada para pejuang kita. Jadi, selamat berjuang dan pastikan 3 mata penuh malam ni. SKor Yob Skor!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.