TM Piala Malaysia – Johor Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Isnin 30 Jun 2008
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin
8:45mlm

Johor 1 – 1 Perak

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

S. Subramaniam – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Mohd Nor Ismail – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Razali Umar – Ahmad Fakri


Pasukan Johor berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 17 untuk mendahului Perak dengan 1 gol. Pada 5 minit akhir perlawanan pasukan Perak mengeluarkan S. Subramaniam dan memasukan Azlan Zainal.

Gol penyamaan Perak dijaringkan oleh Azlan Zainal pada minit ke 88 melalui satu rembatan jarak dekat setelah bola muntah dari penjaga gol lawan untuk mengikat keputusan seri 1 – 1 sehingga wisel penamat.

Keputusan semasa perlawanan lain:

Melaka 1 – 2 Terengganu
Kelantan 5 – 2 Selangor
Sarawak 1 – 2 Negeri Sembilan
Sabah 3 – 3 Kedah
Kuala Lumpur 0 – 7 PDRM
Johor FC 3 – 1 Pulau Pinang
ATM 0 – 1 Perlis
My Team 1 – 0 Pahang

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Piala Malaysia – Johor Vs Perak (result)

  1. Yashurr Yazurry

    Alahai, SD masih tak ambil iktibar dari perlawanan lepas...
    Masuk kan Caceres....
    sekurang-kurangnya kita ada pakar tanduk..

    ayuh perak bangkit! jangan lalai...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Perlawanan dgn ATM tempohari belum boleh dijadikan ukuran sebenar kemampuan Perak...walaupun menang besar tetapi bila bertemu dgn pasukan Johor biarpun dari pasukan yg dianggap kerdil ketika ini ternyata Perak masih tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar atau masih dibawah tahap......Perak perlu bangkit dari lena dan kedukaan...biarpun masih dibelenggu masalah dalaman pemain2 sepatutnya lebih mengutamakan maruah negeri....bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian...inilah dunia...kekadang kita di atas kekadang kita dibawah...utk Piala M'sia ni kita buka buku baru...harap semoga perlawanan dgn Perlis nanti pasukan Perak akan memperolehi kemenangan yg kedua seterusnya menggapai 3 mata berharga....ayuh Perak...bangkitlah!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. ghostwriter

    Setuju dengan saudara miez3 di atas. Perlawanan Perak dengan Perlis nanti amat penting dan Perak harus bangkit mencapai kemenangan sekalipun dilanda masalah dalaman. Kemenangan hari ini bukan jaminan kemenangan hari esok, buktinya kemenangan besar ke atas ATM tempoh hari tidak menjamin kemenangan ke atas Johor tetapi 'mujur' seri.

    Cadangan:

    Admin,

    Saya dapati Seladang.net adalah wadah komunikasi bolasepak yang luas hingga menarik minat luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan lain2. Memandangkan Pasukan Perak kita sedang dilanda masalah kewangan, saya ingin mencadangkan agar Seladang.net menjadi saluran bantuan kepada Pasukan Perak. Antara cadangan tersebut ialah:

    1) Adakan tabung sokongan secara 'on-line' kepada pasukan Perak seperti meletakkan akaun di laman web ini agar penyokong2 dapat depositkan wang sokongan(bantuan) kepada pasukan Perak di atas nama Seladang.net.
    2) Menjual barangan terpakai(bundle) secara on-line dari penyokong-penyokong Perak di laman web ini (seperti ebay), dan hasil jualannya disalurkan ke pasukan Perak.

    Ini hanyalah cadangan ringkas. Saya serahkan cadangan ini kepada budibicara dan maklumbalas pihak Seladang.net dan rakan-rakan yang lain. Semoga ini dapat meringankan sedikit beban pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Prestasi pasukan Perak masih di bawah keupayaan sebenar. Terlalu banyak keputusan seri dalam pertandingan peringkat kumpulan seperti ini boleh mengundang padah di kemudian hari. Walaupun terdapat masalah dalaman yang sedang melanda ketika ini, diharap para pemain masih dapat berusaha bermain untuk kejayaan dan maruah pasukan Perak. Tidak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Diharap para Pegawai Persatuan Bolasepak Perak tidak terlepas pandang akan permasalahan yang sedang berlaku... Semoga akan lebih berjaya di perlawanan yang akan datang. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    kita harus bangga dengan pasukan perak kerana seri, mana tidaknya mereka bermain tanpa gaji, bukan bermain mendapat imbuhan yang besar seperti pasukan lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yong85

    dari awal yong dah selalu ckp,seri lebih baik dari kalah cuma kalau selalu seri boleh jadi susah.apepun tahniah yong ucapkan...terutama pada azlan,bermakna dia juga mampu menjaringkan gol di saat penyerang tercari-cari penyudah utk pasukan.dgn keputusan seri smlm,kita terpaksa berganjak 1 tmpt dibawah perlis dgn perlis berkelebihan 1 mata.yong cuma harap gandingan razali dgn fakri mampu cari keserasian & persefahaman jika mereka diturunkan sbb benda tu sgt penting utk kita raih mata.utk next game sabtu ni dgn perlis,kita perlu 3 mata utk naik semula tmpt kedua & paling penting dpt cerahkan laluan pasukan ke suku akhir.(ingat deme main tmpt sendiri)....sbb tu kalo bleh jgn seri lagi sbb myteam dah jauh benor tinggalkan yg lain dlm kump.c.so good luck ok.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. razlan

    salam,

    teman tak gemo benor dgn skor last minit ni. kita semakin ketinggalan dgn myteam yg dah kutip 12 mata. dan jika dilihat, perak bukan best two team yg menduduki tempat ketiga.

    mungkin kita dah tak boleh mengharapkan pihak pengurusan, mungkin dah tak boleh harapkan coach, tapi kepada player2, jgn putus asa. berjuanglah habis2an atas maruah negeri Perak!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. razlan

    admin,

    maaf ada kesilapan dlm posting terdahulu. minta tukar "dan jika dilihat, perak bukan best two team yg menduduki tempat ketiga." kepada " perak sekarang adalah best two team yg menduduki tempat ke3 tetapi bolehkah dipertahankan jika sentiasa seri?"

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi_black

    Alhamdulillah...Walau pun seri, kita kena terima, saya faham, Skuad Seladang telah berusaha sedaya upaya. Untuk perlawanan akan datang usaha lebih giat lagi untuk mencatatkan kemenangan kedua, dan kekalkan rekod tanpa kalah. Kelemahan di barisan serangan memang ketara. Walaupun begitu, dalam kump C Perak adalah pasukan yang banyak menjaringkan gol. Ini bermakna, sebenarnya barisan serangan kita begitu efektif tapi perlu berusaha untuk menang dalam satu-satu perlawanan. Pastikan 5 jul 2008 ini, Seladang ratah Singa Utara cukup-cukup. Selamat berjuang......SKOR Yob SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. meor19

    Salam... saya amat tertarik dengan cadangan saudara ghostwriter tentang tabung sokongan... setidak-tidaknya ia mampu untuk menanggung pasukan kita yang semakin nazak ini...

    tapi sebelum perkara tersebut direalisasikan, adakah kita pernah terfikir

    (1) DARI MANA pasukan memperolehi sumber kewangan sebelum ini???

    (2) Kalau dari kerajaan negeri, DUIT SIAPA???

    (3) BERAPA RM yang disalurkan kepada pasukan negeri setiap bulan???

    (4) KE MANA sumber kewangan itu dibelanjakan???

    (5) Jika sebelum ini sumber kewangan itu dari kerajaan negeri, ADAKAH KITA BERHAK untuk mengetahui ke mana sumber kewangan itu dibelanjakan dan jika kita berhak, ADAKAH PERNAH kita diberitahu bagaimana dan ke mana ia dibelanjakan???

    Pada pandangan saya, adalah lebih penting jika kita atau khasnya pasukan sendiri memikirkan satu langkah lebih jauh lagi... Dan saya pikir sebab itu Seladang.net sendiri mewujudkan satu ruangan REFORMASI pasukan... dan rata-rata rakan-rakan Seladang.net bersetuju untuk pasukan melakukan pengkorporatan pasukan...

    Berdasarkan persoalan-persoalan di atas yang juga mutlak selalu bermain dipikiran saya, secara peribadi tidak bersetuju dengan tabung sokongan ini... Pada hemat saya, lebih baik duit kita disalurkan ke mana-mana badan kebajikan yang lebih memerlukan.... Yang nyata nya, terdapat peminat-peminat pasukan Perak yang terpaksa berjimat mengikat perut untuk membeli tiket, menaiki bas atau motorsikal cub untuk menyaksikan persembahan hambar pasukan yang para pemain yang rata-ratanya menaiki kereta yang boleh dikategorikan sebagai mewah...

    Pada pandangan saya jika kesusahan pada masa sekarang ini akan membawa satu perubahan yang lebih baik dari segi pengurusan dan kualiti para pemain untuk masa-masa yang mendatang, ia sudah cukup membawa KEMENANGAN yang penuh erti... "Bersusah payah dahulu, bersenang-senang kemudian...

    Buat saudara ghostwriter, tak terlintas di hati saya untuk membuat komentar yang berbaur kritikan atau provokasi... Ini adalah secubit daya sederhana pandangan pemikiran saya yang lemah dan rendah ini... Jika ada terdapat ayat-ayat yang saya gunakan menyinggung perasaan, keampunan saudara saya pohon... - meor19 - yang terlintas di pikiran...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. ghostwriter

    Terima kasih atas maklumbalas saudara meor19. Saya hargai. Kepada rakan-rakan lain pula apa pendapat anda semua tentang cadangan tersebut? Admin?

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.