TM Piala FA 07/2008 | Separuh Akhir 2 (result)

TM Piala FA

Kedah menepati ramalan awal pada peringkat separuh akhir kedua apabila menumpaskan pasukan Pahang dengan jaringan 2 gol tanpa balas di Stadium Darul Makmur. Ini menjadikan aggregat 6 – 1 buat mereka melangkah ke perlawanan akhir sabtu nanti.

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Khyril Muhymeen pada minit ke 8 separuh masa pertama sebelum Baddrol Bakhtiar menyumbat gol kedua pada minit ke 50. Sementara itu pasukan Selangor mencatatkan keputusan seri satu sama ketika bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Selangor yang menang 2 gol berbalas 1 ke atas Terengganu tempohari menyaksikan gol pertama mereka hadir pada minit ke 48 melalui R. Surendren sebelum Mohd Ashari Samsudin menyamakan kedudukan pada minit ke 70.

Pasukan Selangor layak dengan kelebihan aggregat 3 – 2 untuk ke perlawanan akhir menentang pasukan Kedah yang akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 21 Jun 2008 pukul 8:45 malam.

Keputusan perlawanan hari ini:

Pahang (1) 0 – 2 (4) Kedah
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu (1) 1 – 1 (2) Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Keputusan perlawanan terdahulu di dalam kotak kurungan.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “TM Piala FA 07/2008 | Separuh Akhir 2 (result)

  1. yong85

    apepun tahniah yong ucapkan pada team Kedah & Selangor.Kedah mang layak tapi Selangor mungkin luck berpihak pada mereka sbb bg yong Terengganu juga hebat.Good luck utk final sabtu ni,kalo free yong akan pi stadium utk meriahkan majlis org ....harap next year perak plak pi final.ramalan yong (sekadar ramalan le),Kedah menang 3-1.Go kenari go....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    perak harus mencontohi pasukan kedah. maksud saya contoh pengurusan dan pentadbiran mereka, barulah pasukan kita mampu berjaya

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.