TM Piala FA 07/2008 | Separuh Akhir 2 – 17 Jun 2008

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 peringkat separuh akhir timbal balik kedua akan berlangsung malam nanti dengan juara bertahan musim lalu, Kedah berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan menentang pasukan Pahang dengan kelebihan jaringan 3 gol.

Terengganu yang tewas tipis 1 – 2 kepada Selangor tempohari pasti akan mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri malam ini untuk membenam cabaran skuad Red Giant dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Jadual perlawanan hari ini:

Pahang vs Kedah
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)