TM Piala FA 07/2008 | Separuh Akhir 1 – 14 Jun 2008

TM Piala FA

TM Piala FA 2007/2008 peringkat separuh akhir timbal balik pertama telah berakhir semalam dengan juara bertahan musim 06/2007 Kedah, menepati ramalan awal apabila membenam Pahang dengan jaringan 4 gol berbalas 1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pasukan Selangor pula kembali dari ketinggalan 1 gol kepada Terengganu apabila berjaya menewaskan skuad Penyu dengan jaringan 2 gol berbalas 1. Gol pasukan Selangor dijaringkan oleh Shukor Adan pada minit ke 68 dan 2 minit sebelum tamat oleh Safee Sali. Gol tunggal pasukan Terengganu dijaringkan oleh Ashari Samsuddin pada minit ke 25.

Sementara itu Kedah yang turun tanpa 3 tonggak import masih mampu untuk menewaskan Pahang dengan kejutan jaringan seawal minit pertama perlawanan apabila Shafiq Jamal menolak masuk hantaran silang Baddrol Bakhtiar.

Khyril Muhymeen pula berjaya menyumbat gol kedua pasukan pada minit ke 28 melalui satu rembatan kaki kiri yang cantik melepasi jangkauan Syamsuri Mustafa setelah terlebih dahulu memperdayakan pertahanan Pahang dengan ‘turning’ yang menarik.

2 minit permainan separuh masa kedua bersambung, Ahmad Fauzi Shaari membuat satu rembatan lambung dari jarak 30 meter, lantas membuatkan Syamsuri Mustafa terkapai-kapai untuk menolak bola keluar lalu menerjah jaring untuk gol ketiga Kedah.

Rosdi Talib merapatkan kedudukan pada minit ke 67 sebelum Saramsak Kram memadamkan sisa-sisa perjuangan Pahang pada minit ke 81 untuk gol keempat Kedah.

Keputusan perlawanan yang berlangsung semalam:
Kedah 4 – 1 Pahang
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Selangor 2 – 1 Terengganu
Stadium Shah Alam

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “TM Piala FA 07/2008 | Separuh Akhir 1 – 14 Jun 2008

  1. meor19

    Keputusan-keputusan di atas memungkinkan skuad yang menang akan berentap di perlawanan akhir... Tetapi apa yang lebih membanggakan pasukan Kedah telah menang bergaya meskipun menurunkan kesemua pemain-pemain tempatan. Apatah lagi menggunakan jurulatih tempatan...

    Ini menunjukkan 'chemistry' di antara pemain-pemain bukan kesebelasan utama dan pemain-pemain utama telah berjaya dibentuk untuk menghadapi kemungkinan para pemain import (pemain import selalunya adalah pemain utama - kalau tidak, tak perlu susah payah import) tidak diturunkan. Jurulatih juga tidak kering idea dalam setiap percaturan dan tidak tertumpu hanya kepada pemain-pemain tertentu sahaja (berbeza dengan Perak - yang injured pun diturunkan juga) ...

    Syabas buat jurulatih tempatan yang menang... Perak bila lagi??? Sampai bila nak mengharapkan pengulas undangan EURO 2008???

    P/s : Admin... Siape pegawai FAM yang menyusun jadual perlawan musim ni??? Sudah lah rehat nya panjang, hari untuk perlawanan diadakan pun tak konsisten... Secara total sungguh menghampakan....

    komen admin: FAM mempunyai panel penjadualan yang tersendiri terdiri dari beberapa individu dan jadual musim ini sebenarnya jauh lebih baik dari musim lalu cuma ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Setuju dgn komen2 di atas....teman jangkakan pasukan Kedah akan mengulangi pencapaian musim lepas iaitu setelah bergelar juara Liga Super akan bergelar juara Piala FA pula...syabas team Kedah...teman kagum biarpun dibimbing oleh jurulatih tempatan tanpa komen atau ideologi yg menimbulkan kontroversi di kalangan peminat bolasepak tempatan beliau tetap maintain the best among M'sian football coach....Harap pengurusan Perak memandang serius perkara2 seumpama ini...moga dpt juga bantuan kerajaan negeri utk bersama2 meneliti persiapan pasukan Perak musim depan...Buat musim ini harapan hanya tinggal pada sebarang keputusan dlm saingan Piala M'sia...jika dpt meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya pun teman masih sangsi Perak akan dpt menggapai Piala M'sia berikutan keadaan pengurusan yg sediada sekarang ditambah pula dgn kegawatan ekonomi dlm kem Perak....sama2lah kita tunggu dan lihat...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    bagi yong,yong mang cukup bangga pada semua tenaga tempatan yg digunakan oleh coach azrai.bak kata coach mlm tu sepanjang musim ni,inilah skuad yg tenat yg dia pernah ada...nah sekarang inilah skuad yg sebenarnya memberi harapan supaya dapat disenarai sebagai pemain kesebelasan utama.campuran tenaga muda yg berpengalaman & yg kurang pengalaman menjanjikan hasil lumayan andai diberi kepercayaan.tahniah kepada pasukan kenari kerana sememangnya mereka terbang tinggi.ini menunjukkan yg mereka sememangnya ingin mengekalkan kejuaraan berganda.mereka mampu menang besar walau tanpa import mereka..sepatutnya semua pasukan mencontohi azrai khor,perlu percaya....(terutama pasukan perak).tak kira ape masalah dalaman andai ada kesungguhan kita pasti berjaya,

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. lee_dado

    Terima Kasih rakan-rakan dari Seladang.Net yg memberi penghargaan kpd Coach Azrai Khor.

    Sebelum sepak mula perlawanan tersebut saya pun agak gelisah dengan skuad Kedah yg serba tenat tanpa kelibat 3 pemain importnya, tp baru saja sepak mula minit pertama Kedah sudah dihadapan so jangkaan saya sebelum ini hanya untuk sekadar seri ataupun menang tipis meleset sama sekali.

    Gandingan pemain senior dan junior ternyata berkesan membenam trio Pahang yg penuh dengan pemain berpengalaman seperti Rosdi Talib, Hairuddin Omar, Hafiz Zamani, Azizul Kamaluddin (2nd half), Syamsuri Mustafa dan 3 pemain import mereka..

    Walaupun Pahang agak selesa menguasai bahagian tengah, namun, pemain Kedah menggunakan kelajuan mereka untuk menandingi kudrat 'org lama' yg pada anggapan saya itu adalah key point untuk mereka menggerakkan serangan dari bahagian tepi padang dengan winger yg laju-laju belaka.

    Itulah bola sepak, memanfaatkan peluang itu amat penting dr memiliki peluang utk menjaringkan gol, so besok masih ada baki 90 minit lagi utk diharungi skuad Kenari di Kuantan. Moga-moga dengan izin Allah dan prestasi semasa dikekalkan jumpa lagi di Final Piala FA 2008.

    Berani untuk mencuba skuad muda, itu yg saya kagum dgn Azrai selama ini, dan hasilnya INILAH BARISAN KITA.

    PULUN KEDAH PULUN.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    kita hanya memuji pasukan kedah kerana menurunkan pemain muda dalam kesebelasan utama. perak bila lagi. takkan nak harap kan pemain tua sahaja

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.