TM Piala FA 07/2008 | Perlawanan Akhir

TM Piala FA

Selangor vs Kedah
21 Jun 2008
Stadium Shah Alam
8:45 malam

Juara bertahan musim lalu, Kedah akan berhadapan dengan pasukan Selangor di Stadium Shah Alam sabtu ini bagi menentukan juara Piala FA musim 2007/2008. Kedah pada perlawanan separuh akhir yang lalu telah menumbangkan pasukan Pahang dengan aggregat 6 gol berbalas 1 manakala pasukan Selangor pula menang ke atas Terengganu dengan jumlah aggregat yang lebih tipis iaitu 3 – 2.

Kedah tidak menurunkan dua pemain importnya iaitu Bernard Hugging dan Marlon Alex James kerana mewakili negara mereka St. Vincent & Grenadine untuk kelayakan Piala Dunia. Tiket menyaksikan perlawanan ini berharga RM 40 untuk tempat duduk grandstand dan RM 20 untuk tempat duduk teres.

Sementara itu pada malam nanti akan berlangsung perlawanan Piala Malaysia kumpulan A antara pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bahru. Perlawanan yang sepatutnya dijadual pada Khamis, 3 Julai dipinda kepada malam ini atas permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Ini bermakna perlawanan terakhir di antara dua pasukan ini pada Sabtu 2 Ogos akan diadakan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Kelantan akan dibimbing oleh jurulatih baru dari Perancis, Regis Laguesse untuk menggantikan tempat Norizan Bakar yang pulang ke Perlis atas sebab peribadi.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Piala FA 07/2008 | Perlawanan Akhir

  1. yong85

    yong anggap kedah mang akan kekalkan piala deme.yong gak akan turun ke stadium sbb yong akan tetap sokong mereka lgpun shah alam dgn umah yong tak le jauh mane,jln kaki dah sampai.ni liga kita,kalo tak kita sokong sape lg?ramalan yong spt sblm ni Kedah akan menang sbb bg yong cuma luck bawa selangor ke final.yg penting rezeki siapa yg menang dah ditetapkan,tak kira sape menang yg beraksi baik akan menang bersama rezeki & tuah yg dah ditentukan allah.good luck utk kedua-duanya ye.satu perlawanan pasti menarik.harap thn dpn skuad seladang plak pi final.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam Lan...rasa mcm nak pegi...tapi ada live kt t.v. kut...bg teman game ni memang best sbb dua2 team ni dibawa ke final dgn bimbingan jurulatih tempatan...tak kisah la siapa menang bagi teman dua2 coach ni dpt tunjukkan yg coach tempatan lebih menonjol dari coach luar...contoh terdekat...paham2 sendiri la...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Teman tk sbar tggu perak dtg KL piala mlaysia ni...
    Apa2 pun mlm esok teman trun gak shah alam, sbg pemerhati je..

    tpi rsa2 kedah mnang 2-0..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. kenari_245

    Aku sebagai anak jati Kedah walaupun dugaan dan cabaran untuk pergi ke Shah Alam sentiasa merasakan kemenangan akan berpihak kepada pasukan Kedah..Percayalah!! tutupkan segala desas desus mengatakan Kedah kuat sebelum ini hanya dengan importnya..

    Pulun Kedah Pulun!
    Predict Kedah 2 - Selangor 0

    komen admin: Sebahagian komen ini telah diubah kerana mengandungi provokasi kepada pihak lawan. Sebahagian pula kerana menggunakan singkatan perkataan yang tidak diluluskan seperti tanda X ala cerita Ali Baba Bujang Lapok.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    salam mie,

    turun jer. jgn kira sangat pasukan mana yg masuk final ni ataupun kat tv ada live. yg penting kita sokong sukan tempatan kita. lepas tu boleh lepak kat mamak tengok belanda lwn russia pula...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    kalo ditanye,teman mestilah sokong pasukan kedah,,semuenye nampak kukuh utk skuad kenari semenjak due menjak ni..red giants jugak tak boleh diperkecilkan,name pun giants!ape2 pun,teman harap permainan yg menarik antare due pasukan,menang kalah adat perlawanan!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Salam...teman tgk & dgr dr berita t.v. & radio penyokong2 Kedah tak puas hati harga tiket naik 100%...memang pun kalau teman sendiri dtg dr belah utara nun meredah highway dgn tiga empat tol ditambah pulak kos minyak pehhh mmg tenat le jgk...tup2 tiket plak kena RM20...apa kena isi minyak ke baru game bola kt stadium tu bleh start???Teman perhatikan semenjak harga minyak naik ni makin byk org ambik kesempatan naikkan harga barang2...itu takpe la..normal...tapi yg tak normalnya mcmana boleh babitkan tiket bola plak....FAM patut bg alasan yg boleh diterima peminat & penyokong...jgn buat lepas tangan je...

    Buat Razlan...teman rasanya tak pegi dah kut...pagi ni pun patut teman ke Extreme Park Shah Alam utk acara Hari Skateboard tapi tak pegi sbb kena flu...tekak pun dah pedih..bagus gak cadangan tu lepak kt kedai mamak tgk Holland vs Russia tapi maybe next time la plak...apapun teman tetap sokong bolasepakdan jurulatih tempatan....
    Dua2 team boleh...cuma nasib yg akan tentukan segalanya...selamat berjuang!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Pakcu

    Pakcu amat berkenan dengan semangat yang ditunjukkan oleh En. Razlan. Itulah yang dikatakan semangat Malaysia. Sikap keterbukaan serta semangat seperti itulah yang harus ada pada kita sebagai rakyat yang cintakan bolasepak Malaysia. Kita rakyat Perak harus menerima hakikat bahawa tidak selamanya pasukan negeri kita akan menjadi finalis didalam sesuatu piala kejohanan yang dipertandingkan. Tidaklah menjadi kesalahan apabila kita pula menyokong pasukan lain yang bertanding. Sekiranya kita menyokong pasukan-pasukan tersebut hakikatnya mereka masih tetap ada hubungan dengan kita iaitu pasukan dari Malaysia secara tidak langsung menaikkan martabat bolasepak tempatan dimata orang luar.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.