TM Piala FA 07/2008 | Perlawanan Akhir (result)

TM Piala FA

21 Jun 2008
Stadium Shah Alam
8:45 malam

Kedah 3 – 2 Selangor

Kedah mempertahankan kejuaraan musim lalu apabila menewaskan pasukan Selangor di Stadium Shah Alam bagi menjulang Piala FA musim 2007/2008. Kedah membuka tirai jaringan seawal minit pertama apabila hantaran lintang Baddrol Bakhtiar disudahkan dengan baik oleh Mohd Fadzly Baharom.

Selangor tidak berputus asa apabila pada minit ke 13, Amirulhadi Zainal menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan Selangor melalui satu rembatan leret berpunca dari keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Kedah.

Pada minit ke 33 permainan, gol kedua Kedah menyusul melalui Khyril Muhymeen hasil hantaran satu dua antara beliau dan Nelson San Martin. Permainan separuh masa pertama tamat dengan pasukan Kedah mendahului Selangor 2 gol berbalas 1.

Ketika permainan separuh masa kedua baru bermula 5 minit, Mohd Shafiq Jamal menjaringkan gol ketiga Kedah melalui satu tendangan kencang di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Selangor, Suffian Raman setelah mendapat hantaran dari Khyril Muhymeen.

Minit ke 70 Selangor mendapat tendangan penalti setelah Frank Seator dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Helmi Eliza. Frank Seator sendiri yang menyepak tendangan tersebut kencang melepasi penjaga gol Kedah untuk menjadikan kedudukan 3 – 2.

Sabree Abu yang baru sahaja dimasukkan pada minit ke 70 permainan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana bertindak kasar kepada Amri Yahya pada minit ke 75. Walaupun bermain 10 orang, Kedah masih mampu untuk bertahan pada baki 15 minit permainan untuk menjuarai Piala FA musim 07/2008 ini.

Tahniah kepada pasukan Kedah kerana berjaya merangkul kejuaraan Piala FA musim ini selepas mempertahankan juara Liga Super tempohari.

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “TM Piala FA 07/2008 | Perlawanan Akhir (result)

  1. miez3

    Perlawanan yang menarik ditonjolkan oleh kedua2 pasukan...ternyata percaturan antara dua pasukan hasil bimbingan jurulatih tempatan lebih menyerlah dan menampakkan ciri2 sebenar bolasepak tempatan....Kedah walaupun tanpa pemain import ternyata mempunyai semangat yg kental dgn gandingan anak2 muda yg telah lama di asuh oleh coach Azrai....buat Selangor biarpun ketinggalan tapi semangat juang utk melawan dan corak serangan yg menarik tetap dipamerkan sehinggalah ke wisel penamat...namun nasib tidak menyebelahi mereka...buat Kedah tahniah..buat coach Azrai..tahniah juga sebab usaha anda mengasuh pemain2 muda ternyata berbaloi...
    Selaku penyokong skuad Skor Yob Skor...teman juga berharap agar pasukan Perak mengikuti contoh yg dibuat oleh saudara coach Azrai....tak salah kalau kita mengikut yg baik drpd mengikut contoh yg kononnya baik tapi penuh tipu muslihat oleh org yg kononnya pandai tapi bodoh sombong kerana kononnya dialah lebih hebat dek kerana boleh mengulas di ruangan bertaraf antarabangsa!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    teman berharap pengurusan perak harus menimba ilmu di kem skuad kenari. jangan malu belajar untuk kebaikan pasukan dan melahirkan lebih ramai pemain yang berwibawa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    apepun memang Kedah layak utk menang kedua kali berturut.Tahniah utk pskn kedah sbb bergelar juara piala fa kali ni.ramalan yong benar belaka.masa yong turun stad mlm sabtu tu mak oiii...memang ramai & sememangnya perlawanan menarik bila kedua-dua pasukan saling menyerang cuma mgkn rezeki lebih berpihak pada kedah.selangor juga hebat dlm memberi tentangan cuma penyudah deme je tak de.peluang mang byk & rasanya mlm tu peratus selangor lebih banyak menyerang tapi helmi bertindak lebih baik.beza antara dua mereka ialah kedah bila dpt peluang tak pernah mereka siakan maksudnya bukan hanya penyerang dpt jaringkan tapi semua pemain mereka mampu untuk skor.jadi pendapat yong alangkah bagus kalau team perak dpt memandang akan keupayaan tenaga muda.syabas buat azrai & pengurusan mereka.yong yakin perak juga mampu cuma perlukan perubahan aje,(teringat last kita jadi juara fa cup thn 2004.)pengalaman,usaha & percaturan yg baik mampu memberi kejayaan selagi yakin pada kemampuan sendiri jgn cuma gah pada warna rambut yg berbelang tapi hasilnya ya ampun haram.....ok tq.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.