Sukma XII Terengganu 2008 | Perlawanan Akhir Bolasepak

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu vs Perlis
Ahad 8 Jun 2008
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
8:45 malam

Perlawanan bolasepak peringkat akhir Sukma yang ke 12 hari ini menemukan juara bertahan edisi lalu, Terengganu dengan pasukan Perlis di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada pukul 8:45 malam ini. Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 50 ribu orang penonton ini bakal menyaksikan pemenang perlawanan ini dikalungkan pingat emas manakala pasukan yang tewas mendapat pingat perak.

 Pingat Gangsa Sukma 12 - Kedah vs Pulau Pinang

Terdahulu semalam, pasukan Kedah berjaya merangkul pingat gangsa setelah menewaskan pasukan Pulau Pinang dengan keputusan 3 gol tanpa balas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Badrol Bakhtiar seawal minit pertama, Mohd Hazwan Zainun minit ke 8 dan Mohd Faiz Subri pada minit ke 25.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Sukma XII Terengganu 2008 | Perlawanan Akhir Bolasepak

  1. yong85

    pertama sekali tahniah pasukan negeri terengganu kerana berjaya memenangi pingat emas utk acara bola sepak.tapi tak lupa juga tahniah utk team perlis.bagi yong,paling tidak pun pengendali skuad perlis manja man tetap rasa bangga dgn anak buah dia,yelah walau tewas mereka tetap pemenang sbb utk smpi ke final sesuatu yg sgt sukar sbb perlu semangat & usaha lebih.biasalah sbg tuan rmh mesti ada advantage.setiap dari mereka inilah akan menjadi pelapis yg ada.pape pun tahniah.....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.