Sukma XII Terengganu 2008 | Perlawanan Akhir Bolasepak (result)

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu 5 – 1 Perlis
Ahad 8 Jun 2008
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
8:45 malam

Terengganu telah dinobatkan sebagai juara bolasepak Sukma yang ke 12 apabila membenam cabaran Perlis dengan jaringan besar 5 gol berbalas 1. Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu menyaksikan stadium dipenuhi dengan penyokong tuan rumah seawal pukul 8 malam lagi.

Terengganu vs Perlis

Terengganu mendahului pasukan Perlis seawal mionit ke 20 melalui Wan Mohd Aliff sebelum gol kedua menyusul melalui Ashaari Shamsuddin pada minit ke 24. Ismail Faruqi memastikan Terengganu selesa di hadapan dengan 3 gol pada minit ke 44 sebelum permainan berhenti untuk separuh masa pertama.

Abdul Manaf Mamat meledakkan gol pada minit ke 52 melalui tendangan penalti untuk meletakkan Terengganu 4 gol di hadapan sebelum Azmizi Azmi menyudahkan satu hantaran silang untuk gol pertama Perlis.

Belum pun sempat pasukan Perlis mengatur langkah untuk merapatkan kedudukan, Abdul Manaf Mamat sekali lagi menjaringkan gol kelima untuk pasukan Terengganu dengan rembatan leret yang melepasi penjaga gol Perlis pada minit ke 82.

Kemenangan tersebut telah membolehkan pasukan Terengganu memungut pingat emasnya yang ke 59 untuk mendahului lain-lain pasukan ketika ini dan dijangka bakal menjuarai Sukma ke 12 ini di tangga pertama.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Sukma XII Terengganu 2008 | Perlawanan Akhir Bolasepak (result)

  1. yong85

    seperti yong ckp dlm komen sebelum ni,kedua-duanya adalah pemenang sbb berjaya smpi ke peringkat final.perlis juga memberi tentangan hebat & banyak gak percubaan yg dilakukan cuma tak ada rezeki.walaupun tewas dgn jaringan yg besar tak mengapa,jdkan ini sbg platform utk lebih baik.ape pun tahniah sekali lagi buad skuad terengganu & perlis teruskan rentak.buat kedua-dua skuad mantapkan & tingkatkan permainan anda sbb anda adalah pewaris kepada barisan utk skuad terengganu & perlis di gelanggang pd masa akan datang.Syabas terengganu.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.