Sukma XII Terengganu 2008 | Peringkat Suku Akhir

Sukma 12 | Terengganu

Perlawanan bolasepak peringkat suku akhir Sukma yang ke 12 petang ini menemukan pasukan Perak dengan pasukan Pulau Pinang yang juga naib johan kumpulan D pada pukul 4 petang ini di Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak. Peluang pasukan Perak untuk mara ke peringkat separuh akhir agak cerah namun cabaran Pulau Pinang tidak harus diperkecil.

Sementara itu juara bertahan Terengganu akan berentap dengan pasukan Johor di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada waktu yang sama manakala Selangor dan Perlis akan bertemu pada pukul 8:45 malam nanti. Keputusan penuh pasukan Perak menentang Pulau Pinang dan ulasan jurulatih akan kita bawakan sekitar pukul 7 petang nanti.

Senarai Pelawanan Hari Ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu vs Johor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:00 petang

Wilayah Persekutuan vs Kedah
Padang A Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:00 petang

Pulau Pinang vs Perak
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:00 petang

Selangor vs Perlis
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45 malam

Likes(0)Dislikes(0)