Sukma XII Terengganu 2008 | Peringkat Separuh Akhir

Sukma 12 | Terengganu

Perlawanan bolasepak peringkat separuh akhir Sukma yang ke 12 hari ini menemukan juara bertahan edisi lalu, Terengganu dengan pasukan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 4 petang ini. Sementara itu pasukan Perlis yang menumbangkan Selangor tempohari akan berhadapan dengan Pulau Pinang di Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

Pulau Pinang pada perlawanan suku akhir telah menewaskan pasukan Perak dengan jaringan 3 gol berbalas 2 dan kemenangan tersebut diperolehi pada waktu tambahan yang menyaksikan skuad seladang bermain 10 orang pemain pada lewat babak kedua permainan.

Senarai Pelawanan Hari Ini:

Maskot Bolasepak Sukma 12 Terengganu

Terengganu vs Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:00 petang

Perlis vs Pulau Pinang
Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak
4:00 petang

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Sukma XII Terengganu 2008 | Peringkat Separuh Akhir

  1. webmaster Post author

    Keputusan penuh petang tadi:

    Terengganu 3 - 0 Kedah
    Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

    Perlis 4 - 1 Pulau Pinang
    Padang B Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.